Peniaga Kaut Untung

Monday, August 10, 2015

Pernah ke anda semua makan atau beli barang, jumlah harga barang tertera 5sen pada bahagian sen, contohnya, RM11.05, RM199.95 dan sebagainya. Di sebelah ini adalah contoh resit yang saya dapat ketika menjamu selera di sebuah kedai makan seperti tertera diatas (yang tak keluar resit, memang tidak ada .. kalau ada pun dibundarkan ke atas terus). Pengalaman saya berulang kali, apa bila ini berlaku, cashier yang bertugas akan menggenapkan ke atas (tanpa izin) dan memulangkan baki, seperti resit disebelah, RM 14.20. Ini bermakna, kedai itu telah mengambil 5 sen 'tanpa rela' dari pengguna. Alasan yang diberi ialah 'tiada 5 sen'. Pada saya, ini adalah satu rompakan terang-terangan oleh peniaga yang sudah pun mengaut keuntungan. Sudahlah jika harga barang yang ganjil seperti RM19.99, RM17.68, RM14.23 digenapkan ke angka lebih besar sekali gus memberi keuntungan percuma kepada peniaga, 5sen pula digenapkan ke 10sen sekali gus memberi keuntungan 5sen dalam satu resit. Bayangkan jika sebuah pasaraya atau kedai besar yang sehari penggunanya dalam 100 orang, pastinya dalam sehari telah mengaut RM5 dari pengguna yang tidak ambil kisah 5sen ini. Sebulan, peniaga ini sudah ada lebihan RM150 didalam akaunnya secara percuma. ini untuk 5sen. Bagaimana pula dengan sen yang dibundarkan keatas? Tidak dinafikan ada juga harga yang dibundarkan kebawah seperti dalam resit ini, tetapi ia tidak menjejaskan keuntungan peniaga ini kerana yang dibundarkan ialah servis charge dan bukan harga barangnya.

You can make a different bro. Minta balik 5sen anda... Kalau tak nak, boleh masukkan ke tabung surau.

p/s: Kalau 5sen aku berkira... bayangkan jika berbilion hilang begitu sahaja.. pasti aku lagi berkira.