Tiada Subsidi Petrol Untuk Orang Kaya - Apa definisi kaya?

Friday, October 24, 2014


Sejak 2-3 hari ini, kecoh satu malaysia mengenai kenyataan Menteri KPDNKK, Ahmad Maslan berkenaan bahawa mulai Jun 2015, subsidi bahan api untuk golongan kaya akan ditarik. Ini bermakna, mulai Jun 2015, golongan kaya akan membeli bahan api; sama ada RON95 atau RON97, pada harga pasaran (lihat sini, sini dan di sini).




Persoalan utama disini ialah:

  1. Apa definisi kaya? Memandu BMW atau bergaji puluh ribu?
  2. Adakah terhad pada RON95 dan RON97 sahaja? Jika orang kaya itu memandu Hyundai Starex atau kenderaan exclusive yang menggunakan diesel. Apakah dia boleh membeli pada harga subsidi?
  3. Apakah konsep apungan pada harga pasaran dan bagaimana serta mekanisma penentuan harga pasaran dilakukan? Sedangkan ketika ini, harga minyak turun bawah paras USD100 pun harga minyak lebih mahal dari harga pasaran. Malahan, RON95 adalah kategori yang tidak ditentukan oleh harga pasaran (alasan diberi oleh menteri dari kementerian yang sama ketika merealisasikan RON97 dan RON95 suatu ketika dulu).
  4. Berbalik kepada definisi kaya, apakah mekanisme yang digunapakai untuk tentukan kekayaan seseorang? Adakah hanya bersandar pada gaji? Jika bergaji RM15000 tetapi jumlah cukai dibayar sama dengan yang bergaji RM4000 (kerana tanggungjawab), adakah yang bergaji RM15000 akan dilihat seperti bergaji RM4000 atau sebagai orang kaya?
  5. Masih lagi di definisi kaya. Jika cukai pendapatan digunapakai, bagaimana dengan yang bekerja sendiri, atau peniaga yang tidak berdaftar? Ada peniaga pasar malam yang tidak berdaftar dan punyai cukai pendapatan yang lagi kaya dari yang bergaji RM10000 ke atas. Cuba lihat beberapa orang ustaz yang terkenal. Ada yang pastinya tidak membayar cukai pendapatan, tapi mampu memandu kereta mahal, malah beristeri lebih dari satu. Adakah mereka ini golongan kaya atau sederhana?


Jadi, persoalan ketika ini ialah, apa definisi kaya pada Ahmad Maslan?


0 comments:

Post a Comment