PAS - ISLAM hanya pada perlembagaan ... yang lain hancus

Thursday, December 5, 2013

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha mempertikaikan ketelusan Pas apabila parti itu tidak berlaku adil ketika mengambil keputusan memecatnya sebagai ahli parti pada 25 Ogos lalu.
Tegasnya, proses pemecatannya itu tidak mengikut prosedur parti serta kaedah keadilan di dalam Islam apabila beliau langsung tidak diberi ruang untuk membela diri.

Ujar Norman, beliau hanya mengetahui berita tentang pemecatannya itu melalui satu kenyataan di dalam harakahdaily bertarikh semalam (3 Disember 2013), walaupun tarikh pemecatannya itu telah berlaku lebih tiga bulan lalu.

"Seandainya tarikh pemecatan itu berlaku pada 25 Ogos 2013 dan saya hanya mengetahuinya melalui kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di dalam harakahdaily bertarikh 3 Disember 2013, maka tempoh 30 hari yang terkandung di dalam Perlembagaan parti untuk membuat rayuan terhadap keputusan tersebut juga telah dinafikan.

"Saya juga dimaklumkan perkara yang sama turut berlaku ke atas bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

"Tidak mustahil perkara sama juga bakal berlaku ke atas Ustaz Mohammad Kazim Elias dan Hasan Basri (bekas Ketua Penerangan Pas Selangor," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Untuk rekod, Norman merupakan ahli Pas sejak 1992 dengan nombor keahlian 332686.

Norman berkata, beliau juga tidak menerima surat yang didakwa oleh Mustafa telah dihantar melalui Poslaju keesokan harinya berhubung pemecatannya itu.

"Mengikut kaedah Poslaju, seseorang itu perlu menandatangani pada surat berkenaan tanda penerimaannya. Saya meminta Setiausaha Agung (Pas) untuk membuktikan bahawa dakwaan beliau itu benar.

"Saya juga meminta Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil perhatian serius mengenai kecuaian yang telah dilakukan oleh Setiausaha Agung (Mustafa. Jika perkara ini diadukan kepada Pendaftar Pertubuhan ia mungkin akan membawa masalah kepada Pas," ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Norman turut menjelaskan dua bulan lepas beliau telah menghubungi Setiausaha Pas Selangor bertanyakan isu yang sama selepas kedengaran desas-desus beliau akan dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin parti.

"Namun beliau menyatakan bahawa saya sudah lama dipecat walaupun tiada salinan surat pemecatan yang saya terima di peringkat negeri setakat ini. Saya meminta beliau memastikan hal tersebut.

"Apabila timbul kes Ustaz Mohammad Kazim yang dilantik menganggotai Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Mustafa telah mengeluarkan kenyataan bahawa Mohammad Kazim telah dipecat daripada parti pada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat pada 25 Ogos 2013, bersama sama tiga individu lain termasuk saya," kata Norman.

Turut menimbulkan kehairanan, kata beliau, sebelum itu terdapat kenyataan oleh Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Sinar Harian Online berhubung tarikh pemecatannya.

"Tuan Ibrahim berkata pemecatan itu dibuat pada bulan Mei 2013 selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Masalah yang timbul, mengapa ada dua tarikh pemecatan yang berlainan?" soalnya.

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Politik/20131205/po_03/Pemecatan-saya-tidak-adil---Norman#ixzz2mZFjMWxZ
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Asal Usul Bangsa Melayu

Thursday, November 14, 2013

Bijak ke Bodoh? Kalimah 'Allah' ada kaitan dengan Bahasa dan Bangsa Melayu ke?

Monday, November 4, 2013

Setelah berulang kali tertangguh, saya akhirnya dapa meneliti dari awal hingga akhir video yang di lakonkan oleh beberapa orang berfahaman liberalisme yang dianggotai oleh beberapa orang anak muda yang menggelarkan video mereka 'That's effing show".

Boleh lihat di sini http://www.youtube.com/watch?v=vT0O80tuPAA
atau di bawah ini sahaja

Mana kamu belajar bro?

Melihat video ini saya ingin sekali memberi beberapa komen:
1. Pada minit awal, si mamat berjanggut ini menyanyi lagu 'Alalala long....' dan 2 orang berbangsa cina seperti terdiam dan takut menyanyi. Apa yang ingin disampaikan oleh mereka itu pada saat itu pun saya tidak mengerti kecuali satu penghinaan pada kalimah 'Allah'. Ini kerana menyamakan kalimah suci dengan nyanyian tersebut adalah satu penghinaan yang cukup besar dan juga mengatakan bahawa lirik tersebut ibarat satu kalimah suci juga menggambarkan betapa ceteknya pemikiran pelakon dan pengarah video ini.

Perbandingan yang tidak adil

2. Kemudian, ada perdebatan antara 4 orang (dengan 2 dikatakan mewakili melayu dan 2 lagi mewakili bangsa lain dan dilakonkan oleh bangsa india kalau tidak silap saya). Apa yang mereka perdebatkan ialah bahawa kalimah Allah ialah hak eksklusif bangsa Melayu dan merupakan satu kalimah melayu yang hanya terpakai pada bangsa melayu. Juga menyamakan kalimah 'Allah' dengan perkataan dari bahasa lain yang diterima sebagai bahasa melayu dan kononnya penggunaan perkataan lain itu dikatakan akan mengelirukan orang melayu berdasarkan pada keputusan penghakiman berkenaan kalimah 'Allah' dan oleh itu mereka mengeluarkan pendapat bahawa bangsa lain patut menarik balik kebenaran penggunaan perkataan itu untuk tidak mengelirukan bangsa melayu. Dalam hal ini, terdapat begitu banyak sekali kekeliruan dari 4 orang pelakon ini yang pada pendapat saya, menggambarkan betapa tidak berakal mereka ini dalam berbicara dan sekadar melakukan lawak bodoh sahaja. Di sini, saya gariskan beberapa kekeliruan mereka iaitu:

  • Kalimah 'Allah' adalah hak milik mutlak orang melayu sedangkan hakikatnya ialah ia bukan hak milik bangsa melayu, tetapi hak milik agama ISLAM. Maka, sesiapa sahaja dari bangsa apa jua hatta india, cina, nyonya, kadazan, dan iban boleh menggunakan kalimah 'Allah' andai mereka ini beragama ISLAM.
  • Kalimah 'Allah' adalah perkataan bahasa melayu, oleh itu sama sahaja dengan perkataan lain dan bahasa sanskrit, portugis, dan sebagainya, maka hanya bangsa itu sahaja layak menggunakkannya. Dari segi bahasa sendiri mereka sudah keliru. Malahan, bahasa inggeris juga banyak mengguna-pakai perkataan bangsa lain dan bahasa perancis juga banyak diguna-pakai sebagai bahasa yang difahami orang seperti 'bon apetit'. Maka, dalam hal bahasa, tidak ada kesalahan menggunakan perkataan dari bahasa lain andai ia sudah diguna-pakai sejak sekian lama dan difahami oleh sesiapa sahaja. TETAPI, kalimah 'Allah' bukan dari bahasa melayu dan bukan terjemahan dari perkataan tuhan atau 'god' oleh dewan bahasa dan pustaka. Kalimah 'Allah' ialah satu nama khas yang digunakan didalam Al-Quran dan Hadith serta sinonim dengan agama ISLAM bagi merujuk kepada tuhan yang MAHA ESA. Seperti mana orang yahudi memberi nama pada tuhan mereka, dan agama hindu menamakan dewa murugan, begitu juga umat ISLAM yang menggunakan kalimah 'ALLAH' untuk tuhan yang satu dan wajib disembah. Malah, dalam kalimah syahadah juga di terjemahkan kepada 'Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah'. Dewan bahasa dan pustaka tidak menterjemahkan kepada 'Tiada Allah yang layak disembah melainkan Allah' atau 'Tiada tuhan yang layak disembah melainkan tuhan'. Oleh itu, mereka perlu faham akan maksud kata nama khas dan juga bahawa kalimah 'Allah' bukan perkataan dalam bahasa melayu.
  • Keputusan mahkamah mengatakan bahawa kalimah 'Allah' hak mutlak agama ISLAM. Tetapi, ia tidak bermakna bangsa lain atau agama lain tidak boleh menggunakannya didalam percakapan atau penulisan selagi mana ia digunakan untuk menggambarkan akan Tuhan Yang Maha ESA dan bukan mensyirikanNYA sepertimana tertulis didalam Al-Quran melalui surah Al-Ikhlas dan Al-Kafiruun. Mengapa ia tidak dibenarkan diterjemahkan kepada perkataan god dalam majalah mingguan The Herald keluaran gereja? Ini kerana terjemahan itu tidak merujuk kepada Allah tuhan yang Maha Esa dan juga bertujuan mensyirikan Allah dan dari segi perkara terselindung disebaliknya ialah betapa ia boleh digunakan untuk mengelirukan umat ISLAM terutamanya yang senang digoda, yakni golongan gelandangan, miskin tegar dan pemuda-pemudi yang asyik-masyuk dengan hal duniawi.

Kesimpulan

Dengan itu, pada pendapat saya, video ini bukan sahaja menghina dan mencemari institusi ISLAM, malah ia merupakan satu perbandingan bahasa yang dibuat dengan cara semberono @ hentam keromo dan tidak merujuk kepada maksud asal dan bersifat bodoh. Malah, lakunan awal nyanyian itu juga boleh dikategorikan sebagai kurang ajar dan menghina. Dan menyamakan kalimah 'Allah' dengan lain-lain perkataan yang ada dalam bahasa melayu adalah juga satu proses liberalisasi yang cukup jahat dan tidak berlandaskan pada fakta dan ilmu yang tepat.

p/s: Prof rasa nak bagi budak melayu dua orang ni penampar selipar jepun dan menyarankan mereka berdua bertaubat.

Penyelidikan Saintifik dan Kaitan dengan ISLAM

Wednesday, October 30, 2013

Bila bercakap mengenai ISLAM, orang yang anti-ISLAM akan mempunyai pelbagai andaian serta gambaran negatif terhadap ISLAM hinggakan kepada cara berpakaian yang digariskan oleh ISLAM terhadap wanita ISLAM juga dipandang pada sudut yang kolot.

Wanita bertudung litup @ berhijab serta menutupi paras dada dan longgar pada segala segi badannya dianggap kolot, ketinggalan zaman serta hinggalah ke tahap pengganas. Namun begitu, pelbagai bukti sains telah menjadi bukti kukuh betapa apa yang ISLAM ajari merupakan satu fitrah terbaik dalam segala hal termasuklah menjaga kehormatan wanita.

Begitu juga dengan kaji selidik terbaru yang mengatakan bahawa lelaki amat meminati melihat pada payu dara @ buah dada @ tetek (kata orang kedah) orang perempuan. Walaupun prof orang lelaki, tetapi prof sendiri tidak nafikan bahawa betapa disitulah syaitan bergayut untuk menarik perhatian lelaki (orang lelaki lak setan ni banyak bergayut kat mata) dan disitu lah tempat tumpuan kebanyakkan mata lelaki. Dan ISLAM telah lama menggariskan cara pemakaian yang betul bagi menjaga maruah perempuan dan memastikan setiap manusia terpelihara dari godaan nafsu sebegini.

Oleh itu, Prof amat berharap agar sahabat dan kenalan prof yang berjantina wanita selepas ini akan lebih menjaga aurat mereka mengikut landasan ISLAM.

Sumber rujukan:
1. http://www.dailymail.co.uk/news/article-1211479/Proof-womens-chests-really-mans-fixation.html
2. http://www.yourtango.com/200936746/scientific-study-finds-men-looking-breasts

Filem Melayu - Banyak keburukan dari kebaikan

Monday, October 28, 2013

Akan melentinglah produser filem lepas ni dan juga artis-artis malaysia. Juga akan ber'twitter'lah juga seniman dan seniwati untuk menegakkan apa yang mereka rasa benar. Namun, sebagai seorang ketua keluarga yang ingin melihat anaknya melihat filem yang bersesuaian, Prof rasa terpanggil untuk berkata-kata sedikit.

Semalam, Prof dan keluarga menonton filem KL Zombie melalui layar percuma youtube. (nanti ada orang cakap... itu macam cetak rompak je prof... lepas tu saya cakap.. lepas tengok, sebahagian je, prof rasa lebih baik tengok cetak rompak dari pergi bayar tiket mahal tapi cerita mengarut yang rosak akidah je.. lagipun, lepas tengok separuh, prof tutup sebab rasa membazir waktu je tengok cerita tidak berkualiti ini). Bukan cetak rompak yang prof nak kata sebab prof sendiri tak suka cetak rompak ni. Kalau tengok jalan cerita dan cara cerita dialun menarik macam Man Of Steel atau The Avengers atau tengok telatah 'minion', memang sanggup belanja keluarga tengok di pawagam.

Berbalik pada isu asal, sekarang ini, tengok banyak betul filem melayu yang sama ada berunsur seram atau beretika samseng... Tidak cukup dengan KL Gangster, ditambah pula dengan Longkai dan berbagai. Semuanya menunjukkan begitu banyak sekali aksi samseng dengan nilai tambah kebaikan yang hanya ada dipenghujung cerita yang tidak sampai 15 minit dari durasi filem yang mencecah 120 minit. Bayangkan, kanak-kanak di sajikan dengan aksi samseng selama lebih satu jam dengan nilai baik yang sedikit, yang mana satu akan jadi ikutan? Maka, kedengaranlah suara budak-budak yang mengulang ayat-ayat tidak ada moral seperti "Lu langsi lu mati', 'lu ingat lu confirm masuk syurga', 'aku bunuh kau', 'kau *^&&^%^$^%', dan sebagainya.

Dan kini, setelah menonton filem hampas KL Zombie, prof terus terpanggil untuk paparkan satu adegan yang pada akal fikiran prof yang masih kurang ilmu ini, menunjukkan betapa rosak akhlak dan akidah mereka ini. Walaupun itu hanya lakonan, tetapi dilakonkan dalam realiti seperti ini, bagi prof, boleh membawa kepada syirik... dan patut ditampar dengan selipar jepun je untuk bagi kesedaran.
Apa kata Ulama? Adakah ini boleh andai dalam Filem? hmm... (Scene dalam KL Zombie)

Akhir kata, pesan prof yang tidak berilmu dari segi perfileman ini, amatlah berharap agar produser filem di Malaysia, terutamanya yang beragama ISLAM agar lebih berhati-hati dalam membuat filem.

p/s: Lebih baik buat cerita pasal tentera jepun yang serang malaysia dulu dari buat cerita gangster yang buat gangster rasa riak dan bebudak nak jadi gangster...

Pengajaran di Pagi Jumaat 13 Zulhijjah 1434H

Friday, October 18, 2013

Sedikit perkongsian ilmu pada hari Jumaat ini 18 October 2013 / 13 Zulhijjah 1434H

Tazkirah di pagi Jumaat.

Seperti kebiasaan, di tempat penulis bekerja, pada pagi jumaat, sama ada tazkirah berlandaskan potongan ayat Al-Quran mahupun hadith akan disampaikan oleh MD syarikat. Kali ini, MD memilih Takbir Raya.

Apa yang menarik kali ini ialah MD telah menceritakan mengenai salah seorang sahabat Rasul S.A.W iaitu Ibnu Mas'ud yang ada kaitan dengan takbir raya ini. Beliau mengisytiharkan ISLAMnya di depan kaabah dan serentak dengan itu, beliau telah dipukul oleh kaum musyrikin Quraisy Mekah sehingga telinganya terobek terutamanya Abu Jahal. Dan apabila diceritakan kepada Rasul S.A.W ramai yang bersimpati kecuali Jibrail a.s yang ketawa. Rasul S.A.W kehairanan akan peristiwa itu.
Dan didalam satu peperangan, (dipendekkan cerita), Ibnu Mas'ud berjaya memenggal kepala Abu Jahal dan dibawanya kepala Abu Jahal kepada Rasul S.A.W. Dan ketika itulah Jibrail a.s berkata, kerana inilah (Abu Jahal dipenggal oleh Ibnu Mas'ud) dia ketawa... Serentak Rasul S.A.W melafazkan 'Lailahaillallahu Wahdah, Shodakho Wa'dah ... hingga habis'...
Dengan itu juga MD mengaitkan betapa janji Allah itu benar kepada orang ISLAM yang sabar dalam bertaqwa dan mengerjakan ibadah termasuklah kerja.

Sumber rujukan: 
1. Halaqah.net
2. Amili Solehah Blog

Khutbah Jumaat

Khutbah kali ini disampaikan oleh Dr Izhar Ariff Md Kashim. Seorang yang muda tetap bersemangat. Alangkah bagusnya jika semua yang baca khutbah bersemangat dan memberi khutbah dengan pelbagai intonasi suara. In Shaa Allah, tak akan terlena mendengar.

Penulis ingin berkongsi mengenai khutbah hari ini. Sebelum beliau memasuki khutbah, beliau terlebih dahulu memberi peringatan yang keras kepada peniaga-peniaga baik lelaki mahupun perempuan serta pembeli dan orang yang masih melepak diluar. Apa yang dapat saya simpulkan disini, baik yang bersongkok hitam, mahupun berkopiah hijau dan bertopi liberal, ramai yang leka dengan amaran ini dan masih asyik dengan perkara yang sudah jatuh hukumnya haram. Berulangkali khatib beristighfar dan berdoa agar dijauhkan bala kerana sikap mereka ini.

Kemudian, khatib menyambung khutbah dengan menyentuh mengenai lima perkara yang akan membinasakan umat manusia yakni:
1. Zina berleluasa - sudah ada di Malaysia dan jelas tanpa segan silu
2. Zakat tidak dikeluarkan - Alhamdulillah, di Malaysia ini, pusat zakat masih tidak putus dengan ramai orang yang berzakat. Cuma ada segelintir yang masih enggan melunaskannya dan memberi alasan yang tidak munasabah.
3. Menipu dalam hal menimbang - berkaitan dengan perniagaan yang jelas ketara di zaman ini termasuk di Malaysia.
4. Tidak dihukum dengan hukum Allah serta umat di satu tempat dizalimi oleh musuh mereka seperti berlaku di Syria, Palestin, Mesir, dan sebagainya
5. Meninggalkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul S.A.W.

Sumber rujukan:

1. Syed Abdul Kadir Aljofree di  https://www.facebook.com/syedabdulkadir2/posts/2144227352422302. Masjid negara melalui laman http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/06/29/tinggalkan-berurus-niaga-ketika-azan-jumaat/3. Halaqah.net di http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5958.04. MyKhilafah.com5. Ustaz Zahazan di Utusan - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

Kenapa Singapura (Lee Kuan Yew dan Keluarga) dengki dengan Tun M - Ini Salah Satu Sebabnya

Photo: TUN PERAK MODEN: TUN M MENYELAMATKAN MALAYSIA 

IKUTI KENYATAAN LENGKAP YANG DITULIS OLEH NOR MOHAMED YAKCOB :

MUNCULNYA satu detik, yang jarang sekali berlaku dalam hidup, apabila suatu peristiwa menakrifkan semula kehidupan seseorang dan merubah haluan buat selama-lamanya. Bagi saya, pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Buenos Aires, Argentina, pada petang 2 Oktober 1997 merupakan detik itu. Ia membolehkan saya memberi tumpuan selama enam tahun dalam kehidupan saya untuk berkhidmat dengan beliau, dan menemuinya hampir setiap hari. Sepanjang proses itu, ia membolehkan saya melihat lebih dekat keupayaan yang dimiliki insan hebat ini. 

Jarang sekali kita melihat gabungan nilai-nilai mulia dalam diri seseorang, dan gabungan unik inilah yang membolehkan Dr Mahathir mengubah Malaysia daripada sebuah negara Dunia Ketiga kepada negara berkembang maju dan bertenaga, dan kini berada pada landasannya untuk menjadi negara maju. Gabungan kualiti ini jugalah yang membolehkan Dr Mahathir menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah lagi negara IMF semasa krisis kewangan 1997/98.

Ia bermula pada 29 September 1997, apabila saya menerima panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri yang memberitahu Dr Mahathir mahu menemui saya. Beliau berada di Cuba pada ketika itu, dan secara berseloroh, saya bertanya, adakah saya harus menemuinya di sana!

Saya diberitahu, bukan secara berseloroh, bahawa beliau akan tiba di Buenos Aires pada 2 Oktober dan saya harus memastikan diri saya berada di situ sekurang-kurangnya sehari sebelum ketibaan beliau. Saya segera berlepas ke Argentina, dan tiba pada 1 Oktober.

Perdana Menteri tiba pada 5 petang hari berikutnya dan kami segera bertemu di suite beliau. Dr Mahathir memberitahu, beliau telah bertanya ramai orang mengenai punca krisis kewangan tetapi tiada siapa mampu memberi penjelasan memuaskan. Beliau bertanya sama ada saya boleh menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.

Saya bertanya berapa banyak masa beliau ada. Dua jam, katanya. Saya pun menjelaskan bagaimana pasaran pertukaran asing berlaku, tentang kedudukan jangka pendek dan panjang, mengenai perlindungan nilai, bagaimana matawang dipinjam dan dijual, perbezaan "tawaran" dan "penawaran" serta bagaimana dana boleh dipindahkan di antara negara hanya dengan satu klik. Saya juga menjelaskan bagaimana pasaran ekuiti berlaku dan hubungan antara pasaran tukaran mata wang asing dan pasaran ekuiti. Dr Mahathir langsung tidak bercakap, kecuali bertanya satu atau dua soalan, dan mendengar penuh mendalam.

Selepas dua jam, beliau terpaksa menamatkan pertemuan itu untuk bersedia ke majlis makan malam rasmi. Beliau bertanya rancangan saya untuk malam itu dan saya memberitahu bahawa saya turut dijemput ke majlis yang sama. Dr Mahathir berkata: "Pulang ke bilik anda dan tulis semua yang anda beritahu sejak dua jam lepas, dan jumpa saya 7 pagi esok." Saya kembali ke bilik saya, tidak ke majlis makan malam dan menulis kesemuanya, yang selesai kira-kira 6 pagi.

Laporan

Saya menyerahkan laporan itu padanya sejam kemudian. Beliau menyuruh saya berehat dan menemuinya semula pada 2 petang. Apabila saya kembali menemuinya, beliau memberitahu beliau telah membaca laporan itu dan faham apa yang berlaku dalam pasaran kewangan. Kami mula membincangkan pelbagai kaedah untuk mengatasi krisis itu, dan perbincangan kami diteruskan selepas pulang ke Malaysia. Saya menemui beliau hampir setiap hari, kadang kala di kediaman beliau, dan pada masa lain di pejabat beliau. Kami mencuba beberapa mekanisme untuk mengatasi krisis itu, ada antaranya yang berfungsi pada mulanya, tetapi dana lindung nilai begitu kukuh hingga sukar untuk meneruskan penggunaan mekanisme itu dengan jayanya.

Pada awal 1998, Dr Mahathir meminta saya menerokai idea untuk mengenakan rejim kawalan pertukaran bagi mengatasi krisis itu. Saya masih ingat bagaimana saya menyediakan banyak nota mengenai perkara itu. Dr Mahathir meneliti nota-nota itu, dan sentiasa meminta maklumat demi maklumat. Kami telah melalui banyak pusingan perbincangan, sehingga beliau akhirnya yakin dengan kedua-dua konsep dan mekanisme yang dicadangkan. Selebihnya, saya rasa sudah menjadi sejarah.

Dr Mahathir juga meminta saya menyediakan satu kertas kerja mengenai bagaimana menamatkan dagangan saham-saham Malaysia di CLOB (Central Limit Order Book) di Singapura. Beliau berpendapat, satu sebab penting mengakibatkan pasaran saham jatuh ialah jualan singkat saham Malaysia di CLOB. Saya menyediakan laporan dan Dr Mahathir memahami, buat pertama kalinya, bagaimana CLOB beroperasi. Laporan itu, yang turut dilaksanakan pada 1 September 1998, telah menamatkan perdagangan saham Malaysia di CLOB.

Saya perlu menyatakan bahawa langkah-langkah kawalan pertukaran telah direka sedemikian rupa untuk meminimumkan aspek-aspek kawalan dan memaksimumkan hasil. Dr Mahathir telah meneliti banyak kali mekanisme yang dicadangkan itu untuk memastikan hanya ada sedikit elemen kawalan tetapi mencukupi untuk memastikan hasil yang positif. Tidak ada elemen birokrasi dalam langkah-langkah itu, seperti mewajibkan pengimport untuk mendapatkan kebenaran Bank Negara bagi mengimport. Ringgit juga ditambat pada tahap di mana ia tidak terlebih nilai.

Di hampir setiap negara lain yang mengenakan langkah-langkah kawalan pertukaran dan penambatan matawang, secara definisinya, banyak kawalan birokrasi dan matawang juga ditambat pada kadar terlebih nilai.

Sistem kawalan pertukaran (termasuk kadar pertukaran tetap), yang dilaksanakan pada 1 September 1998, sering dianggap sebagai penyelamat negara. Langkah itu sememangnya diperlukan tetapi ia tidak cukup untuk mengatasi krisis itu. Malaysia diselamatkan, bukan dengan kawalan pertukaran itu sendiri, tetapi oleh Dr Mahathir.

Biar saya jelaskan. Jika mana-mana negara membangun lain, yang menghadapi krisis sama, memperkenalkan langkah yang kita perkenalkan pada September 1998, ia mungkin gagal. Langkah-langkah itu berjaya di Malaysia adalah kerana keupayaan dan watak Dr Mahathir. Ekonomi dan sistem kewangan, di bawah kepimpinannya berada dalam keadaan sihat - cukup sihat untuk membolehkan langkah-langkah kawalan pertukaran dilaksanakan tanpa kesan negatif. Selain itu, gaya pengurusan kendiri Perdana Menteri membolehkan keputusan cepat dan tepat pada masanya dibuat, yang penting di bawah rejim kawalan pertukaran baru.

Beliau memastikan ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh. Ringgit kukuh dan stabil. Di belakang kestabilan matawang (pada RM2.50 berbanding dolar Amerika Syarikat), Malaysia berada pada kedudukan amat baik. Pada akhir 1996, keluaran dalam negara kasar berkembang hampir 8.5 peratus dan pertumbuhan itu dijangka berterusan untuk tahun-tahun mendatang. Kerajaan telah menikmati lebihan fiskal. Hutang luar negara adalah rendah, pada 40 peratus daripada keluaran negara kasar. Akaun matawang dari imbangan pembayaran telah mengecil daripada defisit 10 peratus kepada lima peratus daripada KNK, dan dijangka terus bertambah baik. Inflasi berada pada tahap paling rendah iaitu 2.1 peratus. Kita mempunyai pertumbuhan kukuh lebih lapan peratus bagi sebahagian besar tempoh itu. Dan kekuatan asas ini merupakan faktor penting yang membolehkan langkah kawalan pertukaran berjaya.

Meneliti

Selama lebih setahun lepas langkah 1 September 1998 itu, Perdana Menteri bertemu kumpulan kecil kami enam hari seminggu - sekurang-kurangnya dua jam sehari - bagi meneliti pelbagai data ekonomi termasuk mengenai pertumbuhan pinjaman, eksport, import dan hartanah tidak terjual. Ini membolehkan beliau mengambil tindakan cepat, pada bila-bila masa perlu. Saya masih ingat satu pagi, semasa kami sedang meneliti angka-angka hartanah, beliau memandang saya dan mengarahkan saya menganjurkan pameran untuk menghabiskan hartanah yang tidak terjual. Saya lakukannya, dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion telah dijual. Malah selepas berakhirnya krisis itu, Dr Mahathir terus menemui kumpulan kami, walaupun tidak sekerap sebelumnya. Dan Dr Mahathir terus meneliti semua data ekonomi dengan pensel tajam.

Tempoh 1997/98 adalah, mengikut parafrasa Charles Dickens, masa terburuk, tetapi ia juga masa terbaik. Keadaan paling buruk telah menyerlahkan yang terbaik dalam diri Dr Mahathir. Ada perumpamaan mengatakan pemimpin yang baik adalah seperti teh yang baik - anda hanya mengetahui kualiti sebenarnya apabila beliau berada dalam keadaan panas!

Sepanjang tempoh krisis, Perdana Menteri memberi tumpuan pada usaha mengatasinya. Siang malam, tiada perkara lain difikirkannya. Beliau membaca segala yang boleh mengenai kewangan; beliau terus meminta saya menyediakan nota-nota pelbagai isu teknikal. Kadang kala, walaupun selesema, beliau tetap bekerja. Beliau sedar beliau perlu memahami isu-isu berkenaan sebelum boleh berusaha mencari penyelesaian. Kepintaran semula jadi dan keupayaan beliau memberi tumpuan pada isu-isu teras sentiasa terserlah sepanjang krisis itu. Beliau tidak menunjukkan tanda takut walaupun dalam masa terburuk; satu-satunya kebimbangan beliau ialah keadaan ekonomi yang cepat merosot. Pada setiap masa, beliau yakin akan berjaya akhirnya.

Saya ingin menambah dua lagi perkara. Pertama, dalam melaksanakan langkah 1 September 1998, Dr Mahathir bukan saja menyelamatkan Malaysia malah negara-negara jiran juga.

Apabila Malaysia mengenakan langkah kawalan pertukaran, spekulator matawang menyedari negara lain yang terjejas (Thailand, Indonesia dan Korea Selatan) juga boleh mengenakan kawalan yang sama, dan mereka, dengan itu menghentikan aktiviti mereka. Spekulator menarik diri. Mereka membeli semula matawang yang mereka jual. Ini mengakibatkan kenaikan nilai mata wang serantau.

Selain itu, IMF tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia terutamanya sejak selepas melaksanakan langkah-langkah itu, kita melakukan perkara sebaliknya daripada apa yang IMF mahu - kita turunkan kadar faedah dan menyuntik kecairan dalam sistem. IMF kemudian mula melonggarkan syarat di negara lain dan membenarkan mereka merendahkan kadar faedah dan menyuntik kecairan bagi merangsang ekonomi mereka supaya Malaysia tidak mengatasi negara-negara IMF itu.

Perkara kedua ialah apa yang akan terjadi jika langkah kawalan pertukaran tidak dilaksanakan. Banyak syarikat di Malaysia mungkin gulung tikar akibat kadar faedah tinggi. Apabila syarikat jatuh seperti domino, bank akan menghadapi masalah kecairan dan mampu bayar yang teruk berikutan pinjaman tidak berbayar semakin membesar.

Masalah yang dihadapi oleh bank akan menyebabkan berlakunya tekanan kredit, yang akan membawa kepada satu lagi pusingan kegagalan korporat. Pendapatan kerajaan mungkin merosot dengan mendadak kerana kurang firma akan membayar cukai korporat, dengan itu mengurangkan keupayaan kerajaan untuk merangsang ekonomi melalui langkah dasar fiskal. Akibat daripada masalah yang dihadapi syarikat dan bank, kadar pengangguran akan meningkat dengan ketara, yang membawa kepada pusingan masalah kedua.

Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)TUN PERAK MODEN: TUN M MENYELAMATKAN MALAYSIA 

Ini adalah putaran ganas yang klasik, yang akhirnya boleh memusnahkan kestabilan sosial dan politik negara. Ini adalah senario yang menunggu untuk berlaku. Namun, ia tidak berlaku kerana ketegasan dan keberanian Dr Mahathir, yang memutuskan untuk berusaha melalui jalan yang jarang dilalui. (less path travelled)

seperti dipaparkan di FB Heart of Malaysian

Tahniah Nek Jat, Bro KJ dan Ustaz FB - Angin perubahan atau angin kuskus?

Sunday, October 13, 2013

Nek Jat, Bro Khairy, dan Ustaz Fathul Bari menang besar - Begitulah tajuk dikebanyakkan blog atau media pro-UMNO seperti disini http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/10/tahniah-yang-menang-fathul-bari-menang.html.

Hmm.. apa kena mengena dengan prof lak... pakai selipar jepun lak tu...

Lalu terdetik kat hati prof.. sejauh manakah sahabat-handai prof dikalangan orang UMNO yang inginkan perubahan dan membawa tsunami bagi mengubah landskap pemerintahan UMNO kepada lebih mesra rakyat, telus dan berintegriti.

Bro KJ memang layak

Pada prof yang hanya gemar berselipar jepun ni, Bro Khairy merupakan seorang calon yang terbaik dan sesuai dalam membawa angin perubahan. Setakat ini, isterinya lansung tidak menyibuk dengan urusannya didalam KBS atau apa-apa berkaitan dengannya. Begitu juga dengan kaum kerabatnya yang langsung tidak menggunanya sebagai landasan untuk berjaya. Juga bahawa kita akui yang KJ selama ini bertahan dan mampu bergerak tanpa tangan belakang (Pak Lah) yang mendokongnya seperti diperkatakan puak-puak satu tu dahulu. Makanya, yang ini, prof bersetuju bahawa Bro KJ memang layak untuk memimpin generasi muda UMNO agar bukan sahaja menjadi wing-man kepada UMNO, tetapi, pada ketika yang perlu, mampu berada di saf yang paling hadapan sekali.

Tapi Nek Jat (nenek sebab dah 60+)

Namun, kemenangan besar Nek Jat dan Ustaz Fathul Bari agak mengejutkan prof. Ini kerana mereka ini banyak sekali dilumuri isu-isu yang mampu dijadikan peluru oleh puak-puak satu lagi tu pada PRU-14 nanti. Kes keluarga Nek Jat yang sehingga sekarang masih di mahkamah serta kenampakkan akan dipergunakan oleh keluarganya bagi menambah kekayaan pada mata rakyat merupakan satu bom atom yang akan hanya menyusahkan tulang belakang parti UMNO ini. Walaupun beliau seakan tidak terjejas, namun, sedikit sebanyak telah merosakkan reputasi Wanita UMNO ketika PRU13 yang lepas. Dan kejayaan beliau ini hanya akan menjadi satu lubuk buat puak satu lagi dalam menabur pelbagai cerita yang tidak enak. Nasihat prof yang gemar memakai selipar jepun, ialah Nek Jat membuat perancangan rapi untuk berundur secara terhormat dalam 2 - 3 tahun ini. Selesaikanlah apa yang patut Nek Jat rasa perlu diselesaikan dengan kadar segera. Makin lama kamu pegang, makin banyak racun akan ditabur. Paling penting, sediakan seorang yang mampu ambil alih peranan ketua wanita agar tulang belakang UMNO ini tidak bengkok dan kekal sihat.

Ustaz Fathul Bari kena banyak bersabar

Ustaz Fathul Bari pula, mungkin dek kerana muda seperti kebanyakkan ustaz-ustaz muda puak satu lagi, yang lancang dan telus dalam berkata-kata telah dijadikan sumber peluru tidak berhenti dari mereka-mereka yang hanya membaca dari media pilihan tanpa mendapatkan penjelasan secara bersemuka dengan yang berkata-kata. Prof hanya mampu menasihati beliau agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan keraplah menjemput ustaz-ustaz berlawanan arus ini dalam satu gelanggang muzakarah agar kata-katanya tidak diputar-belitkan dan dijadikan wadah politik oleh sang rakus nanti.

Demi Agama, Bangsa dan Negara

Apa pun, sekalung tahniah pada mereka dan moga angin perubahan yang dicanangkan mampu mengubah dan mentransformasikan UMNO dalam menjadi tunjang pemerintahan Malaysia demi Agama, Bangsa, dan Negara.

p/s: Prof rasa, idea pandang ke timur oleh Tun M still the best dari tunduk pada US dlm TPPA... agak2 boleh berubah angin ke lepas pemilihan ni?

Perhatian Orang Boroi - Anda akan mudah lupa.. tambahlah kalau anda melayu

Saturday, October 12, 2013

Orang boroi (berperut buncit) seperti gambar sebelah ni 
atau lebih kurang dikatakan mempunyai risiko untuk hilang ingatan atau nyanyuk apabila tua nanti ialah sebanyak 3 kali ganda daripada orang yang kurus (kurus kering tidak ada dalam perbandingan).

Menurut kajian di Chicago, orang yang mempunyai perut buncit @ boroi mempunyai kadar protein yang rendah kerana kejituan dan kebanyakkan lemak pada perutnya. Ini juga menunjukkan keefisien hati dalam memproses lemak.

Unsur PPARalpha yang mengawal perkara berkaitan lemak dan prosesnya akan berkurangan apabila seseorang itu punya berat berlebihan. Dan unsur ini yang turut berada di otak (hippocampus @ pusat otak) dan mengawal deria ingatan dan keupayaan belajar juga turut terjejas kerana perut yang boroi.

Penemuan itu terhasil dari kajian bersama  Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika dan Universiti Medical Center dalam mencari penyelesaian kepada kelemahan keupayaan belajar dan daya ingatan yang susut.

Sumber: BH, Sabtu, Terbitan 12 Oktober 2013 - Bahagian Dunia, muka surat 46.

Pada pendapat Cikgu, terompah kayu tidak mampu membantu dari segi nyanyuk tetapi mampu dijadikan alat sebatan kepada yang suka tidur lepas makan dan pada yang suka membela perutnya sehingga boroi (kepada boroi original, ia tidak termaktub).

Apa pun... Melayu memang ramai yang boroi (tidak termasuk cikgu sendiri sebab cikgu boroi original.. keh keh keh).. dan kerana melayu juga mudah lupa kata Tun M... maka, pada pendapat cikgu, memang benarlah kajian ini. hmmm...