6 alasan kukuh mengapa Wan Azizah TIDAK layak jadi MB Selangor

Friday, August 15, 2014

1. Dia bukan anak jati selangor. Malah selalu mengikut suami kemana sahaja. Macam mana nak laksanakan tugas MB Selangor bila selalu sibuk ikut suami? Tak percaya, cuba tanya dia sendirian (tanpa jurucakap) mengenai selangor.. mesti hancur jawapan dia.

2. Dia seorang isteri yang solehah. Maka, ini akan menyebabkan segala tindakannya akan lebih kepada kehendak suaminya berbanding apa yang diperlukan rakyat selangor. Sejarah telah membuktikan bila beliau bertanding jadi MP di permatang pauh (tapi tak ada sumbangan lain melainkan menangis mengajak rakyat berhimpun selamatkan suaminya), kemudian meletak jawatan ketika baru dipilih semula sebagai MP demi suaminya ingin berkuasa, kemudian memegang jawatan presiden parti atas arahan suami sedangkan pergerakan parti dipimpin oleh suaminya @ KETUM (macam tak ada fungsi melainkan jadi pengiring suami), dan selepas itu bertanding jadi ADUN atas kehendak suami (walaupun awalnya suami dia nak bertanding), dan selepas tu nak jadi MB atas arahan suami juga (walaupun hakikatnya orang tahu dia akan memerintah berdasarkan arahan siapa).

3. Dia tiada pengalaman memimpin. Walaupun pernah jadi MP dan merupakan presiden parti PKR, tapi setiap tindak-tanduknya adalah atas arahan suami atau jurucakap yang duduk sebelah. Jika mereka ini tiada, pasti jelas nyata kelemahan ini. Beberapa bulan lepas, tersebar video yang menjadi bahan ketawa apabila beliau buat 'lawak bodoh' didalam sidang ADUN.

4. Kelakuan beliau seperti munafik. Kejap tak jadi, kejap jadi... kejap tak nak pegang jawatan, tetiba sibuk nak jawatan.. saya agak, andai suaminya dibebaskan lagi sekali, tidak mustahil beliau akan letak jawatan bagi membolehkan suaminya bertanding sebagai ADUN dan jadi MB. Ini pastinya membazir masa dan duit rakyat lagi sekali.

5. Ada orang cakap sebab dia isteri maka pastinya dia tahu kepentingan air dan akan memastikan apa jua berkaitan air, dia akan memastikan ia memberi kebaikan kepada rakyat selangor. Tapi, persoalannya ialah berapa kerap dia memasak dan mencuci kain? Pembantu rumah ada :). Keduanya, berapa kerap dia berada di Selangor? Ke sebab nak selalu melawat penjara kajang? Ketiga ialah kalau ekonomi pun gagal, bagaimana dia ingin mengurus air yang juga berkaitan ekonomi. Dan Keempat, apa yang dia tahu pasal keadaan air di Selangor, jika meter air dirumah pun belum tentu dia ambil tahu sebab sibuk mengikut suami.

6. Aura pemimpin tiada. Tengok dia pun orang boleh nampak bahawa dia tiada kredibiliti langsung. Tak percaya? Boleh tanya senyap-senyap kat orang belakang (seperti Azmin) :)...

Kesimpulannya - Wan Azizah tak layak jadi MB. Jika jadi, makin hancurlah Selangor.

0 comments:

Post a Comment