Aduhai PUTRAJAYA .....

by Fantaghiro Tarabas (Notes) on Tuesday, April 16, 2013 at 12:15pm



Hanya sedikit dan sekilas sudut pandang peribadi :-)

Teringat saat berada di Universiti thn 1998 ... bermulanya episod penyingkiran DSAI dalam pentadbiran.
Saat itu jua gerakan reformasi tercetus. Saya dan kawan2 yang amat mengkagumi DSAI sangat sedih, terkejut dengan apa yg blaku. Saya tahu saat itu bkn saya seorang berperasaan begitu. Malah dirasai seluruh rakyat. Masakan kita tdk terkejut. Datuk Seri Anwar Ibrahim, nama yg dibayangi semua akan menggantikan Tun Dr M tiba-tiba dicantas.

Maka bermulalah siri demi siri demonstrasi. Malah sebahagian besar keluarga saya juga merasakan Tun Dr M tidak patut perlakukan DSAI sedemikian rupa. Sewaktu itu, di rumah, emak sahaja mempertahankan Tun. Kata emak, Tun org bijak pandai, x mungkin dia yg dah membangunkan Malaysia hingga ke puncak, sewenang2nya nak calarkan nama beliau sendiri dengan menzalimi Anwar.

Di akhbar, media pelbagai, gosip2, cakap2 luar semua mengutuk dan mengeji Tun. Mahathir zalim, Mahathir itu, Mahathir ini. Mahligai Airmata di Putrajaya dan mcm2 lagi. Semua mula mengaitkan Tun dengan kronisme, nepotisme, kanak2 yang baru mengeja juga sudah pandai tanya ibu bapanya apa maksud kata-kata bombastik itu.

Bermulalah serangan demi serangan ke atas Tun yg dikatakan tidak Islamik manakan tdk dijatuhkan pemimpin bernama DSAI yg amat Islamik dan pemimpin popular ABIM. Dengan watak yang boleh berkhutbah, anak isteri bertudung. Siapa yang akan percaya DSAI melakukan perkara terkutuk.  Kelihatan juga kebanjiran ulama2, mufti2 hebat dan terkenal beralih dan menerajui pucuk pimpinan PAS.

Hari demi hari berlalu, setelah 6 tahun tirai besi menemani DSAI akhirnya dibebaskan daripada penjara. Dengan dendam kesumat yang takkan terhapus atas Tun Dr M, dengan Parti Keadilan Rakyat  yang ditubuhkan dengan melaungkan slogan keadilan yang seolah sudah tiada langsung di bumi Malaysia. Juga dengan jerih perih Dr Wan Azizah dan anak daranya Nurul Izzah ke sana ke sini memperjuangkan nasib ketua keluarga, hanya kerana dakwaan tidak berasas, DSAI selaku pelaku seks yang tdk bermoral!

Namun mereka yang terawal menubuhkan PKR satu demi satu meninggalkan sahabat mereka itu ..... bermula dgn Dr Chandra Muzaffar intelek negara ..... dan hingga kini hitunglah sahaja berapa ramai yg menubuhkan sudah keluar hingga Dr Sidek Baba yang tiada kepentingan harta baru sahaja memulakan cerita. Tinggallah Tian Chua yang masih SETIAKU DI SINI.

Tambah menarik apabila episod keluar penjara tdk berakhir di situ. DSAI dengan api membara dan berkobar2 tdk pernah hilang hasrat menakluk PUTRAJAYA yg suatu ketika dulu semua kata itu MAHLIGAI AIRMATA. Episod sodomy keluar dan muncul lagi, bukan sekali, bukan dua kali, berkali2 dengan pelbagai nama boneka baru. Banyak betul duit UMNO membayar semua pelakon2 yang boleh berlakon menjadi mangsa.  Terkesima bila terlalu banyak gambar dan video yang direka2. Pakar betul mereka! Membuat video dengan lokasi, minit, jam, saat yang mudah di adjust.
Sehingga akuan bersumpah tidak pun berani dibuat DSAI hingga kini, malah mangsanya yg jadi bahan jenaka dan diperkotak katikkan ke mana2. Tambah pelik bin ajaib DNA pun tdk diberikan. Analisis FBI 99.9% kebenaran video turut dipersoalkan, sehingga 0.1 itu nilai keraguan yang sangat besar peratusnya? Apakah dengan membebaskan Anwar di mahkamah sudah cukup membuktikan beliau tdk bersalah? Jika ditambah lagi hukuman penjara maka fanatik2 akan berkata mahkamah di pegang oleh pentadbir dan mereka akan membuat huru hara! Sangat pasti! Itulah method sejak sekian lama, berdemonstrasi, huru hara, pecahkan barang sana sini, hanya kerana impian nak sgt ke Putrajaya.

Apakah membuktikan KEBENARAN bahawa AKU BUKAN PELAKUNYA terlalu sukar utk seorang bernama ANWAR? Apakah seorang yang boleh berkhutbah, pandai mengeluarkan hadis, nas, ayat Al-Quran sangat sukar utk membuktikan beliau adalah mangsa fitnah? Keraguan tambah berganda bila saya mengkaji isi kandungan ceramah beliau di luar negara. Tentang pemakaian tudung yg sgt mengecewakan kalau kita boleh dengar dan faham Bahasa Inggeris. Terasa satu konflik beza laku di suatu ketika sebelum dijatuhkan beliau amat terkenal dgn imej Islam, dan di suatu ketika selepas itu beliau sendiri memperlekehkan agamanya. Anjuran demonstasi pelbagai, dengan himpunan BERSIH yang tdklah bersih. Diikuti dengan dokongan kuat beliau terhadap LGBT! APAKAH???

Habis seluruh kekuatan luar digunakan termasuk yg berpaksikan Yahudi utk beliau meraih sokongan dan bantuan. Pejuang apakah ini?????? Sanggup mengkhianat negara utk KERUSI DI PUTRAJAYA? Timbullah pakatan dengan PAS dan DAP wlp hakikat sgt jelas haluan kesemua mereka tdk sama, PAS dengan memperjuangkan ISLAM sudah tukar ke negara berkebajikan, DAP dengan jelas parti rasist yang takkan siapa boleh pertikaikan. Lihatlah apa yg terjadi kpd Malyu Pulau Pinang, apakah DSAI lakukan utk mempertahankan meraka sewaktu DSAI pada waktu itu telah menjadi Ketua Pembangkang Boneka. 3 Parti dengan agenda masing2 sgt berbeza bergabung hanya kerana utk menjahamkan pentadbiran sedia ada. ADAKAH dengan dendam kesumat satu negara boleh dibangunkan? INIKAH KEMAKMURAN?

Mana cendekiawan Islam yang telah beralih kepada PAS apabila isu MURTAD, kalimah Allah jd pertikaian? Bersekongkol lagi dengan mereka yg terang2 menolak hukum Allah hanya kerana tdk mahu bersatu dengan Melayu yg dikatakan kafir. Jadilah mangsa pemikir hebat seperti Dr Hassan Ali dan Ust Nasha yg lebih ikhlas memperjuangkan apa yg di kotakan.

Saat orang mengutuk keji Tun Dr M, beliaulah yang sanagt lantang mempertahankan negara-negara Islam yg sedang membangun, beliau jugalah yang waktu telah bersara pun sangat berani bersuara menyelar Yahudi di tgh2 kota New York tanpa takut sedikit pun menjadi mangsa tembakan curi.  Masih teringat dengan tuduhan rakyat bahawa beliau ingin menjadi PM sehingga mati, akhirnya mengumumkan saat perletakan beliau di Perhimpunan Agung UMNO dan beliau bkn bersandiwara mcm sesetengah pemimpin yg mengutuk beliau! Beliau memang mengakhiri jawatan PM sebagai seorang NASIONALIS yang bermaruah! Saat itu, hanya air mata yang mampu jatuh, kalau ada yang mengutuk Tun Dr M hari ini memang seorang yang pendek akal.  Seorang Doktor yang hebat dalam ekonomi, silalah cari calon pengganti. Takkan ada PM sehebat Tun Dr M sebagai PM di Malaysia meskipun 100 tahun akan datang! Bila berfikir sejauh ini, betullah kata emak sewaktu tahun 1998 dulu, Tun takkan buat sesuatu yang bodoh utk Malaysia setelah dibangunkan sampai ke tahap ini. Hari ini saya melihat hukuman penjara 6 tahun amat kecil utk seorang bernama ANWAR!


p/s: sambil baca minum kopi 'o dan makan roti bakar.. lepas tu fikir nasib negara ...