Jangan salahkan sesiapa, salahkan diri sendiri
Yang tahu menilai sesuatu yang baik, buruk dan rugi
cinta datang dan pergi jangan tergadai diri
Kau harus tahu dan kau harus fikir ha
Ini permainan bukan boleh diduga
.....
Kau sedar taktik kau dah lari, kau bersilih ganti;
Sampai bila pun kau tak cukup; dan tak mudah berhenti;
Apa nak dicari, serta menjadi-jadi; kerna,
kernamu mudah dijual, mudah dibeli tepi;
.....
kenapa ni ;menangisi ,derita ditanggung sendiri;
apa dicari, mengapa kau salahkan Ali?
bangun sendiri, tak kira malam pagi;
Jangan tangisi derita yang kau cari sendiri;
.....
Lirik di atas merupakan sebahagian dari lirik lagu Tipah Tertipu yang dinyanyikan oleh kumpulan Ruffedge yang mengisahkan seorang gadis yang mudah percaya dan tertipu oleh lelaki...
Tipah didalam politik ibarat orang melayu yang mudah tertipu dengan pelbagai janji manis parti politik.. lelaki yang dinamakan didalam lirik ini ibarat parti politik yang cukup bijak dalam memanipulasi dan mengaburi dengan taburan janji-janji yang adakalanya 'too good to be true'.
Mengapa penulis menyiarkan beberapa bait dari lagu ini? dan apa kaitannya dengan tajuk penulisan kali ini?
Beberapa hari ini kita dikejutkan atau dimaklumkan akan satu berita yang bukan sahaja aneh, mengelirukan, dan tidak logik, tetapi juga agak kelakar. Pelbagai persoalan ditimbulkan dari berita tersebut. Bagi saya, ia merupakan satu berita aneh kerana ia datangnya dari sebuah parti politik yang kononnya tidak berbau perkauman dan juga sebuah parti politik yang adil, telus, dan demokratik.
Sila rujuk di beberapa keratan akhbar berkenaan DAP silap kira undi (antaranya Sinar Harian, Utusan, dan Agenda Daily)
Mengapa aneh? dikedai kopi... orang bercakap akan keanehan ini.. maka penulis sempat mencatitkan beberapa keanehan yang disembang oleh sebilangan orang sambil 'mengeteh' dan 'mengopi'...
1. Perkara ini hanya dimaklumkan selepas parti tersebut teruk dikritik oleh orang ramai melalui pelbagai media akan betapa perkaumannya parti tersebut serta ketidak-demokratiknya mereka ini.
2. Mengambil masa yang begitu lama untuk mengira undi yang hanya lebih kurang 2000 pengundi.
3. Jurang perbezaan yang begitu ketara kesilapan teknikalnya iaitu 500 undi... kalau setakat 20 ke 30 wajiblah... ada ke kira undi boleh pakai excel lepas tu silap sampai 500... kalau jumlah yang mengundi puluh ribu mungkin logik... tapi ini 2000 undi.. kira tak sampai 1 jam boleh habis...
4. Yang paling aneh, wakil melayu yang menang ialah yang mendapat tempat kedua dikalangan melayu ketika undian kali pertama diumumkan. Mungkin kerana strategik politik sebab senang guang eng nak kawal selia kerana melayu yang menang itu ialah orang bawahannya...
5. Kenapa tidak ke tangga 15.. tetapi pada tangga terakhir?
6. Setakat seorang je wakil melayu dan seorang wakil india tidak menggambarkan ia satu parti yang mewakili semua kaum... kerana suara satu tidak mampu lawan suara belasan lagi. Malah, melayu yang pernah berada di tingkat atas dalam parti itu pun di'paksa' undur kerana kerakusan mereka.
7. Parti yang demokratik tetapi beberapa tempat teratas dikuasai dari keluarga yang sama. Jika dibandingkan dengan UMNO (parti yang mereka kritik), kita tidak nampak anak Najib di kelompok atas mahupun isterinya sebagai Ketua Wanita. Juga kita tidak pernah nampak di zaman Mahathir akan anaknya berada didalam senarai. hmmm demokratiklah sangat ....
Apa pun.... moga orang melayu tidak jadi seperti Tipah dalam lirik lagu diatas.. leka dan mudah tertipu oleh janji manis parti politik terutamanya parti yang licik seperti DAP.. depan pijak semut tak mati (like angel), tapi belakang penuh dengan tipu muslihat.
Sekadar ngomong kosong sik...

0 comments:
Post a Comment