Pengajaran di Pagi Jumaat 13 Zulhijjah 1434H

Friday, October 18, 2013

Sedikit perkongsian ilmu pada hari Jumaat ini 18 October 2013 / 13 Zulhijjah 1434H

Tazkirah di pagi Jumaat.

Seperti kebiasaan, di tempat penulis bekerja, pada pagi jumaat, sama ada tazkirah berlandaskan potongan ayat Al-Quran mahupun hadith akan disampaikan oleh MD syarikat. Kali ini, MD memilih Takbir Raya.

Apa yang menarik kali ini ialah MD telah menceritakan mengenai salah seorang sahabat Rasul S.A.W iaitu Ibnu Mas'ud yang ada kaitan dengan takbir raya ini. Beliau mengisytiharkan ISLAMnya di depan kaabah dan serentak dengan itu, beliau telah dipukul oleh kaum musyrikin Quraisy Mekah sehingga telinganya terobek terutamanya Abu Jahal. Dan apabila diceritakan kepada Rasul S.A.W ramai yang bersimpati kecuali Jibrail a.s yang ketawa. Rasul S.A.W kehairanan akan peristiwa itu.
Dan didalam satu peperangan, (dipendekkan cerita), Ibnu Mas'ud berjaya memenggal kepala Abu Jahal dan dibawanya kepala Abu Jahal kepada Rasul S.A.W. Dan ketika itulah Jibrail a.s berkata, kerana inilah (Abu Jahal dipenggal oleh Ibnu Mas'ud) dia ketawa... Serentak Rasul S.A.W melafazkan 'Lailahaillallahu Wahdah, Shodakho Wa'dah ... hingga habis'...
Dengan itu juga MD mengaitkan betapa janji Allah itu benar kepada orang ISLAM yang sabar dalam bertaqwa dan mengerjakan ibadah termasuklah kerja.

Sumber rujukan: 
1. Halaqah.net
2. Amili Solehah Blog

Khutbah Jumaat

Khutbah kali ini disampaikan oleh Dr Izhar Ariff Md Kashim. Seorang yang muda tetap bersemangat. Alangkah bagusnya jika semua yang baca khutbah bersemangat dan memberi khutbah dengan pelbagai intonasi suara. In Shaa Allah, tak akan terlena mendengar.

Penulis ingin berkongsi mengenai khutbah hari ini. Sebelum beliau memasuki khutbah, beliau terlebih dahulu memberi peringatan yang keras kepada peniaga-peniaga baik lelaki mahupun perempuan serta pembeli dan orang yang masih melepak diluar. Apa yang dapat saya simpulkan disini, baik yang bersongkok hitam, mahupun berkopiah hijau dan bertopi liberal, ramai yang leka dengan amaran ini dan masih asyik dengan perkara yang sudah jatuh hukumnya haram. Berulangkali khatib beristighfar dan berdoa agar dijauhkan bala kerana sikap mereka ini.

Kemudian, khatib menyambung khutbah dengan menyentuh mengenai lima perkara yang akan membinasakan umat manusia yakni:
1. Zina berleluasa - sudah ada di Malaysia dan jelas tanpa segan silu
2. Zakat tidak dikeluarkan - Alhamdulillah, di Malaysia ini, pusat zakat masih tidak putus dengan ramai orang yang berzakat. Cuma ada segelintir yang masih enggan melunaskannya dan memberi alasan yang tidak munasabah.
3. Menipu dalam hal menimbang - berkaitan dengan perniagaan yang jelas ketara di zaman ini termasuk di Malaysia.
4. Tidak dihukum dengan hukum Allah serta umat di satu tempat dizalimi oleh musuh mereka seperti berlaku di Syria, Palestin, Mesir, dan sebagainya
5. Meninggalkan Kitab Allah dan Sunnah Rasul S.A.W.

Sumber rujukan:

1. Syed Abdul Kadir Aljofree di  https://www.facebook.com/syedabdulkadir2/posts/2144227352422302. Masjid negara melalui laman http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/06/29/tinggalkan-berurus-niaga-ketika-azan-jumaat/3. Halaqah.net di http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5958.04. MyKhilafah.com5. Ustaz Zahazan di Utusan - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

0 comments:

Post a Comment