Bila terjadi .. sekadar hangat tahi ayam

Tuesday, October 7, 2014

Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan satu kemalangan yang ngeri (dari beberapa kemalangan ngeri pada hari tersebut) yang melibatkan 2 buah treler dan beberapa buah kereta (lihat sini dan sini).

Pelbagai teori dikeluarkan termasuklah yang terkini iaitu pemandu kereta berselfie sekeluarga sebelum terlibat kemalangan. Dan serentak dengan itu, keluarlah kenyataan dari agensi terbabit seperti:

  • Menjadi satu kesalahan jika berselfie ketika memandu - PDRM
  • Pemandu treler terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau (24 saman) - PDRM
  • Kita syorkan agar dimasukkan dalam penjadualan pergerakkan kenderaan berat ini untuk raya haji - JPJ

Ini bukan berlaku pertama kali. Malah setiap kali tidak kira musim perayaan mahupun tidak. Asalkan ada cuti panjang di hujung minggu sahaja, pasti ada kemalangan sebegini menjengah media massa dan elektronik. Dan serentak dengan itu, melodi sama dimainkan pihak terbabit. Namun, apa yang dapat kita perhatikan disini ialah tidak ada satu pun syor yang diberi ialah untuk selesaikan masalah sehingga ke akar nya. Yang ada hanyalah mencari kesalahan dan memberi cadangan yang sekadar 'melepaskan beduk di tangga'.

Sering kali kita lihat pemandu lori, treler dan bas memandu pada kelajuan yang lebih dari sepatutnya. Malah, adakalanya kita boleh lihat mereka seakan berlumba sesama jenis dan sering potong memotong tanpa mengira keadaan sesuatu kawasan dan cuaca setempat. Berulang kali juga saya memilih untuk masuk ke lorong kecemasan demi memberi laluan pada pemandu yang gila ini. Tidak dinafikan bahawa masih ada pemandu kenderaan terbabit yang masih sopan tetapi mereka ini amat jarang ditemui.

Saya juga tidak menyalahkan mereka sepenuhnya. Sikap pemandu kenderaan persendirian juga antara punca kemalangan sebegini masih wujud. Bukan sekali, malah setiap kali dan setiap masa kita boleh lihat pemandu yang memandu ibarat di litar lumba. Malah, kebanyakkan pemandu sebegini ialah yang memandu kenderaan yang kurang ciri keselamatannya seperti Kancil, Kelisa, Myvi, Saga, Wira, Viva dan beberapa kenderaan kecil lain. Malah, ada yang tidak segan silu mencelah antara lori dan lorong kecemasan. Begitu juga pemandu kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes serta Wish, Vellfire dan Alphard yang tanpa malu-malu dan kononnya dalam situasi cemas menggunakan lorong kecemasan untuk segera memotong dan memandu laju. Begitu juga yang berani gila babi memandu hingga bahagian depannya hanya beberapa inci dari kenderaan hadapan.

Apa solusi terbaik? Adakah cadangan agensi terbabit mampu selesaikan masalah ini? Adakah dengan menempatkan AES dan pegawai polis trafik dengan kamera rakaman had laju mampu selesaikan masalah ini?

Jawapannya tentulah tidak. Jadi, apakah caranya? hmmm.. untuk apa saya syorkan sedangkan ada pihak dibayar untuk memberi idea :). Biarkan mereka itu mengeluarkan idea dan bukan sekadar mencedok idea blogger seperti saya ini.

p/s: Kalau nak idea boleh bayar :)


0 comments:

Post a Comment