Tiada Subsidi Petrol Untuk Golongan Kaya - Apa Mekanisme Penguatkuasaan?

Sunday, October 26, 2014

2 hari lepas saya telah menimbulkan persoalan akan definisi kaya yang sebenar (rujuk sini) berkenaan isu ini yang dijangkakan akan menimbulkan beberapa permasalahan seandainya tidak diteliti dan diselesaikan dengan bijaksana (persoalan berikutnya, adakah ramai bijaksana di kalangan mereka?).

Setelah itu, terdapat beberapa keratan akhbar yang memperihalkan cadangan pemantauan pembelian subsidi petrol ini. Ada yang mencadangkan akan penggunaan MyKad dan ada yang mencadangkan kad rebat seperti didalam paparan media berikut:

  1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/21/subsidi-baru-petrol/
  2. http://www.arenakereta.com/2014/10/23/sistem-rasionalisasi-subsidi-petrol-menggunakan-mykad-sedang-dikaji/
  3. http://paultan.org/2014/10/23/petrol-subsidy-distributed-via-mykad-low-income-group-enjoy-current-price-ahmad-maslan/
  4. http://www.mykmu.net/2014/06/03/mekanisme-baru-subsidi-petrol-cadangan-hilang-akal/
  5. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-petrol-guna-mykad-tidak-selesai-isu-subsidi-bersasar-kata-pakatan
  6. http://www.malaysiakini.com/news/278254

Persoalan yang ingin saya timbulkan disini pula ialah:

  1. Apakah mekanisme yang akan digunakan sama ada keatas MyKad atau Kad Rebat?
  2. Apakah mekanisme yang akan diguanakan untuk rakyat mendaftar? Jika ia melibatkan MyKad, adakah perlu 28 juta orang mendaftar dan menukar kandungan MyKadnya? Jika berlaku perubahan pada tangga gajinya, adakah perlu dia mendaftar lagi sekali?
  3. Jika ia melibatkan penggunat Kad Rebat, bagaimana pula pendaftaran dan pengemaskinian akan dilakukan? Siapa akan memantau dan mengesahkan kad rebat tersebut? Apakah mekanisme pembelian yang akan digunapakai menggunakan kad rebat itu? Siapa pula akan memantau penggunaan di stesyen minyak? Sekarang ini pun ada penyeludupan minyak, tambah lagi bila kad rebat digunapakai nanti.
  4. Apakah mekanisme yang digunakan untuk menentukan keboleh-upayaan  seseorang itu membeli dan bagaimana ia dikaitkan dengan MyKad atau Kad Rebat? Adakah cukup dengan cukai pendapatan? Jika seseorang itu bekerja sendiri, bagaimana kerajaan akan memastikan hanya yang layak akan didaftarkan sebagai penerima subsidi?
  5. Jika pemandu peribadi CEO, MD atau ex-patriate ini mengisi minyak, bagaimana hendak tentukan bahawa pembelian itu disubsidikan atau tidak? Siapa yang akan memeriksa dan memastikan kepatuhan di seluruh negara?

Apa yang jelas disini ialah:

  1. Terlalu banyak masalah dengan peraturan dan mekanisme yang dicadangkan.
  2. Malaysia terkenal dengan kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan berkala. Adakah cadangan ini mampu mengurangkan ketirisan dan penyeludupan apabila penguatkuasaan dan pemantauan berkala masih ditakuk lama. Lihat sahaja LRT dan Komuter untuk golongan wanita yang sentiasa dinaiki lelaki tak reti malu. Juga lihat pada perokok tegar yang tanpa segan silu 'menghisap racun dan membakar duit' dimana sahaja mereka suka walaupun sudah digazetkan sebagai kawasan larangan merokok. Lihat juga pada kaki potong 'Q' yang sanggup gunakan lorong kecemasan demi nafsu serakah diri. Lihat pada kegiatan penyeludupan di sempadan yang berjaya menyusup rokok, mercun, dan pelbagai hingga ke sebesar lembu pun terlepas pandang. Dengan begitu banyak contoh kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan berkala, adakah cadangan ini mampu selesaikan masalah?
  3. Apakah mekanisme yang akan ditentukan untuk menentukan harga pasaran? Ketika ini harga minyak merudum, tetapi harga petrol tetap sama. Sepertimana harga barang yang naik ketika harga minyak naik, harga barang tetap stabil pada harga itu walaupun harga minyak telah dikurangkan. Apakah jaminan kerajaan (yang setakat ini banyak menjamin tanpa berjaya) bahawa harga minyak akan mengikut harga pasaran? Siapa yang mengawalnya nanti?

Yang pastinya, Ahmad Maslan perlu turun padang dan berdiskusi dengan orang yang bijaksana yang berada diluar lapangan politik dan bukan hanya berbicara dengan kaki ampu dan kaki kipas yang sememangnya hidup tiada kepayahan.


p/s: moga dia mendengar.

Nak tahu pasal ubat? Hubungi NPCC - Jangan pandai sebarangan

Saturday, October 25, 2014

Ada pertanyaan berkaitan ubat-ubatan? Sila hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722

Tiada Subsidi Petrol Untuk Orang Kaya - Apa definisi kaya?

Friday, October 24, 2014


Sejak 2-3 hari ini, kecoh satu malaysia mengenai kenyataan Menteri KPDNKK, Ahmad Maslan berkenaan bahawa mulai Jun 2015, subsidi bahan api untuk golongan kaya akan ditarik. Ini bermakna, mulai Jun 2015, golongan kaya akan membeli bahan api; sama ada RON95 atau RON97, pada harga pasaran (lihat sini, sini dan di sini).




Persoalan utama disini ialah:

  1. Apa definisi kaya? Memandu BMW atau bergaji puluh ribu?
  2. Adakah terhad pada RON95 dan RON97 sahaja? Jika orang kaya itu memandu Hyundai Starex atau kenderaan exclusive yang menggunakan diesel. Apakah dia boleh membeli pada harga subsidi?
  3. Apakah konsep apungan pada harga pasaran dan bagaimana serta mekanisma penentuan harga pasaran dilakukan? Sedangkan ketika ini, harga minyak turun bawah paras USD100 pun harga minyak lebih mahal dari harga pasaran. Malahan, RON95 adalah kategori yang tidak ditentukan oleh harga pasaran (alasan diberi oleh menteri dari kementerian yang sama ketika merealisasikan RON97 dan RON95 suatu ketika dulu).
  4. Berbalik kepada definisi kaya, apakah mekanisme yang digunapakai untuk tentukan kekayaan seseorang? Adakah hanya bersandar pada gaji? Jika bergaji RM15000 tetapi jumlah cukai dibayar sama dengan yang bergaji RM4000 (kerana tanggungjawab), adakah yang bergaji RM15000 akan dilihat seperti bergaji RM4000 atau sebagai orang kaya?
  5. Masih lagi di definisi kaya. Jika cukai pendapatan digunapakai, bagaimana dengan yang bekerja sendiri, atau peniaga yang tidak berdaftar? Ada peniaga pasar malam yang tidak berdaftar dan punyai cukai pendapatan yang lagi kaya dari yang bergaji RM10000 ke atas. Cuba lihat beberapa orang ustaz yang terkenal. Ada yang pastinya tidak membayar cukai pendapatan, tapi mampu memandu kereta mahal, malah beristeri lebih dari satu. Adakah mereka ini golongan kaya atau sederhana?


Jadi, persoalan ketika ini ialah, apa definisi kaya pada Ahmad Maslan?


Simposium Pemikiran Politik Islam

Saturday, October 11, 2014



Berkata Syiekh Dr Abdul Qadir Awdah:


“Syariat telah memberi penjelasan tentang tugasan utama seorang pemerintah dengan penjelasan yang jelas dan tanggungjawabnya yang perlu ditunaikan secara mendalam. 

Maka tugasan utama seorang pemerintah disisi Islam adalah menjadi pengganti kepada rasul didalam “mendirikan agama dan memerintah dunia dengannya”
-----------------------------------
Politik Islam? 
 
Apa perkara pertama yang kita terfikir apabila berbicara tentang politik Islam? 
 
Dalam arus globalisasi ini, ramai pihak mengatakan bahawa sistem Politik Islam tidak relevan lagi dalam mendepani zaman hari ini. Ianya sudah kuno, kolot serta lapuk. 
 
Serangan pemikiran yang begitu dahsyat oleh tamadun barat, telah menghasilkan pertembungan idea dalam kalangan umat Islam sendiri dalam memahami kesyumulan sistem Islam.
 
Maka kami, Majlis Ulama ISMA atau lebih dikenali sebagai MUIS, membawakan kepada anda sebuah Simposium Pemikiran Politik Islam yang julung-julung kali diadakan di tanah air kita, dengan membawakan tajuk 
 
"Gagasan Pemikiran Politik Islam Berdasarkan Siyasah Syari’yyah dalam realiti Malaysia".
 
Kertas Kerja 1: Relevensi Konsep Negara Islam: Perlaksanannya dalam sistem Demokrasi Malaysia
Oleh:
SS Ustaz Dr Zulkifly Bin Muda (Mufti Negeri Terengganu)
Ust. Mohad Hazizi Bin Ab Rahman (JKP ISMA)
 
Kertas Kerja 2: Partisipasi Politik Semasa di Malaysia dalam Kerangka Maqasid Syariah
Oleh:
Prof Madya Dr Aznan Bin Hasan (Pengerusi MUIS)
Prof Madya Dr Khalif Muammar Bin. A. Harris (CASIS-UTM)
 
Kertas Kerja 3: Membentuk Gagasan Pemikiran Politik Islam dalam realiti Malaysia berdasarkan Siyasah Syari’iyyah
Oleh:
Ust. Abdullah Zaik Bin Abd Rahman (Presiden ISMA)
Dato’ Dr. Ist Khairuddin At Takiri (Setiausaha Dewan Ulama Pas)
 
Ucaptama Perasmian Penutup : Masa depan politik Islam di Malaysia: Apakah Halatuju Kita?
Oleh:
SS Dr Zulkifli Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)
 
Tarikh: 25 Oktober 2014
Masa: 8 Pagi - 6 Petang
Tempat: Auditorium Abu Zarim, Ilsas Uniten, Bangi
 
Yuran? Sangat berpatutan!
 
Dewasa: 50
Pelajar: 40
 
Berminat?
 
Mudah sahaja. Anda boleh daftar:
-online di : http://bit.ly/sppimuis
-atau hubungi 018-3240054 (Firdaus Zalani)
 
 
Selamat mendaftar dan terima kasih 
 
"Memandu Masyarakat Mendaulatkan Syariat"
 

Bila terjadi .. sekadar hangat tahi ayam

Tuesday, October 7, 2014

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan satu kemalangan yang ngeri (dari beberapa kemalangan ngeri pada hari tersebut) yang melibatkan 2 buah treler dan beberapa buah kereta (lihat sini dan sini).

Pelbagai teori dikeluarkan termasuklah yang terkini iaitu pemandu kereta berselfie sekeluarga sebelum terlibat kemalangan. Dan serentak dengan itu, keluarlah kenyataan dari agensi terbabit seperti:

  • Menjadi satu kesalahan jika berselfie ketika memandu - PDRM
  • Pemandu treler terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau (24 saman) - PDRM
  • Kita syorkan agar dimasukkan dalam penjadualan pergerakkan kenderaan berat ini untuk raya haji - JPJ

Ini bukan berlaku pertama kali. Malah setiap kali tidak kira musim perayaan mahupun tidak. Asalkan ada cuti panjang di hujung minggu sahaja, pasti ada kemalangan sebegini menjengah media massa dan elektronik. Dan serentak dengan itu, melodi sama dimainkan pihak terbabit. Namun, apa yang dapat kita perhatikan disini ialah tidak ada satu pun syor yang diberi ialah untuk selesaikan masalah sehingga ke akar nya. Yang ada hanyalah mencari kesalahan dan memberi cadangan yang sekadar 'melepaskan beduk di tangga'.

Sering kali kita lihat pemandu lori, treler dan bas memandu pada kelajuan yang lebih dari sepatutnya. Malah, adakalanya kita boleh lihat mereka seakan berlumba sesama jenis dan sering potong memotong tanpa mengira keadaan sesuatu kawasan dan cuaca setempat. Berulang kali juga saya memilih untuk masuk ke lorong kecemasan demi memberi laluan pada pemandu yang gila ini. Tidak dinafikan bahawa masih ada pemandu kenderaan terbabit yang masih sopan tetapi mereka ini amat jarang ditemui.

Saya juga tidak menyalahkan mereka sepenuhnya. Sikap pemandu kenderaan persendirian juga antara punca kemalangan sebegini masih wujud. Bukan sekali, malah setiap kali dan setiap masa kita boleh lihat pemandu yang memandu ibarat di litar lumba. Malah, kebanyakkan pemandu sebegini ialah yang memandu kenderaan yang kurang ciri keselamatannya seperti Kancil, Kelisa, Myvi, Saga, Wira, Viva dan beberapa kenderaan kecil lain. Malah, ada yang tidak segan silu mencelah antara lori dan lorong kecemasan. Begitu juga pemandu kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes serta Wish, Vellfire dan Alphard yang tanpa malu-malu dan kononnya dalam situasi cemas menggunakan lorong kecemasan untuk segera memotong dan memandu laju. Begitu juga yang berani gila babi memandu hingga bahagian depannya hanya beberapa inci dari kenderaan hadapan.

Apa solusi terbaik? Adakah cadangan agensi terbabit mampu selesaikan masalah ini? Adakah dengan menempatkan AES dan pegawai polis trafik dengan kamera rakaman had laju mampu selesaikan masalah ini?

Jawapannya tentulah tidak. Jadi, apakah caranya? hmmm.. untuk apa saya syorkan sedangkan ada pihak dibayar untuk memberi idea :). Biarkan mereka itu mengeluarkan idea dan bukan sekadar mencedok idea blogger seperti saya ini.

p/s: Kalau nak idea boleh bayar :)