RAKYAT JEPUN TELAH MEMBUKTI EKSPERIMEN PETUKARAN KERAJAAN TERNYATA TIDAK BERJAYA

Sunday, April 7, 2013

1. Malam tadi saya dan 3 rakan usrah cuba untuk test market di pages Parlimen FB untuk mengetahui isu2 yang dimanipulasikan oleh pihak Pakatan, ternyata isu2 lapuk telah diketengahkan agar dipopularkan semula seperti isu kehilangan saham bumiputera RM52 Billion, Isu Hudud, Isu hutang negara, Isu Pembekal Kuasa Dalaman (IPP), Isu kronisme dan Isu Laporan Audit Negara. Apa yang kami tahu, insyaallah kami menjawab walaupun berulang2 kali kami memberikan penjelasan namun pihak Pakatan tetap "spin" and "spinning".

2. Hari ini, apa yang menarik perhatian saya ketika sesi perdebatan berlangusng di PFB, sdr Ir Abu Hanifah Muhammad telah membangkitkan satu kenyataan yang menarik iaitu eksperimen rakyat Jepun dalam soal pemerintahan negara Matahari Terbit itu.

3. Umum mengetahui, Jepun telah menyaksikan PRU ke-46 pada 16 Disember 2012 yang lalu dimana keputusan keseluruhan PRU ke-46 kembali berpihak kepada Parti Liberal Demokratik Jepun (LDP) pimpinan Shizo Abe selepas menewaskan Parti Demokratik Jepun (DPJ) pimpinan Kaoto Kan. Dalam PRU ke-46, LDP berjaya memperolehi 294 kerusi Dewan Perwakilan (Dewan Rakyat) berbanding DPJ yang hanya memperolehi 57 kerusi sahaja manakala lain2 parti yang bertanding hanya memperolehi sekitar 10 sehingga 15 kerusi Dewan Perwakilan sahaja.

4. Apa yang menarik perhatian saya ialah, eksperimen rakyat negara Jepun dalam PRU ke-45 yang berlaku pada 30 Ogos 2009 telah menyaksikan parti LDP selaku parti yang lama memerintah dan memodenkan Jepun selama lebih 5 dekad kecundang di tangan pihak pembangkang iaitu DPJ pimpinan Yukio Hatoyama yang memperolehi 308 kerusi Dewan Perwakilan manakala LDP pimpinanTaro Aso hanya memperolehi 119 kerusi sahaja. PRU ke-45 Jepun telah menyaksikan pertarungan 2 gergasi politik negara itu sehingga mencetuskan kebimbangan Maharaja Akihita yang meminta semua rakyat bertenang dengan keputusan luar jangkaan itu.

5. Sebab musabab PRU ke 45 Jepun yang beralih tampuk pemerintahan adalah disebabkan oleh Manifesti DPJ iaitu dengan kata kunci "CHANGE", maka rakyat Jepun tertarik dengan tawaran manifesto itu. Dengan hanya 5 dasar yang diperjuangkan DJP dalam PRU ke-45 Jepun iaitu (1)Mengakhiri Perbelanjaan Yang Membazir, (2)Pembelaan terhadap Kanak-kanak dan pendidikan, (3)Pencen dan penjagaan kesihatan,(4) Kedaulatan Serantau, (5)Pekerjaan dan Ekonomi.

6. Secara ringkas saya mengkaji apa yang terkandung dalam 5 dasar Manifesto DPJ dalam PRU ke-45 Jepun ; dasar pertama, parti DPJ BERJANJI akan mengkaji semula dasar perbelanjaan kerajaan terdahulu yang membelanjakan lebih Y207 Billion, kemudian menghapuskan cukai2 yang membazir dan mengharamkan sumbangan daripada syarikat2 korporat. Dasar kedua, DPJ BERJANJI akan membayar elaun kepada setiap kanak2 di Jepun dengan kadar elaun sbyk Y312,000 setahun sehingga mereka tamat peringkat Junior High School, disusuli dengan menawarkan Pendidikan Percuma di peringkat Sekolah Tinggi (High School) dan mengkaji pemberian biasiswa dengan lebih inklusif. Dasar ketiga, DPJ BERJANJI untuk memastikan setiap pesara dibekalkan dengan buku pencen, meminimumkan kadar pencen sekurang-kurangnya Y70,000 dan memansuhkan skim insuran kesihatan dengan menambah bilangan doktor di hospital2 sebanyak 50% !. Dasar keempat, DPJ akan membangunkan kedaulatan serantau dengan menggunakan dana daripada kerajaan, mencipta satu sistem pendapatan sokongan untuk individu yang terlibat dalam bidang pertanian dan menggiatkan ekonomi tempatan dengan penghapusan TOL dan mengkaji semula perniagaan berbentuk pos. Dasar kelima, DPJ BERJANJI mengurangkan cukai korporat ke atas perusahaan SME kepada 11%, membantu setiap pencari pekerjaan dalam latihan dengan elaun sebanyak Y100,000 sebulan, memperkasakan pernilaian terhadap kepanasan global dengan indutri baru. Itu adalah ringkasan kepada manisfesto parti DPJ sewaktu PRU ke-45 Jepun.

7. Faktor kekalahan DPJ : Namun, apabila mereka mendapat kuasa sebagai pemerintah Kerajaan Jepun sehingga gagal mempertahankan apa yang dikecapi adalah kerapa apa yang dijanjikan dalam PRU ke-45 GAGAL untuk ditepati. Rakyat Jepun mengkritik DPJ yang gagal memberikan elaun kepada anak2, pendidikan percuma hanya untuk peringkat Menengah Tinggi sahaja tidak meliputi peringkat rendah, menengah rendah dan universiti, gagal untuk mengekang perbelanjaan membzir sebaliknya pada era DPJ menjadi kerajaan, hutang negara Jepun terus meningkat 200% daripada KDNK negara dan menyebabkan LDP terpaksa menanggung beban kewangan yang ditinggalkan oleh DPJ. Apatah lagi, faktor penyumbang kekalahan DJP adalah disebabkan juga dengan JANJI DJP untuk menjaga kedaulatan serantau tetapi terus membenarkan US Military berkuasa di Kepulauan Okinawa, bukan sekali dua askar marin US ini membuat onar sehingga menyebabkan DPJ kalah teruk dibelasah oleh penduduk Okinawa dalam PRU 2012. Itu baru sikit faktor kekalahan DJP walhal jika mahu disenaraikan disini, perlu masa yang panjang.

8. Apabila saya membandingkan Manifesto DPJ dalam PRU 2009 dengan Manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU 2013, ada persamaan dalam aspek penghapusan (Abolishment), pengurangan (Reduce), penjimatan (Retrenchment), percuma (Free) dan pemerkasaan (Revitalise). Jika dilihat secara mendalam ternyata, semua janji2 dan tawaran dalam Manifesto Pakatan sebenarnya mengundang padah kepada rakyat M'sia dalam masa sepenggal andai PR memerintah M'sia. Lihat sahaja apa berlaku dalam Manifesto di Selangor, adakah semuanya berjaya dilunaskan ?. Jika dikatakan sudah lunas, kenapa satu demi satu rakyat memfailkan saman ke atas kerajaan negeri itu dan keputusan akhirnya berpihak kepada rakyat.

9. Saya tertarik dengan kenyataan seorang ahli akademik dari M'sia yang berkhidmat di Shobi University yang meminta rakyat M'sia agar tidak mengulangi kesilapan rakyat Jepun dengan memilih Pakatan Pembangkang memerintah negara, hasilannya rakyat juga yg akan menanggung bahana seperti yang dilakukan oleh DPJ sepanjang 3 tahun pemerintahan mereka. Bahkan yang paling menariknya seorang penganalisis politik terkenal, Micheal J.Green telah mengkritik DPJ yang gagal dalam Revolusi Musim Sejuk dalam satu artikel yang bertajuk Japan's Confused Revolution. Termasuk juga dengan kritikan Assc. Prof Tomoki Takeda dari Daito Bunka University yang menjadikan DJP sebagai bahan lawak jenaka dalam kegagalan Reformasi Politik yang dibawa oleh pakatan pembangkang di Jepun.

10. Kesimpulannya, tidak hairanlah jika dikatakan, memilih parti yang hanya mampu berjanji, mampu berkata-kata, ibarat menanam tebu dibibir tetai kurang dan amat cetek pengalaman mentadbir yg pada akhirnya rakyat juga yang menderita, akibat terlalu teruju untuk membuat eksperimen pertukaran kerajaan. Jangan pisang berbuah dua kali. Untuk rekod, program TRANSFORMASI oleh Kerajaan M'sia pimpinan BN ternyata amat memberikan impak kepada kestabilan negara ini bahkan berjaya meningkat pertumbuhan ekonomi negara. Saya tidak berhasrat mengulas panjang program TRANSFORMASI ini memandangkan DS Mohd Najib telah membuktikan dengan 100 kejayaan yang dilakarkan dalam masa 4 tahun !.

Bacaan luas :
http://zeenews.india.com/news/world/voting-underway-in-japan-general-elections_816987.html

Hutang Negara Jepun :
http://www.ft.com/cms/s/0/2ba01842-9763-11e2-97e0-00144feabdc0.html#axzz2PTLWJNP0

Kenyataan Assc Prof
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Pilihan_Raya&pg=pr_04.htm

Buat Perbandingan Manifesto DPJ dan PR :
http://www.dpj.or.jp/english/manifesto/manifesto2009.html

http://www.pakatanrakyat.my/files/BM-Manifesto-BOOK.pdf

Kritikan ke atas DPJ :

http://csis.org/files/publication/twq10januarygreen.pdf

http://www.japantimes.co.jp/opinion/2012/11/30/editorials/dpjs-weak-confusing-platform/#.UV0e75NTBPI

http://csis.org/files/publication/121218_Schoppa_JapanElection_JapanPlatform.pdf

p/s : Yang menariknya pemimpin setiap parti politik Jepun silih berganti, termasuk jugalah dengan UMNO dan parti2 komponen dalam BN juga datang dan pergi bersilih berganti, tapi DAP ?, PAS dan PKR ?...sendiri mau ingat

CREDIT KEPADA SAUDARA :
Nor Azizuddin Abdul Manan
https://www.facebook.com/norazizuddin


Aku pula kata:
Pertama - Sepertimana yang Aishah nyanyikan dalam lagunya iaitu 'Janji Manismu'.. begitu juga yang berlaku di negeri Selangor ini. Begitu juga dengan manifesto PR yang kalau kita guna pakai perumpamaan yang digunakan oleh Nik Aziz, maka, PR kini ibarat gembala binatang yang hanya tunggu untuk sembelih binatang dengan memanggil binatang datang dekat dengan menaburkan makanan kesukaan binatang itu (ini bukan aku punya perumpamaan ye.. ini Nik Aziz yang bagi).... maka.. kalau agak2 rasa nak kena sembelih, dipersilakan.

Yang keduanya.. bagi aku.. aku berpegang pada  'If that things is so good to be true.. then it is so hard to be true either'... Ini berdasarkan begitu banyak janji tidak ditepati (seperti kata mereka.. janji dicapati) yang berlaku di negeri Selangor dan Pulau Pinang hingga Tuan Guru Azizan (MB Kedah) akhirnya mengakuinya dan berjanji untuk tidak menabur banyak janji lagi kerana tidak mahu bersikap seperti munafik (“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.[Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim].).

Yang ketiga ialah.. rakyat diibaratkan sebagai anak-anak dan kerajaan pula diibaratkan sebagai ibu-bapa yang diberi amanah oleh Allah untuk membesarkan dan memastikan anak-anak itu membesar dalam keadaan sempurna. Tidak semua kehendak anak-anak itu ditunaikan. Malah ada yang diminta tapi diberi lain dengan izin dan kehendak Allah. Malah ada yang meminta sekarang tetapi hanya dapat beberapa tahun kemudian. Ini kerana semua ini memerlukan perancangan teliti dan proses yang perlu dilaksanakan secara berperingkat agar si-anak tidak dapat kejutan budaya atau terlebih manja. Namun begitu, saban hari, sibapa perlu melayan kerenah anak yang pastinya ada yang akan menimbulkan suasana tidak harmoni dek kerana cemburu atau tidak berpuas hati akan kehendak tidak dipenuhi. Namun, sebagai bapa, hanya sabar, doa, usaha, ikhtiar, dan tawakal diperlukan dalam mengharungi ranjau berkeluarga ini. Begitu jualah sebuah kerajaan yang memerintah.

Yang keempat.. ada yang berkata.. "lihat di amerika dan britain.. politik mereka cukup matang.. mereka bertukar pemerintah selang beberapa penggal.. tidak kah ini melambangkan kecemerlangan politik mereka dan betapa mudahnya rakyat menukar pemerintah.. ini memastikan sesiapa sahaja yang terbaik memerintah memberikan yang terbaik bagi memastikan mereka terus dipilih" .. pada aku, ini merupakan satu pendapat yang tidak melihat secara menyeluruh. Kedua negara itu masih tinggi diskriminasi perkaumannya walaupun politik bertukar ganti. Kedua negara itu dan rantau eropah kini dalam krisis kewangan yang teruk. Malah, amerika merupakan antara negara paling tinggi hutangnya. Ketiga, parti yang bertanding berjanji sepertimana yang diinginkan rakyat tetapi tidak menunaikan kesemuanya dan oleh kerana ini mereka sentiasa bertukar ganti kerana yang bertanding akan terus memberi janji yang diingin rakyat tetapi tidak mampu ditunaikan. Ke-empat, parti yang ada dan parti yang memerintah serta pembangkang dipenuhi oleh orang kulit putih. Disana tidak ada pelbagai kaum. Malah warga cina, india, dan lain di sana tidak menyertai parti politik pun kerana sama ada suka atau tidak, disana tidak ada sekolah SRJK... tidak ada SRA.. tidak ada parti berasaskan agama .. tidak ada pelbagai bahasa dan semua tempat diketuai oleh orang kulit putih. Jadi jangan bandingkan negara ini dengan dua negara yang tidak mempunyai ciri seperti ini walau sedikitpun.

Maka, kesimpulannya, apabila kita berada didalam satu keadaan seperti keadaan di Malaysia ini, saya andaikan kita semua manusia yang diberi akal dan hati yang sempurna oleh Allah yang mampu berfikir secara waras dan membuat pertimbangan sewajarnya. Fikirlah sejauh mungkin dan bukan hanya setakat 5 tahun pemerintahan sahaja kerana satu kesilapan kecil, 5 tahun yang diharapkan indah mungkin menjadi saat penderitaan yang tidak sabar ditamatkan .. dan saat itu mungkin tidak akan tiba lagi. Jangan pandang 5 tahun atau janji manismu.. tetapi pandanglah sejauh cicit mendatang dan tafsirkan segala janji dengan pertimbangan mengikut pengetahuan yang diperluaskan dan bukan disempitkan. Paling utama, disaat ini, kembalilah pada Allah dan mohonlah petunjuknya. Dirikanlah solat hajat dan hajatilah hidayah dan petunjuk yang terbaik dariNYA. Dirikan juga solat taubat dan solat isthikharah bagi memohon pencerahan dariNYA. Kemudian doakan agar selepas diberi hidayah dan petunjuk, hati ini tidak dibolak-balikkan lagi oleh Allah S.W.T.

Moga-moga kita memilih dengan pilihan yang diredhai.

0 comments:

Post a Comment