Petikan dari Forum MPM - Wan Azizah pun ada??

Friday, April 26, 2013


  • Dr Chandra Muzaffar > Banyak lagi insiden, pada Februari 2001, dua kawan saya dari Universiti Singapura, beliau memberitahu bahawa Anwar homoseksual. malahan ia diberitahu oleh kawan-kawan dalam Keadilan. Saya mempercayainya ketika itu.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA 5:16 PM
  • Dr Chandra Muzaffar > Salah satu khabar angin bahawa Brother Anwar telah disuntik HIV AIDS kita ragu dengan khabar angin ini. Kalau betul bermakna mereka yang suntikan HIV mereka tidak faham, kerana jangka masa HIV untuk merebak memakan masa yang lama. Selepas itu isu arsenik. saya antara yang mula-mula melihat laporan makmal luar negara yang ditunjukan oleh Wan Azizah mengenai arsenik. Saya baca dan memberitahu Wan Azizah bahawa sebagai doktor dia lebih memahami. Tidak ada bukti dalam laporan itu Anwar di suntik.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA 5:10 PM
  • Dr Chandra Muzaffar > Saya seperti Wan azizah tidak berminat dengan politik kepartian. Gerakan Adil bukan gerakan politik. tapi kita memikul bebanan untuk menjadikannya begitu kerana 20 pemimpin UMNO akan berundur untuk menyertai Adil ketika itu. Tapi tak ada yang ahli UMNO yang keluar. Kita hanya dimaklumkan mereka akan keluar, jadi kita terpaksa memikul Adil sebagai pergerakan politik. Sedangkan saya dan Wan Azizah hanyalah aktivis.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA 5:07 PM
  • Dr Chandra Muzaffar > saya antara terlibat aktif dalam membentuk manifesto Keadilan suatu ketika dahulu. Selama tempoh dua tahun dalam keadlilan saya mula kecewa. Keadilan ditubuh pada 1999. Saya terlibat dalam 'Gerakan Adil'. Saya Timbalan Pengerusi Adil. Berkempen untuk adil. Wan Azizah pengerusi.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA 5:05 PM
  • Dr. Chandra Muzaffar
    by BORHAN ABU SAMAH 5:04 PM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 4:58 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Undilah dengan fikiran yang waras dan bukan mengikut perasaan pada pilihan raya kali ini.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:57 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Kerajaan ini telah berkhidmat dengan baik kenapa perlu bawa mereka yang tidak ada pengalaman seperti `Tikus memperbaiki labu'. Memerintah negara tidak mudah bukan seperti yang dibayangkan oleh kebanyakan orang.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:56 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Apakah rakyat akan memilih parti yang cauvanis atau seorang seperti Anwar yang berterusan menipu, tetapi setakat ini sentiasa terlepas kerana golongan muda terus terjebak dalam penipuan beliau.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:53 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim mahu rakyat memilih kerajaan dengan teliti.
    by BORHAN ABU SAMAH 4:52 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Jjentera DAP menyebarkan fitnah bahawa beliau adalah trojan yang sebenarnya orang UMNO dan kini telah dibeli oleh UMNO dan dibayar oleh MCA.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:51 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Dia fikir dengan menyertai DAP beliau akan dipertahan kebebasan untuk kebebasan bercakap.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:49 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim; Apa yang mahu diubah di Malaysi sebab negara ini negara demokratik dan negara ini tidak menganiaya rakyatnya. Ia hanya slogan memang sedap didengar tetapi ia perlu difahami oleh golongan muda.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:48 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim juga mengingatkan supaya Melayu tidak mengambil mudah bahawa mungkin Melayu akan hilang dari dunia ini jika tidak sedar.
    by BORHAN ABU SAMAH 4:44 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Beliau telah melihat segala-galanya bagaimana Melayu hidup miskin dan terpaksa belajar di dalam kelas dewasa kerana tidak berpelajaran. Mereka ini menjual barang kemas untuk membiayai UMNO yang memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:43 PM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 4:43 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Pembangkang sejak awal lagi telah menyatakan jika mereka kalah pada pilihan raya kali ini mereka akan menimbulkan kekecohan bagi menunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan BN korup dan tidak cekap serta kerajaan yang mementingkan golongan elit semata-mata. Inilah yang dunia luar mahu dengar.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:42 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Beliau yakin kejadian di Lahat Datu ada tangan ghaib kalangan pembangkang yang memainkan peranan.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:40 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Kita terlalu liberal sehingga blog bebas menuliskan apa sahaja, sedang jika artikel yang diterbitkan di dalam media utama perlu ditapis bagi mengelakkan daripada disaman oleh pemimpin pembangkang.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:39 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Anwar tidak pernah memperdulikan sesiapa sahaja, dia hanya mementingkan untuk menjadi perdana menteri.
    by BORHAN ABU SAMAH 4:37 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Karpal ada berkata. beliau sanggup mengorbankan nyawa untuk memastikan Anwar tidak menjadi perdana menteri atau `over my dead body'.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:37 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Karpal yang membangkitkan isu Anwar terlibat dengan kegiatan seks luar tabii, tetapi kini beliau menjulang Anwar sebagai Perdana Menteri.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:36 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: DAP sebuah parti cauvanis dan mereka menyebarkan kepada anak-anak muda bahawa parti itu telah berubah. Anak-anak muda termakan dengan slogan `ubah' yang sebenarnya lebih kepada usaha untuk mengekalkan kuasa Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:35 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Selaku Ahli Majlis Kerja Pusat DAP beliau membangkitkan isu itu dan tidak menyokong sebarang tindakan demonstrasi jalanan kerana daripada pengalaman yang lalu demonstrasi sedemikian tidak akan berakhir dengan aman, walaupun mereka mendakwa perhimpunan aman, pastinya ada yang cedera dan ditanggap polis. Matlamat sebenar DAP hanyalah mahu memalukan kerajaan dan menjahanamkan keamanan dan ketenteraman negara.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:33 PM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 4:32 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Beliau meninggalkan DAP kerana para pemimpin mereka adalah ahli Parlimen dan merupakan sebahagian daripada yang terlibat menggubal undang-undang, tetapi mereka begitu ghairah untuk melanggar undang-undang dengan menganjurkan himpunan Bersih walaupun menyedari ia melanggar undang-undang.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:31 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Beliau juga menyifatkan perkahwinan DAP dan Pas juga merupakan satu perkahwinan yang tidak sepatutnya berlaku, tetapi ia telah berlaku kerana mereka hanya memikirkan Putrajaya termasuklah PKR dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:29 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Walaupun DAP menggunakan nama demokratik, tetapi tidak bermakna parti itu adalah parti demokratik.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:28 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: DAP dan pembangkang contohnya tidak berintegriti kerana selepas memenangi lima negeri pada pilihan raya lalu, tidak berterima kasih, tetapi sebaliknya masih lagi tamak dan terus menyalahkan SPR dan menuduh berlaku penyelewengan pada pilihan raya berkenaan.
    by BORHAN ABU SAMAH 4:27 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Pada asasnya beliau tidak berminat dengan politik dan lebih gemar untuk menjadi rakyat yang baik dan orang Melayu yang baik. Beliau akhirnya menyertai DAP kerana parti itu memperjuangkan pembanterasan korupsi. Walaupun akhirnya beliau mendapati parti itu juga teruk dilanda masalah korupsi, tetapi mereka mempunyai muslihat supaya kelihatan bersih.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:25 PM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 4:24 PM
  • Tunku Abdul Aziz Ibrahim: Beliau menjelaskan beliau menyertai DAP sebab ketika berusia 74 tahun. Kalau mahu menjadi ahli politik dia sepatutnya menyertai UMNO pada usia 27.
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 4:22 PM
  • Giliran Tunku Aziz.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA 4:22 PM
  • Panel seterusnya ialah Tunku Abdul Aziz Ibrahim
    by BORHAN ABU SAMAH 4:20 PM
  • by KHAIRULANUAR YAHAYA 4:16 PM
  • Dr. Sidek Baba > Pada 1997 dalam Parlimen, Karpal kata Anwar peliwat. Ini serius. Kenapa kemudian Karpal kata Anwar future Prime Minister. Ada keraguan. Ada muslihat?

    Intergriti Anwar sudah tercalar bagaiaman beliau boleh jadi PM?
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited byUTUSAN ONLINE 4:12 PM
  • Dr. Sidek Baba > Saya meninggalkan Anwar kerana 3 asas - Intergriti Anwar, hubungannya dengan orang luar dan akidah Anwar mengenai agama Islam yang mahu memenangi hati semua orang sehingga menyamaratakan agama Islam dengan agama lain.

    Anwar apabila Lim Guan Eng minta kalimah Allah dijadikan asas kesefahaman dalam Pakatan, Pas kata tidak boleh. Apabila bercanggah Anwar kata boleh, ia menimbulkan keraguan.

    Perjuangan DAP sosialis, fahaman sekular yang menebal. Konsep Malaysian Malaysia yang begitu utuh.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited byUTUSAN ONLINE 4:07 PM
  • Dr. Sidek baba > Saya berminat mengkaji Anwar apabila beliau suka bernyanyi berjoget dengan anak seorang tauke. Saya terkejut kenapa orang kuat agama boleh berbuat seperti itu? Bagaimana orang yang membaca khutbah berjoget? Tiada imam yang berjoget dengan perempuan bukan isterinya.

    Saya kaji 28 orang kawan Anwar. Bila saya kaji, saya berjumpa sahabat baik Anwar, Hamid Rashid dari MCKK. Dia lama dalam Keadilan. Lama dengan Anwar, 50 tahun.

    Hamid ini seorang yang tawaduk. Saya berjumpa dia, namun dia tak mahu bercerita mengenai Anwar. Azizah pernah memberitahu 3 perkara yang serius mengenai Anwar kepada Hamid. Namun beliau tidak mahu menceritakan kepada saya.

    Hamid juga bercerita semasa Anwar dalam penjara, Azizah berjumpa Anwar namun tidak dilayan sehingga menangis.Azizah juga bercerita Azizah pernah mengadu mahu meminta cerai dari Anwar.

    Hamid meninggalkan Anwar kerana Anwar seorang berpura-pura.

    Saya bertanya Tun M kenapa mengambil masa memecat Anwar? Tun M menjawab saya terpaksa mengkaji dahulu sebelum mengambil tindakan.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited byUTUSAN ONLINE 3:59 PM
  • Dr Sidek Baba > berjumpa orang ke-28, Datuk Hamzah bercerita pengalaman di New York dan Malaysia. Beliau merekod ucapan Anwar yang kemudian diberikan kepada Dr Mahathir, yang menyebabkan bekas PM itu berubah sikap.

    Semasa berjumpa Tun M baru-baru ini saya bertanya kenapa memilih Anwar. Tun M berkata beliau memilih Anwar kerana latar belakang agamanya. Tun M suka Anwar, sehingga tahun 1993 tahu isu peribadi Anwar. Kenapa Tun M terima tahun 1997, bermula selepas menerima surat Umi Halfida.

    Tun M berkesempatan berjumpa Umi Hafida selepas peristiwa 'Gempak', yang dipanggil bercerita segalanya.

    Tun M merekodkan peristiwa ini dalam buku Doktor in The House mengenai imej Anwar yang rosak. Tun M percaya selepas pengakuan empat wanita.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited byUTUSAN ONLINE 3:54 PM
  • Dr Sidek Baba > Kita tahu pelobi seberang sana. Saya ada fail dan surat-menyurat mengenai Anwar sebagai pengarah badan antarabangsa. Saya kaji dan teliti.

    Dua orang yang tahu diminta membuat akuan bersumpah sebelum kedutaan Turki ada sokongan. Iaitu Rashid dan Rahimi. Saya tidak mahu aibkan orang. saya berjuma Ezam Mohd Noor selama 3 jam.

    Saya bertanya kenapa Ezam tinggalkan Anwar, Ezam mengaku suatu ketika tinggal di Washington, Anwar tinggal sekejap di KL, selepas habis mensyuarat beliau meminta Ezam meninggu. Wan Azizah menelefon dari sana bertanya di mana Anwar. Tidak lama kemudian Rashid beri tip kepadanya. Ezam memberitahu kepada Wan Azizah mengenai Rashid. Wan Azizah berkata itulah Rashid dadah. Selepas menyiasat, Ezam mengetahui siapa Anwar.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA edited byUTUSAN ONLINE 3:49 PM
  • by BORHAN ABU SAMAH 3:48 PM
  • by BORHAN ABU SAMAH 3:46 PM
  • Sebahagian daripada hadirin.
    by BORHAN ABU SAMAH 3:45 PM
  • Forum Nasional "Apa Kata Mereka".
    by BORHAN ABU SAMAH edited by UTUSAN ONLINE 3:45 PM
  • Prof Dr. Datuk Sidek Baba panel pertama membentangkan buah fikiran pada Forum Nasional "Apa kata mereka" yang berlangsung di Kelab Golf Perkhidmatan Awam di Kuala Lumpur.
    by BORHAN ABU SAMAH 3:44 PM
  • Dr. Sidek Baba > sangat penting dibicarakan. Bercakap pembinaan bangsa semestinya turut menyentuh agenda kesinambungan. Perubahan pemerintahan ala Arab Springs tidak secocok dengan suasana Malaysia.
    by KHAIRULANUAR YAHAYA 3:42 PM

0 comments:

Post a Comment