Antara 2 kerajaan - dari pengalaman 2 kontraktor bumiputera

Sunday, April 28, 2013

Demam pilihanraya telah bermula dan klimaksnya akan tiba pada 5hb Mei, 2013. Dalam menanti tarikh tersebut, pelbagai pihak keluar dengan pelbagai manifesto bagi menerangkan janji yang akan dilaksanakan andai diberi mandat untuk memerintah. Tidak cukup dengan manifesto, ceramah dan gambar-gambar berkaitan ceramah bagi menunjukkan betapa mereka ini sedang mendapat sokongan. Tidak cukup dengan itu, ditambah lagi dengan pendedahan dari pelbagai sudut, baik pada parti, calon, hingga kepada keluarga calon pun hendak diperkatakan.


Ini merupakan tambahan kepada menu yang tersedia kini didalam pilihanraya. Ia adalah manifestasi dua janji yang diberikan pada PRU12 yang merupakan satu pengakuan dari 2 kontraktor berbeza dengan 2 kerajaan berbeza.

Kontraktor 1 - Kontraktor potong rumput (kawasan bandar tasik puteri)
Diskusi ini berlangsung pada bulan lepas semasa aku menunggu pengesahan mengenai tempoh masa cermin kereta akan diganti.
Aku: Dah berapa lama abang amik kontrak potong rumput ni?
Kontraktor: Ada la dekat10 tahun dik...
Aku: oooo.. sempat rasa 2 kerajaan la ni :)... tanya sikit boleh bang..
Kontraktor: aa... merasa lah juga... ha.. nak tanya apa?
Aku: Ada beza ka dulu ngan sekarang? Mana lebih baik?
Kontraktor: Sama je dik... tak de beza sangat.. yang dulu ada baik buruknya.. yang sekarang pun ada baik buruknya...
Aku: Ye ke.. bukan patutnya yang sekarang lebih baik ke?
Kontraktor: Tak de la dik...
Aku: Apa baik buruknya bang?
Kontraktor: Yang baiknya sekarang.. dalam 3 bulan dah dapat duit.. dulu dekat 6 bulan baru dapat duit...
Aku: ooo.. kiranya yang sekarang lebih baik la
Kontraktor: Tak juga dik.. sekarang dari segi tu memang bagus.. dapat duit cepat.. tapi dari segi kos, kita yang rugi.. ramai kontraktor macam abang ni kena bungkus sebab tak boleh nak maintain. Sapa yang rugi? semua tu bumiputera tu?
Aku: aik? biar betul bang?
Kontraktor: Betul dik... bayangkan, dulu abang ada 40 workers potong rumput sekitar taman perumahan ni.. Lepas tu kurang kepada 20 orang... ini pun lepas abang tengok kalau tak mampu, kurangkan lagi.. tengoklah.. kalau rumput pun dah tak tinggi sangat... mungkin kurang kepada 10 je kut... itu pun tengok keadaan dik, sebab kena potong kat satu2 kawasan tu 2 kali sebulan...
Aku: ah! biar betul bang.... bukan untung ke?
Kontraktor: Mana ada dik... kalau sorang je dlm RM1200 ... sepuluh orang dah berapa? tu tak termasuk kos barang dan penghantaran dia org... dah la tu, dia orang ni bagi sedikit.. setakat cukup2 makan je dik... boleh hidup la.. tapi nak untung banyak macam dulu tak de lah... ni.. dah masuk 3 kereta cermin pecah... kita orang kena cover juga... itu dah kurangkan untung lagi... kalau dulu, dapat banyak... sebulan dalam 2 -3 cermin kereta pecah, masih boleh untung dan ok lah... cukup tahun boleh bagi bonus kat pekerja... sekarang... jgn harap le..
Aku: ini kalilah bang... kita kasi undi balik sana... :)


Kontraktor 2 - Aku sendiri (di satu mesyuarat berkaitan pelaksanaan projek di satu agensi milik kerajaan)
Diskusi ini berlaku pada 2 tahun lalu ketika aku laksanakan satu projek dengan kerajaan dan berlaku semasa menanti KP agensi terbabit datang.
Aku: Dia org marah sebab banyak sangat rasuah dlm kerajaan tu
Pegawai: Rasuah? itu la .. bila orang luar cakap tak tau.. Kamu tahu tak, yang amalkan rasuah dan galakkan rasuah ni bukan kerajaan.. tapi orang yang tak de pendirian...
Aku: Tapi ada baca kes beli barang mahal dari harga pasaran..
Pegawai: Tu la.. kamu baca dari akhbar dan blog dia orang.. Kamu orang muda memang senang sangat nak kena pengaruh. Saya ni dah 20 tahun dalam kerajaan.. Dari Mahathir sampai le Pak Lah.. Ni 2 tahun lagi mungkin tukar sebab pak lah dah hint untuk turun. Kerajaan memang tak amalkan rasuah.. Yang amalkan rasuah ni orang muda dan orang baru masuk yang nak kaya cepat dan orang nak amik kontrak kerajaan.. Terutamanya tuuuttt (tidak boleh dinyatakan dalam ni). Pasal barang beli mahal dari harga pasaran tu kamu tahu kenapa?
Aku: ntah.. sama ada ada unsur rasuah, atau memang nak bazirkan duit
Pegawai: 1. Kita nak tolong ahli perniagaan tempatan... 2. Kerajaan ni ramai staf yang sama ada malas atau tak nak kerja lebih, jadi bila beli tu, kita sekalikan dengan maintenance, training, ++... 3. Ada pegawai dan orang bawahan yang nak makan sikit... tapi bukan bererti kerajaan galakkan... sebab bila sampai kertas cadangan, bila orang besar kita yakin berdaya maju dan demi menaikkan kemampuan anak tempatan, dia sain je...
Aku: oooo... baru tahu ye...
Pegawai: Itu lah... bila orang tak ada didalam, dan tak siasat dengan berjumpa orang kat sini.. Kami ni, kalau boleh nak bantu orang malaysia... Mahal macammana pun kita ambil. Lagi satu, kamu sendiri terlibat dalam melihat kami meluluskan satu-satu cadangan atau menerima usul tender kan... susah tak? berapa lama kami buat analisa?
Aku: hehehe.. lama juga.. sampai ingat projek ni nak tutup dah :)
Pegawai: Haaa... itu la... Tapi tak pe.. Kami kerja ikhlas demi Allah... Jika Allah redha, dah cukup.
Aku: Alhamdulillah... saya percaya.. kalau semua pegawai kerajaan macam puan dan tan sri, memang kita boleh kurangkan rasuah ... :)


Ini pula berlaku hari ini... Dengan tokey barang buangan...
Aku: Tokey.. hari ni saya nak tolak paper je... barang lain tak de :)
Tokey: Tarak apa... semua tiga ringgit.
Aku: Okey... eh tokey.. lu undi mana?
Tokey: Itu tempat Sivarasa...
Aku: Ye ke.. tahun ni sapa lawan?
Tokey: Itu Sivarasa sama MIC
Aku: ooo i c... tokey.. tanya sikit.. lu pilih sapa?
Tokey: hehehe lu undi sapa?
Aku: .... hehehe... ini kalilah tokey.. wa talak undi itu PKR.. dulu jam ada kasi.. kata mau selesai pasal itu jam, pasal itu exit masuk highway, pasal isu tanah, pasal tarak stesyen minyak, hospital, etc... banyak janji tapi satu pun talak buat.
Tokey: Itu exit sana kundang
Aku: Itu UMNO sama MCA punya kerja... sebab itu pergi kundang...
Tokey:... dulu aa.. masa itu sivarasa datang pasar malam tempat wa jual barang.. semua talak salam.. wa sorang saja salam dia.. tengok dia menang... tapi ini kali aaa.. wa dengar, wa punya kawan ramai itu cina sama india sudah mau tukar la..
Aku: Abih.. ko undi sapa tokey?
Tokey: hehehe.. tengoklah.. tapi wa fikir aaa... wa ikut wa punya kawan la... sebab aa.. undi sana atau ini olang, wa sama juga... wa punya isteri aa.. kena kencing manis.. pergi hospital kena kos manyak tinggi ooo... talak ada satu pun mau fikir ini... tapi nasib baik aa.. ada hospital kerajaan.. dia punya kos talak tinggi... sikalang aaa.. dia punya kaki pun sudah baik..
Aku: (dah jauh lak tokey ni pergi) .. tak pe lah tokey... mana-mana pun kita kena undi... wa, kalau susah, wa sembahyang minta Allah tunjuk sapa lagi baik...
Tokey: ya la... ok la... mau jalan aa..
Aku: ok tokey... jgn lupa undi nanti... :)


p/s: Memikirkan kisah lalu ... hmmm... cicah roti bakar ngan kopi 'o pun sedap ni...

0 comments:

Post a Comment