Belum mula sudah menyerah

Sunday, December 27, 2015

Saya lihat banyak posting kengkawan melalui FB dan Whatsapp yang awal-awal lagi sudah menyerah kalah dan mengeluh. Mengeluh pasal barang mahal, barang sekolah mahal, dan pelbagai keluhan lagi.

Perkara kedua yang negatif dan dilakukan ialah menunding kesalahan pada pihak tertentu. Mulalah pelbagai ungkapan tidak sedap dilontarkan hatta yang berkopiah dan siang malam bercakap pasal kebaikan dan tidak tinggal solat berjemaah pun banyak yang bersikap pointing-finger.

Jika kita lihat, inilah sikap kebanyakkan kita. Lihat sahaja pada ahli sukan negara terutamanya dalam bidang badminton, bola-sepak, dan beberapa sukan utama orang malaysia. Kebanyakkan mereka, belum bermain sudah menunduk kepala menyerah. Kita boleh dengar ungkapan seperti 'Padang yang digunakan ialah padang tiruan dan kita tidak biasa dengannya', 'Pemain kepenatan kerana perjalanan yang jauh', 'mereka lebih handal dan berbadan besar', 'kita tidak biasa bermain di gelanggang ini', dan pelbagai alasan yang menampikan ke'takut'an kita sebelum mula melangkah ke medan 'perang' lagi.

Begitu juga sifat ibu-bapa kini. Lebih banyak mengeluh sedangkan setiap keluhan itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Yang perlu kita lakukan ialah membuat perancangan dan pengorbanan.

Inilah yang saya lakukan dalam memastikan saya mampu lalui 2016 ini.

Saya sendiri akan melakukan 'window-shopping' sekurang-kurangnya 3 kali untuk melihat dan membandingkan harga. Saya membeli barangan keperluan sekolah di pasaraya Mydin dan saya pilih barangan yang telah dibungkuskan beberapa unit dalam sebungkus. Ini lagi murah. Malah, untuk buku sekolah, apa yang saya lakukan ialah dengan mengambil senarai dahulu dan melihat jika ada yang saya boleh dapatkan lebih murah di kedai buku di luar atau di pasaraya seperti Mydin atau KR1M. Kemudian, senarai itu diperhalusi lagi dan melihat keperluan dan kewajipan membelinya.

Malah, kerana memastikan keperluan anak didahulukan, saya tidak bercuti sangat pada tahun ini. Saya juga memilih menginap disebuah hotel yang memerlukan saya membayar separuh dari kebiasaan saya apabila saya pulang ke kampung.

Selain itu, saya juga mengajar anak saya untuk makan hanya 2 kali sahaja sehari pada waktu cuti. Minum pagi apda pukul 9 atau 10 pagi dan makan tengahari pada pukul 3 atau 4 petang. Dengan cara ini, kami dapat berjimat banyak.

Untuk pakej telefon, saya menggunakan Family package, dan saya syaratkan pada anak-anak saya, hanya menghubungi saya atau isteri sahaja. Untuk internet, saya sudah sediakan TM Streamyx dan ia sudah cukup untuk mereka. Untuk Astro pula, saya hanya langgani basic sahaja. Itu pun sebab tidak boleh gunakan antena.

Saya juga lebih gemar menggunakan motosikal ke tempat kerja kerana lebih jimat dan lebih cepat berbanding menggunakan pengangkutan awam atau kereta. Saya dari mula kerja (tahun 1999 ketika ekonomi lebih gawat dari sekarang) hingga sekarang lebih selesa menunggang motosikal kerana apabila saya kira, ia lebih menjimatkan berbanding alternatif lain walaupun terpaksa berhadapan dengan panas dan hujan.

Tahun depan akan lebih mencabar kerana selain dari hasrat saya untuk menyambung pelajaran, saya juga akan menerima ahli keluarga ke-enam (anak ke-5) dan seperti biasa, isteri akan mengambil cuti tanpa gaji beberapa bulan untuk membesarkan ahli baru ini. Namun, 'as a survival', dan orang ISLAM yang percaya pada qada' dan qadar darinya, saya akan berusaha bersungguh untuk memastikan rezeki saya halal dan tidak disempitkan serta sentiasa melakukan apa yang Allah dan Rasul sarankan. Selebihnya, saya tawakal pada NYA.

0 comments:

Post a Comment