Hmm.. apa kena mengena dengan prof lak... pakai selipar jepun lak tu...
Lalu terdetik kat hati prof.. sejauh manakah sahabat-handai prof dikalangan orang UMNO yang inginkan perubahan dan membawa tsunami bagi mengubah landskap pemerintahan UMNO kepada lebih mesra rakyat, telus dan berintegriti.
Bro KJ memang layak
Pada prof yang hanya gemar berselipar jepun ni, Bro Khairy merupakan seorang calon yang terbaik dan sesuai dalam membawa angin perubahan. Setakat ini, isterinya lansung tidak menyibuk dengan urusannya didalam KBS atau apa-apa berkaitan dengannya. Begitu juga dengan kaum kerabatnya yang langsung tidak menggunanya sebagai landasan untuk berjaya. Juga bahawa kita akui yang KJ selama ini bertahan dan mampu bergerak tanpa tangan belakang (Pak Lah) yang mendokongnya seperti diperkatakan puak-puak satu tu dahulu. Makanya, yang ini, prof bersetuju bahawa Bro KJ memang layak untuk memimpin generasi muda UMNO agar bukan sahaja menjadi wing-man kepada UMNO, tetapi, pada ketika yang perlu, mampu berada di saf yang paling hadapan sekali.Tapi Nek Jat (nenek sebab dah 60+)
Namun, kemenangan besar Nek Jat dan Ustaz Fathul Bari agak mengejutkan prof. Ini kerana mereka ini banyak sekali dilumuri isu-isu yang mampu dijadikan peluru oleh puak-puak satu lagi tu pada PRU-14 nanti. Kes keluarga Nek Jat yang sehingga sekarang masih di mahkamah serta kenampakkan akan dipergunakan oleh keluarganya bagi menambah kekayaan pada mata rakyat merupakan satu bom atom yang akan hanya menyusahkan tulang belakang parti UMNO ini. Walaupun beliau seakan tidak terjejas, namun, sedikit sebanyak telah merosakkan reputasi Wanita UMNO ketika PRU13 yang lepas. Dan kejayaan beliau ini hanya akan menjadi satu lubuk buat puak satu lagi dalam menabur pelbagai cerita yang tidak enak. Nasihat prof yang gemar memakai selipar jepun, ialah Nek Jat membuat perancangan rapi untuk berundur secara terhormat dalam 2 - 3 tahun ini. Selesaikanlah apa yang patut Nek Jat rasa perlu diselesaikan dengan kadar segera. Makin lama kamu pegang, makin banyak racun akan ditabur. Paling penting, sediakan seorang yang mampu ambil alih peranan ketua wanita agar tulang belakang UMNO ini tidak bengkok dan kekal sihat.Ustaz Fathul Bari kena banyak bersabar
Ustaz Fathul Bari pula, mungkin dek kerana muda seperti kebanyakkan ustaz-ustaz muda puak satu lagi, yang lancang dan telus dalam berkata-kata telah dijadikan sumber peluru tidak berhenti dari mereka-mereka yang hanya membaca dari media pilihan tanpa mendapatkan penjelasan secara bersemuka dengan yang berkata-kata. Prof hanya mampu menasihati beliau agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan keraplah menjemput ustaz-ustaz berlawanan arus ini dalam satu gelanggang muzakarah agar kata-katanya tidak diputar-belitkan dan dijadikan wadah politik oleh sang rakus nanti.Demi Agama, Bangsa dan Negara
Apa pun, sekalung tahniah pada mereka dan moga angin perubahan yang dicanangkan mampu mengubah dan mentransformasikan UMNO dalam menjadi tunjang pemerintahan Malaysia demi Agama, Bangsa, dan Negara.p/s: Prof rasa, idea pandang ke timur oleh Tun M still the best dari tunduk pada US dlm TPPA... agak2 boleh berubah angin ke lepas pemilihan ni?
0 comments:
Post a Comment