


Ulama dah cakap minum atau apa jua berkaitan arak tu haram


Shisha pun ulama kata haram juga.

Hisap e-rokok @ vape pun ulama cakap haram juga

Lepas tu ada pula suara menyalahkan kerajaan... nak tutup pintu rezeki la, benda haram lain dihalalkan la dan pelbagai lagi... Yo.. ulama cakap haram, kerajaan halalkan dari segi liberalisma dan kapitalisma, kamu nak ikut yang mana? kamu nak gembira dunia atau kesenangan akhirat? Di sini kamu enjoy menghembus asap tak berfaedah kepada orang ramai. Di sini kamu enjoy melayani benda yang dihalalkan atas prinsip liberal dan kapitalis.. tapi jangan lupa, di akhirat nanti, kamu di timbang dan diadili berdasarkan keimanan dan ketaqwaan kamu. Setiap perkara yang kamu rasa baik tetapi menyakiti orang sekelilingmu, agak2 kemana pahala kamu pergi. Timbang-timbang, rasa-rasa, berapa dosa kamu tanggungi.
Banyak perkara yang telah difatwakan haram oleh ulama dan ada perkara yang haram telah dihalalkan oleh kerana liberalisasi dan kapitalis. Tepuk dada, tanyalah iman, kamu nak ikut ulama atau kamu nak ikut liberal dan kapitalis. Sendiri fikir la bro!!!!

0 comments:
Post a Comment