Perintah Kawalan Pergerakan - Teruskan atau tidak?

Friday, April 10, 2020

Pertengahan April ini akan tamatlah PKP fasa 2; itu pun jika tidak disambung oleh MKN. Rata2 peniaga dan majikan berharap agar PKP ditamatkan.

Malah, ada yang memberikan candangan akan PKP dilonggarkan mengikut warna zon.

Sementara rakyat pula ada yang berharap agar PKP dapat diteruskan hingga wabak berjaya dihentikan serta adanya vaksin yang berjaya.

Maka, antara terus atau tidak, hari ini, 10 April 2020 dikatakan penentu dan ramai ternanti-nanti perutusan PM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkenaan perkara ini.


Maka, adakah PKP wajar diteruskan atau tidak?
Secara peribadi, saya amat berharap agar PKP disambung sehingga akhir bulan 6. Ini kerana:

  1. Membendung penularan besar-besaran semula dek kerana ada kebarangkalian orang akan bercampur gaul tanpa amalkan jarak sosial yang selamat memandangkan pada hujung bulan 4 ialah Ramadhan manakala hujung bulan 5 hingga minggu ke 3 bulan enam ialah syawal. Ia merupakan 2 bulan kritikal pada 70% rakyat malaysia dan juga merupakan 2 bulan dimana saban tahun rakyat malaysia berkumpul beramai-ramai, baik ketika membeli belah juadah berbuka, menunaikan solat sunat terawih dan solat sunat aidilfitri, serta menziarahi saudara dan kenalan. Lihata sahaja rumah terbuka menteri, YB dan MP. Penuh dengan orang ramai dari pelbagai kaum dan agama. Selagi mana, wabak ini masih ada walaupun terkawal, dengan ketiadaan vaksin dan risiko jangkitan yang tinggi, membolehkan orang ramai kembali berkumpul hanya meninggikan risiko tsunami yang tidak mampu ditangani.
  2. Dalam masa PKP pun masih ada yang berdegil, bayangkan jika diangkat perintah itu. Pastinya ramai yang akan raikan dengan berkumpul ramai-ramai, sekaligus berpotensi menjadi kluster terbesar wabak ini.
  3. Pengawalan PKP mengikut zon seperti dicadangkan oleh beberapa pihak tidak akan menjamin keberkesanannya. Jika dilihat zon yang masih hijau, zon ini mempunyai kepadatan penduduk yang kurang serta bukanlah pusat aktiviti perniagaan utama. Membenarkan orang di zon hijau bekerja seperti tiada manfaat nyata. Jika benarkan yang berada di zon kuning dan oren pula, apakah SOP yang mampu digunapakai bagi memastikan pematuhan jarak sosial yang betul? Di kala ada PKPD pun masih ada yang degil. Di tempat yang sudah diklafisikasikan zon oren dan merah pun ada yang tidak amalkan jarak sosial yang betul. Letak sahaja roti gardenia, berkerumun masyarakat semua tanpa peduli jarak sosial. 
  4. "PREVENTION is better than Cure" adalah merupakan pepatah para pengamal perubatan. Persoalan utama ialah, jika PKP tidak diteruskan, adakah "PREVENTION" dapat dicapai?
  5. Bagilah peluang para frontliner kita berehat walau seketika. Jangan dibiarkan mereka terus berperang hingga ke hujung tahun. Inilah pengorbanan kita bagi membalas jasa mereka.
  6. Yang terakhir dan saya kira paling penting ialah PKP sebenarnya telah mengajar kita beberapa perkara:
    • Belajar beratur (itu pun bila datang lori gardenia, jadi berterabur juga)
    • Belajar menghargai dan bersyukur
    • Belajar akan nikmat berada di bumi Malaysia ini
    • Ibu bapa menjadi guru dan ringankan bebanan guru
    • Ibu bapa kini boleh mengenal pasti kesusahan guru mengajar anak mereka serta kenakalan anak-anak
    • Teknologi IT sebenarnya bukan teknologi belakang tabir yang hanya dilakukan bagi membolehkan manusia melaksanakan tugasan tertentu. Teknologi dan IT sebenarnya adalah satu komponen penting dalam memastikan manusia mampu laksanakan tugasan tertentu. Pakar IT sepatutnya sudah berada setaraf Pakar Jurutera dan Doktor. Tanpa mereka, internet tak jalan, sistem tak hidup, jaringan keselamatan tiada, dan seterusnya..
    • Malaysia masih belum bersedia melangkah kedepan dengan infrastruktur IT yang masih tidak menyeluruh dan tertumpu pada kawasan tertentu sahaja. IR5.0 yang digemburkan hanya indah dari khabar bilamana teknologi jaringan tidak menentu serta tidak konsisten. Walaupun kebanyakan penyedia perkhidmatan sedang meningkatkan keupayaan jalur lebar, tetapi, banyaknya hanya ditumpukan pada kawasan bandar dan tempat tertentu yang sedia maklum sudah cukup hebat jaringannya. Sudah tiba masanya kerajaan memastikan penyedia perkhidmatan meningkatkan keupayaan jalur lebar dikawasan luar bandar atau sekurang-kurangnya dikawasan hujung bandar.
    • Malaysia sebenarnya mampu melahirkan banyak produk tempatan yang setanding kualiti dari luar negara. Lihat sahaja PPE yang dihasilkan. Lihat pula pada perkhidmatan IT dan kualiti barangan IT tempatan. Pasti terkejut dengan kemampuan tempatan.
    • Ada peniaga yang mengambil kesempatan dan ada peniaga yang jujur dalam berniaga.
    • Kemampuan PDRM dan ATM dalam melaksanakan tugas tidak boleh disangkal lagi. Jika sebelum ini ada YB yang mengatakan bahawa pegawai kita banyak tidur la, kekuatan separuh la, malas la, dll, tetapi kecekapan dan kepantasan mereka bertindak ketika PKP dikuatkuasakan memberikan gambaran penuh akan kredibiliti dan kehebatan mereka.
    • Rakyat malaysia banyak tidak bersedia dari segi fizikal, mental dan ekonomi untuk melayari kehidupan yang mencabar. Tidak mampu dibayangkan jika ia merupakan peperangan melibatkan senjata berat dan sebagainya. Pastinya ramai yang akan kecundang.
perintah kawalan pergerakan | Harian MetroWalaubagaimanapun, saya, sebagai rakyat malaysia, menyerahkan sepenuhnya kepada PM, MKN dan kerajaan malaysia dalam memastikan negara Malaysia sejahtera dan selamat. Saya yakin, dengan pengalaman dan kepakaran mereka, keputusan terbaik untuk Malaysia dan majoriti rakyat akan diumumkan dan dilaksanakan. Sebagai rakyat, saya akan patuh dan bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan negara ini berjaya melawan musuh utama dunia ketika ini.
Car Hire Malaysia - Compare Deals at VroomVroomVroom
Sekadar pandangan peribadi seorang rakyat marhaen.

0 comments:

Post a Comment