Tiada Subsidi Petrol Untuk Golongan Kaya - Apa Mekanisme Penguatkuasaan?

Sunday, October 26, 2014

2 hari lepas saya telah menimbulkan persoalan akan definisi kaya yang sebenar (rujuk sini) berkenaan isu ini yang dijangkakan akan menimbulkan beberapa permasalahan seandainya tidak diteliti dan diselesaikan dengan bijaksana (persoalan berikutnya, adakah ramai bijaksana di kalangan mereka?).

Setelah itu, terdapat beberapa keratan akhbar yang memperihalkan cadangan pemantauan pembelian subsidi petrol ini. Ada yang mencadangkan akan penggunaan MyKad dan ada yang mencadangkan kad rebat seperti didalam paparan media berikut:

  1. http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/21/subsidi-baru-petrol/
  2. http://www.arenakereta.com/2014/10/23/sistem-rasionalisasi-subsidi-petrol-menggunakan-mykad-sedang-dikaji/
  3. http://paultan.org/2014/10/23/petrol-subsidy-distributed-via-mykad-low-income-group-enjoy-current-price-ahmad-maslan/
  4. http://www.mykmu.net/2014/06/03/mekanisme-baru-subsidi-petrol-cadangan-hilang-akal/
  5. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-petrol-guna-mykad-tidak-selesai-isu-subsidi-bersasar-kata-pakatan
  6. http://www.malaysiakini.com/news/278254

Persoalan yang ingin saya timbulkan disini pula ialah:

  1. Apakah mekanisme yang akan digunakan sama ada keatas MyKad atau Kad Rebat?
  2. Apakah mekanisme yang akan diguanakan untuk rakyat mendaftar? Jika ia melibatkan MyKad, adakah perlu 28 juta orang mendaftar dan menukar kandungan MyKadnya? Jika berlaku perubahan pada tangga gajinya, adakah perlu dia mendaftar lagi sekali?
  3. Jika ia melibatkan penggunat Kad Rebat, bagaimana pula pendaftaran dan pengemaskinian akan dilakukan? Siapa akan memantau dan mengesahkan kad rebat tersebut? Apakah mekanisme pembelian yang akan digunapakai menggunakan kad rebat itu? Siapa pula akan memantau penggunaan di stesyen minyak? Sekarang ini pun ada penyeludupan minyak, tambah lagi bila kad rebat digunapakai nanti.
  4. Apakah mekanisme yang digunakan untuk menentukan keboleh-upayaan  seseorang itu membeli dan bagaimana ia dikaitkan dengan MyKad atau Kad Rebat? Adakah cukup dengan cukai pendapatan? Jika seseorang itu bekerja sendiri, bagaimana kerajaan akan memastikan hanya yang layak akan didaftarkan sebagai penerima subsidi?
  5. Jika pemandu peribadi CEO, MD atau ex-patriate ini mengisi minyak, bagaimana hendak tentukan bahawa pembelian itu disubsidikan atau tidak? Siapa yang akan memeriksa dan memastikan kepatuhan di seluruh negara?

Apa yang jelas disini ialah:

  1. Terlalu banyak masalah dengan peraturan dan mekanisme yang dicadangkan.
  2. Malaysia terkenal dengan kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan berkala. Adakah cadangan ini mampu mengurangkan ketirisan dan penyeludupan apabila penguatkuasaan dan pemantauan berkala masih ditakuk lama. Lihat sahaja LRT dan Komuter untuk golongan wanita yang sentiasa dinaiki lelaki tak reti malu. Juga lihat pada perokok tegar yang tanpa segan silu 'menghisap racun dan membakar duit' dimana sahaja mereka suka walaupun sudah digazetkan sebagai kawasan larangan merokok. Lihat juga pada kaki potong 'Q' yang sanggup gunakan lorong kecemasan demi nafsu serakah diri. Lihat pada kegiatan penyeludupan di sempadan yang berjaya menyusup rokok, mercun, dan pelbagai hingga ke sebesar lembu pun terlepas pandang. Dengan begitu banyak contoh kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan berkala, adakah cadangan ini mampu selesaikan masalah?
  3. Apakah mekanisme yang akan ditentukan untuk menentukan harga pasaran? Ketika ini harga minyak merudum, tetapi harga petrol tetap sama. Sepertimana harga barang yang naik ketika harga minyak naik, harga barang tetap stabil pada harga itu walaupun harga minyak telah dikurangkan. Apakah jaminan kerajaan (yang setakat ini banyak menjamin tanpa berjaya) bahawa harga minyak akan mengikut harga pasaran? Siapa yang mengawalnya nanti?

Yang pastinya, Ahmad Maslan perlu turun padang dan berdiskusi dengan orang yang bijaksana yang berada diluar lapangan politik dan bukan hanya berbicara dengan kaki ampu dan kaki kipas yang sememangnya hidup tiada kepayahan.


p/s: moga dia mendengar.

0 comments:

Post a Comment