Kalimah Allah - Politik atau?

Friday, January 4, 2013

KALIMAH ALLAH DALAM NERACA POLITIK PAS

Saya begitu terpanggil untuk memberi sedikit ulasan terhadap paparan beberapa portal yang menyentuh kenyataan Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS mengenai kalimah Allah. Portal-portal berkenaan telah memetik kenyataan Mat Sabu bahawa PAS menyokong dan mengizinkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Pandangan Mat Sabu tersebut dilihat sebagai pandangan rasmi Parti itu terhadap isu kalimah Allah. Pandangan PAS ini sekaligus merestui permintaan Lim Guan Eng dalam ucapan Sambutan Krismasnya baru-baru ini. 

Seperti yang diketahui, hanya beberapa hari yang lalu pimpinan tertinggi PAS iaitu Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dr Rani Osman telah menjelaskan bahawa kalimah Allah hanya layak diguna oleh orang Islam sahaja. Bagi agama yang bukan Islam mereka seharusnya menggunakan “god” yang membawa makna tuhan. Pemakaian “god” untuk tuhan memang telah digunakan sejak awal tanpa menimbulkan apa-apa masalah.

Sebelum ini, waktu isu kalimah Allah hangat diperkatakan Timbalan Murshidul Am, Prof Datuk Harun Din telah membuat satu penegasan bahawa orang Islam yang mencadang dan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, mereka telah melakukan perbuatan syirik dan kufur. Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib juga dengan tegas melarang penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah hak mutlak orang Islam dan sama sekali tidak boleh digunakan untuk merujuk tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah Yang Maha Esa.

Sukar bagi kita menggambarkan bagaimana bercelarunya ahli dan penyokong PAS dan masyarakat Islam di negara ini. Tak cukup dengan kekeliruan Amanat Hadi Awang ditambah pula dengan kecamukan pandangan pimpinan tertinggi Parti tersebut dalam isu yang sangat besar yang melibatkan aqidah Umat Islam. 

Jelas kepada kita bahawa pengaruh Anwarinas atau parasit begitu hebat. Apa sahaja permintaan DAP dan PKR seperti kalimah Allah diraikan sedemikian rupa. Sementara Presiden PAS yang setiap hari diasak untuk menarik balik Amanatnya pada tahun 1981 itu dibiarkan keseorangan. Sehingga kini tidak seorang pun pimpinan tertinggi PAS terutamanya kumpulan parasit yang tampil membela Presiden mereka.

Pimpinan tertinggi PAS yang dikuasai golongan parasit dilihat sentiasa bersedia memberi laluan kepada tuntutan DAP dan PKR termasuk perkara-perkara yang melibatkan aqidah. Tidak syak lagi pendekatan akomodatif parasit-parasit itu bermotifkan politik demi meraih keuntungan politik.

Ahli dan penyokong PAS mungkin sudah lama menyedari hakikat bahawa penguasaan parasit dalam PAS telah membawa satu budaya baru dalam parti itu. Kini penghormatan yang selama ini diberi kepada golongan ulama dalam parti itu sudah dicemari. Kesan budaya baru ini kepada keutuhan parti amat besar lantaran seperti yang diketahui, PAS masih mengekalkan slogan Kepimpinan Ulamanya.

DATO’ DR HASAN MOHD ALI
Presiden JATI
Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
Kuala Lumpur
4 Januari 2013

(Di petik terus dari FB Dato' Dr Hassan Ali)


Kalimah Allah... Bukan sekali perkara ini dibangkitkan dan bukan kali pertama hak orang ISLAM (dan juga orang Melayu) dipertikaikan atau dibangkitkan. Malah, sejak PR berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN kepada majoriti mudah (60%), maka sejak itu perkara ini senantiasa diperdendangkan baik di sebelah kiri, mahupun disebelah kanan. Ramai orang bersembang mengenai topik ini secara lansung atau tidak dan melalui pelbagai media termasuklah di kedai kopi sambil menghirup secawan kopi.

Apa relevannya? Apa manfaatnya? Ada yang kata OK (beberapa orang penyokong PR termasuklah Nik Aziz) dan ada yang membantah (terbaru ialah beberapa orang kanan @ kuat PAS termasuklah Ketua Dewan Ulama dan Ustaz Nashruddin).

Orang tu cakap (orang PAS yang sokong) kata apa salahnya. Kerana bagi mereka, walaupun cara berbeda, tapi ia tetap merujuk pada tuhan yang sama iaitu Allah. Malah translasi 'god' kepada Allah sudah digunakan secara meluas di negara Arab dan juga jiran iaitu Indonesia. Malah kita bible di Sabah dan Sarawak juga begitu. Jadi apa salahnya?

Bagi diri ini, terfikir juga.. itu mungkin cara terbaik untuk dekati bukan ISLAM agar kenal tuhan yang sebenar dan tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T.... NAMUN.. itu juga merupakan cara yang afdal untuk 'missionary' mengelirukan umat ISLAM dan remaja ISLAM yang kini ramai yang hanyut dalam keindahan dunia. Malah, tidak mustahil nanti, penganut agama hindu dan buddha juga ingin melakukan translasi dan mengubah perkataan dewa (dan maharaja jed) kepada Allah yang akhirnya menambahkan kekeliruan umat ISLAM.

Ada yang berkata... hanya yang bodoh dan tidak baca Al-Quran je yang akan tertipu atau keliru. Betul juga orang ini punya pendapat. NAMUN... jangan kita lupa, berapa ramai ahli professional yang juga pandai baca Al-Quran tetapi menganut ajaran sesat seperti Ajaran Ayah Pin, Rasul Melayu, dan Al-Arqam. Malah, ada yang mengagungkan Syiah dan ada yang menolak hadith kerana mereka tidak percaya hadith atas sebab wujudnya hadith lemah dan palsu. Mereka ini juga fasih dalam membaca Al-Quran. Malah mampu memberi serta menceritakan maksud terjemahan ayat Al-Quran... Tetapi mereka tetap sesat. Jika yang bijak dan pandai baca Al-Quran pun sesat, apatah lagi masyarakat kebanyakan ini yang adakalanya hanya sentuh Al-Quran ketika Ramadhan.

Jangan kita lupa pada anak-anak yang akalnya masih lagi boleh diperhalusi oleh bicara indah. Jika kita beriman sekalipun, kita perlu ingat bahawa iman kita tidak boleh diwarisi pada mereka. Walaupun kita ajar di rumah, tetapi ketika mereka di sekolah atau di luar rumah, mereka ini terdedah kepada pelbagai sumber. Mungkin ada yang kata, balik nanti kita ajarlah atau kita jawab soalan mereka sebaik mungkin. TAPI, lupakah kita pada masa yang kita banyak habiskan di jalan raya kerana kesesakan trafik dan bekerja hingga tiba lewat di rumah. Ada yang serahkan secara total pada pembantu rumah. Ada yang hantar anak pada kelas mengaji tanpa melihat dan menguji anak mereka kerana kesibukan kerja. Masa bilakah kita mampu lakukan 'tuning' jika ada yang telah memasukkan jarum pada anak kita? Rakan penulis ketika kecil sendiri pernah diminta menghadiri kelas bacaan 'bible' kerana ketika itu sekolah tidak mempunyai tenaga pengajar pelajaran untuk penuntut ISLAM selama beberapa minggu. Tidakkah akan terkeliru jika di dalam bible (yang ada berpuluh versi) itu ada perkataan jesus itu Allah atau jesus itu anak Allah (hanya kerana di translasikan dari perkataan Jesus is God or Jesus is God's Son). Jika kita rasa tidak mungkin, lihat sahaja pada lagu nyanyian Agnes Monica bertajuk 'Allah peduli' dimana ada perkataan 'Allah Yesus ku mengerti' yang dihasilkan dari 'My yesus god understand' ...

Malah, di negara barat sekalipun, mereka menggunakan 'god' atau 'lord' untuk dirujuk sebagai tuhan dan bukannya dirujuk sebagai Allah. Dalam percakapan pun mereka akan membezakan seperti 'Oh Allah, my lord' (bagi orang ISLAM), atau 'Oh Jesus, my god' (bagi orang kristian).... kenapa tidak sahaja mereka menggunakan perkataan yang sama? Malah, bila mereka berbicara mengenai Allah, ia merujuk kepada ISLAM.

Oleh kerana itu, saya memang tidak bersetuju sama sekali dan menentang secara total berkenaan ini. Dan sebelum sahabat saya yang lain bersetuju membabi buta seperti beberapa 'ulama', cubalah tanya dahulu pada yang berkenaan, Allah yang dicadangkan hasil dari terjemahan perkataan 'god' di dalam bible merujuk kepada Allah Yang Maha Esa (Tuhan sekalian alam) atau merujuk kepada 'jesus' atau merujuk kepada bapa 'jesus'? Jika ia merujuk kepada yang pertama iaitu Allah yang disembah oleh orang ISLAM, maka terjemahan bible itu perlu terlebih dahulu diperiksa oleh JAKIM bagi memastikan ia merujuk kepada istilah dan maksud sebenar. Jika tidak, ia hanya propaganda dan taktik musuh ISLAM dan yang menyokongnya juga merupakan musuh ISLAM dalam selimut.

Sekadar pandangan peribadi

9 comments:

Anonymous said...

Hari ini, melalui FB seorang rakan, aku mendapat link kepada lagu Harapan Bangsa yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor (http://www.youtube.com/watch?v=7zo8lI5SMy8) ... Cuba fikir sejenak dengan permintaan Guang Eng (dan persetujuan Nik Aziz dan Mat Sabu) dengan translasi lagu ini... Bayangkan sejauh mungkin dan pastinya akan terbayang akidah umat ISLAM yang perlu dipertahankan.

Anonymous said...

Kenyataan media penggunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam

SULTAN Selangor telah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipetik daripada media massa yang meminta agar kerajaan Malaysia membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu.

Berikutan dengan kenyataan dan gesaan tersebut, Sultan Selangor telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), mufti dan pegawai tinggi MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 6 Januari 2013.

Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010, (Sel. P.U. 6).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130109/dn_04/Kenyataan-media-penggunaan-kalimah-Allah-oleh-agama-selain-Islam#ixzz2HQzy3VGS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Kenyataan media penggunaan kalimah Allah oleh agama selain Islam

SULTAN Selangor telah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dipetik daripada media massa yang meminta agar kerajaan Malaysia membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu.

Berikutan dengan kenyataan dan gesaan tersebut, Sultan Selangor telah memanggil satu mesyuarat khas dengan beberapa Ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), mufti dan pegawai tinggi MAIS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 6 Januari 2013.

Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi orang Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010, (Sel. P.U. 6).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130109/dn_04/Kenyataan-media-penggunaan-kalimah-Allah-oleh-agama-selain-Islam#ixzz2HQzy3VGS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Anonymous said...

Kupasan Dato' Dr Harun Din berkenaan Kalimah Allah.. Lihat di http://www.youtube.com/watch?v=nSSZL_-RM5o atau http://www.youtube.com/watch?v=9r9Vp-wPwpE atau http://www.youtube.com/watch?v=vbNqZ-QO3E8

Anonymous said...

Kenyataan rasmi JATI di http://www.jalur3.org/astaghfirullah-mengapa-pas-semakin-lemah-alhli-pas-yang-lain-sudah-mula-menggaru-kepala/ berkenaan penggunaan kalimah Allah

Anonymous said...

Mungkin apa yang di cadangkan oleh Dr Maza boleh dijadikan panduan http://drmaza.com/home/?p=931

Dato Dr Hassan Ali said...

Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini memang telah dijangkakan. Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa PAS bersetuju kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan dikalangan ketiga-tiga komponen parti gabungan Pakatan Rakyat.

Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah Allah itu.

Logiknya masalah ini terbeban kepada PAS disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Aqidah. Sikap PAS yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR. Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam buan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini. Tindakan yang saya ambil semasa di amanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Dalam isu kalimah Allah yang menyentuh persolan pokok dalam Islam iaitu Aqidah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan dirinya. PAS terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama, Dato Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Dato Dr Haron Din, Ketua Penerangan, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.

Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam PAS. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah halatuju PAS. Atas pengaruh mereka PAS telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.

Saya berharap sejuta ahli PAS dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI KL
8 Januari 2013

JonnySze Talk said...

Surat terbuka berkaitan isu nama “ALLAH”.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..

Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian. ... sila baca seterusnya di http://jonnyszetalk.wordpress.com/2013/01/09/surat-terbuka-berkaitab-isu-nama-allah/

Saiful Anuar said...

Satu kupasan ringkas berkaitan Surah Al-kafirun yang jelas memberi jawapan akan sebab menolak penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan 'god' di dalam bible..

http://saifulnrahida.blogspot.com/2012/02/tafsiran-surah-al-quran-al-kafirun.html

Post a Comment