Ada 3 perkara yang ingin saya nyatakan disini hari ini:
1. Baiah @ Perjanjian Taklik - ketika mengikuti kursus nikah 20 tahun dahulu di ITM dan selepas ini ceramah, forum dan tazkirah di masjid dan surau.. saya difahamkan bahawa hatta kita tulis SMS pun seperti "jika kau tak masak nasi, aku ceraikan kau" atau "jika kau melangkah ke depan, kau boleh balik terus rumah mak bapak kau".. itu pun boleh jatuh talak... inikan pula apabila ia diucap dikhalayak ramai dan diakui serta ditandatangani dalam perjanjian... Dari segi ilmu yang saya pelajari, pastinya sudah jatuh talak itu. Mungkin ulama dan tok guru yang berpengetahuan dalam ilmu ini boleh berbicara (setakat ni kata beberapa orang mufti dan tok guru lebih kurang begitu)
2. Mempopularkan orang 'maniac' seperti sex-maniac, politik-murahan maniac, popularity-maniac - Saya amat berharap sahabat semua tidak ambil kisah dan buat tak peduli je dengan mereka ini. Selagi anda berminat ambil kisah dan bantu mereka dengan tag posting mereka, selagi itu mereka akan meneruskan kerja 'gila' mereka. Adanya yang berminat untuk ambil tahu hal mereka, maka bermakna ada peminat (tidak kira minat kerja gilanya atau benci) kerana setiap kali ada marahkan mereka dan tag posting mereka, maka ramai akan singgah di post mereka untuk ambil tahu dan seterusnya meningkatkan popularity mereka. Ingat sahabat semua.. setiap kali orang singgah melihat posting mereka itu hanya untuk keji dia, maka setiap kali itu juga dia peroleh manfaatnya (macam google adsense, setiap klik akan memberikannya sen/duit)
3. Kelemahan mentaliti orang Malaysia - Sebelum berjuang sudah fikir alasan untuk tidak mampu berjuang jika gagal.. maknanya sudah terfikirkan potensi kegagalan. Sehari sebelum kekalahan Harimau Malaya yang kini menjadi rekod Malaysia Book of Records, jurulatih dan pemain mula mengeluh dengan cuaca dan fizikal yang keletihan.. maka esoknya pemain 'mencuba' untuk main sebaik mungkin yang menyebabkan kekalahan teruk. Mereka sepatutnya bermain sehabis baik bukan mencuba main sebaik mungkin. Begitu juga pemain badminton Malaysia yang kini ketandusan generasi pemenang. Penyakit ini juga telah lama merebak ke sepak-takraw, hoki dan beberapa sukan utama lain. Agak menyedihkan kerana remaja dan belia kita cukup hebat tetapi longlai apabila menjengah dewasa. Sesuatu yang sepatutnya dianalisa oleh persatuan dan diselesaikan secepat mungkin.
sekadar pendapat rakyat marhaen...
Baiah, sex-maniac dan mentaliti orang malaysia
Friday, September 4, 2015
Labels:
Bahasa Melayu,
Dunia/World,
Malaysia,
Politik/Politics,
Social
Peniaga Kaut Untung
Monday, August 10, 2015
Pernah ke anda semua makan atau beli barang, jumlah harga barang tertera 5sen pada bahagian sen, contohnya, RM11.05, RM199.95 dan sebagainya. Di sebelah ini adalah contoh resit yang saya dapat ketika menjamu selera di sebuah kedai makan seperti tertera diatas (yang tak keluar resit, memang tidak ada .. kalau ada pun dibundarkan ke atas terus). Pengalaman saya berulang kali, apa bila ini berlaku, cashier yang bertugas akan menggenapkan ke atas (tanpa izin) dan memulangkan baki, seperti resit disebelah, RM 14.20. Ini bermakna, kedai itu telah mengambil 5 sen 'tanpa rela' dari pengguna. Alasan yang diberi ialah 'tiada 5 sen'. Pada saya, ini adalah satu rompakan terang-terangan oleh peniaga yang sudah pun mengaut keuntungan. Sudahlah jika harga barang yang ganjil seperti RM19.99, RM17.68, RM14.23 digenapkan ke angka lebih besar sekali gus memberi keuntungan percuma kepada peniaga, 5sen pula digenapkan ke 10sen sekali gus memberi keuntungan 5sen dalam satu resit. Bayangkan jika sebuah pasaraya atau kedai besar yang sehari penggunanya dalam 100 orang, pastinya dalam sehari telah mengaut RM5 dari pengguna yang tidak ambil kisah 5sen ini. Sebulan, peniaga ini sudah ada lebihan RM150 didalam akaunnya secara percuma. ini untuk 5sen. Bagaimana pula dengan sen yang dibundarkan keatas? Tidak dinafikan ada juga harga yang dibundarkan kebawah seperti dalam resit ini, tetapi ia tidak menjejaskan keuntungan peniaga ini kerana yang dibundarkan ialah servis charge dan bukan harga barangnya.
You can make a different bro. Minta balik 5sen anda... Kalau tak nak, boleh masukkan ke tabung surau.
p/s: Kalau 5sen aku berkira... bayangkan jika berbilion hilang begitu sahaja.. pasti aku lagi berkira.
Labels:
Bahasa Melayu,
Economy/Ekonomi,
Malaysia,
Social
Orang kita panik tak sudah
Wednesday, April 1, 2015
Cerita tepi jalan bebaru ni..

member++: Bro/hang/li .. hang tak pi shopping ke. 1/4 ni GST bro
aku: Nape?
member++: sure banyak naik harga nyer.. lepas ni semua kena GST bro..
aku: ooo... ye ke.. setahu aku bnyk juga barang keperluan aku tak kena GST
member++: tak kena pun, nanti ko gi beli barang, parking keta pun kena bro..
aku: Aku gi Tesco, Giant, Mydin, Kedai runcit yang parking free.. Yang ada kena bayar pun kat AEON tu je.. setakat 6% untuk tu, aku tak terjejas sangat la.. Bukan aku g selalu pun AEON tu.. sebulan sekali dan setiap kali pergi, parking aku sama ada free atau RM1.. kalau campur 6% .. paling tinggi pun 10 sen je tambahan aku kena bayar
member++: ye la, nanti megi dan sardin pun GST.. jgn cakap ko tak makan
aku: oooo... baguslah.. kurang sikit makan benda tak sihat :) .. lagipun megi dan sardin kat rumah aku cuma dlm 2 bungkus or 4 tin sardin paling kuat.. so, tak banyak impak :). Ko beli bebanyak buat stok tu berapa lama tahan? lepas tu barang2 tu semua ko tengok expiry date tak? kang beli tak leh guna/makan, buat rugi je. Stok bebanyak lepas tu kena makan pula dengan semut/lipas.. rugi je. :)
member++: arrrrr
moral: tak yah nak panik pasal GST ni, InsyaAllah, yakin pada Allah, pasti ada jalannya. Rezeki Allah itu melimpah-ruah. Yang penting, berdoa pada Allah minta dipermudahkan perjalanan hidup kita dan diperluaskan rezeki dan berusaha bersungguh-sungguh :)

Catatan Ringkas Peristiwa BUKIT KEPONG
Monday, February 23, 2015
Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong (23/02/1950)
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di
Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.
Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.
Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja. Bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.
Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya
mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 0415H. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.
Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 0500H pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 0700H, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam
merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar
Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/ Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.
Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis. Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam
kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada jam 1000H dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.
Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texas) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Mereka yang gugur dalam pertempuran
Anggota Polis
Keluarga Anggota
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
Moga semua mangsa kekejaman komunis mendapat keampunan Allah dan menempatkan mereka didalam syurga dengan redhaNYA kelak.
Kesimpulan:

- Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
- Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
- Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
- Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
- Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
- Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
- Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
- Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
- Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
- Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
- Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
- Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
- Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
- Polis Bantuan / Auxiliary Police
- Ins. Kudarina Naknok
- AP 2130 Samad bin Yatim
- AP 1912 Mahmud bin Sa'at
- AP 1925 Ali bin Akob
- AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
- Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
- Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
- Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
- AP 2098 Redzuan bin Alias
- Embong bin Lazim
- Mendiang Koh Ah Cheng
Moga semua mangsa kekejaman komunis mendapat keampunan Allah dan menempatkan mereka didalam syurga dengan redhaNYA kelak.
Kesimpulan:
- Mat Indera BUKAN pejuang kemerdekaan sepertimana kata mat sabu kerana seorang pejuang kemerdekaan tidak membunuh musuh dengan kejam terutamanya kanak-kanak dan wanita.
- Mat Indera dan komunis ibarat ISIS sekarang berdasarkan kekejaman mereka - Maka tidaklah bijak orang yang menyamakannya dengan pejuang kemerdekaan.
- Jika Mat Indera sudah begitu - Maka ketuanya @ Chin Peng merupakan seorang yang kejam juga.
Labels:
Bahasa Melayu,
Malaysia,
Politik/Politics,
Sejarah/History,
Social
Kes Anwar Dari Kaca Mata Pendakwaraya
Sunday, February 15, 2015
Ada beberapa fakta penting yang diungkapkan oleh TSMS (Pendakwa-raya Liwat II):
1. Dalam penghakiman ketika Anwar dibebaskan sebelum ini - Hakim membebaskannya kerana satu masalah teknikal, tetapi mengakui bahawa bukti jelas menunjukkan Anwar seorang yang mengamalkan homoseksual.
2. Masalah teknikal hanyalah pada kotak/karung specimen DNA tetapi tidak pada specimen DNA
3. 14 peguam Anwar tidak pernah mempertikaikan DNA
4. 13 saksi Anwar termasuk isterinya tidak pernah dipanggil. Kenapa?
5. Anwar tidak berani disoal-balas pendakwa-raya. Hebat di jalanan, tetapi penakut nak menjawab soalan pendakwa-raya.
... aaa mana pergi jam famous tu ye... smp sekarang tak jumpa. Kata nak tunjuk kat orang. Malah pelanduk dua serupa dalam cerita satu lagi tu pun tak pernah ditunjuk pun... misteri tak terjawab lagi ni...
Kes Anwar bukan satu konspirasi
15 Februari 2015 12:09 AM
MUKADIMAH : KES Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak 2008 telah menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Namun, pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya oleh “orang jahat” masih dicanang oleh pembangkang bagi meraih simpati dan mengelirukan rakyat. Bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang masih berlegar itu, wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, AMIRUDDIN HARUN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewancara TAN SRI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH yang dilantik mengetuai pendakwaan kes itu pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.
Menurut beliau, keterangan terhadap Anwar dalam kes ini terlalu kuat untuk membuktikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah sehingga tidak seorang pun daripada 14 orang peguam Anwar berani mempertikaikan fakta kes tersebut.
"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah," katanya.
MINGGUAN: Selepas 10 Februari lalu, Tan Sri berkata secara profesional berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan berpendapat bahawa keadilan akhirnya ditegakkan. Bagaimana pula secara peribadi?
MUHAMMAD SHAFEE: Dari segi peribadi, saya tidak ada isu langsung sebab itu satu tugas yang diberikan kepada saya oleh Peguam Negara. Jadi saya laksanakan. Kalau ada pun dari segi peribadi, hanya berkenaan sama ada saya sendiri percaya dengan kesalahan Anwar sebelum saya membuat tugas rasmi tersebut. Sebab, kalau saya sendiri tidak percaya dan saya rasa dia dianiayakan, saya tidak akan buat kes itu. Tetapi saya percaya apabila saya lihat rekod rayuan tersebut. Hari pertama saya dapat (rekod rayuan), saya sudah baca sampai pagi sebab saya hendak tahu dengan jelas. Tidak ada langsung keraguan bagi saya yang Anwar salah. Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dan sebab asas hanyalah berkenaan dengan beg plastik.
Jadi, Mahkamah Rayuan kata kalau itu sahaja sebabnya, sebab itu tidak bagus kerana kita ada banyak kes keadaan yang sama. Ada kotak yang hancur tetapi di dalam kotak itu ada bahan bukti yang termeterai dalam plastik-plastik berasingan tetapi mahkamah terima asalkan boleh buktikan benda itu tidak tercemar. Semasa ahli kimia terima, dia kata sampel-sampel itu tidak tercemar dan masih lagi sempurna. Satu lagi perkara yang ketara ialah apabila ahli kimia periksa, dia dapat profil asid deoksiribonukleik (DNA) "Lelaki Y". Empat-empat itu dapat "Lelaki Y". Kalau kita bandingkan standard dalam dunia, negara kita dikatakan mempunyai keperluan yang paling tinggi sekali. Kita minta 16 bacaan sepadan.
Dalam tubuh kita, DNA kita ini, berjuta-juta dan trilion lokus (tempat) yang kita ada. Cap jari kita pun berjuta-juta dan trilion lokus. Macam-macam punya berlainan tetapi kita perlukan 16 sahaja. Kalau 16 bacaan sepadan jari kita dengan cap jari, itulah orangnya. Kebarangkaliannya ialah satu bersamaan dengan beberapa quadrilion, bukan trilion. Ertinya mustahil orang lain yang ada sama cap jari termasuk dengan dia (Anwar) ini. Tidak ada jari orang lain yang sama bacaan dengan bacaan yang kita kata 16 tadi.
Sebab negara kita, ada undang-undang yang tidak wajibkan DNA diberi secara sukarela oleh orang yang kena tuduh seperti Anwar. Negara-negara lain diwajibkan. Kalau tidak beri, akan jadi kesalahan undang-undang. Oleh sebab itu, Anwar ambil kesempatan tidak mahu beri langsung DNA. Kalau dia tidak salah, apa yang dia takut tetapi itu hak dia. Apabila dia ditangkap, DNA Saiful sudah hantar kepada ahli kimia dan ahli kimia sudah tahu keputusan tetapi kita tidak tahu siapa "Lelaki Y". Apabila Anwar ditempatkan di dalam lokap, dia diberi tuala Good Morning, berus gigi dan ubat gigi. Dia sendiri bawa masuk satu botol minuman. Isterinya beri dia dua helai tuala yang bersaiz medium.
Apabila dia bangun pagi itu, dia sudah gunakan berus gigi dan ada pengawal yang dengar dia memberus gigi. Air itu juga habis dia minum tetapi botol dia tinggalkan. Dia tinggal ubat gigi, berus gigi dan tuala Good Morning. Yang ini dihantar kepada ahli kimia yang lain. Ahli kimia yang pertama itu namanya Dr. Seah Lay Hong. Ahli kimia kedua yang pakar DNA ini namanya Nor Aidora Saedon. Dia memeriksa DNA tanpa tahu menahu siapa punya DNA, tetapi dia diberitahu lokus yang sama untuk buat perbandingan. Apabila dia periksa, dia pun kata "Lelaki Y" tetapi tidak tahu profil DNA "Lelaki Y" yang itu dan yang ini, sama atau tidak. Apabila Nor Aidora bandingkan, 100 peratus sepadan. Habis cerita. Begitulah betapa kukuhnya kes ini.
Dalam kenyataan Tan Sri tentang ”Anwar Ibrahim Verdict”, kenapa Tan Sri mengharapkan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara membaca fakta secara teliti dalam penghakiman sebelum membuat kesimpulan?
MUHAMMAD SHAFEE: Oleh sebab kes kita ini amat kuat. Keterangan terhadap Anwar ini terlalu kuat. Kita tidak boleh pertikai. Tak boleh hendak kata apa-apa pun berkenaan dengan fakta ini. Kalau saya jadi peguam bela dia pun, saya pening kepala sebab keterangan memang kuat. Jadi, oleh sebab keterangan itu kuat, kita berani kata sila masuk, kita tengok keterangan itu. Jangan cerita benda-benda lain. Konspirasilah, itulah dan inilah, semua itu cerita politik untuk propaganda. Kalau kita hendak tahu orang ini dianiayakan atau tidak, kita tengok fakta kes. Mereka tidak berani masuk fakta kes. Saya tidak pernah dengar sekalipun dalam mahkamah dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Persekutuan yang Anwar kata itu bukan DNA dia. Apa yang dia pertikaikan ialah cara DNA itu dikaji, cara analisis itu semua dia kata teknik salah.
Apabila dia beri keterangan dari kandang tertuduh (dock), bukan kandang saksi, jadi dia tidak boleh disoal balas. Jadi, dia penakutlah dan ada yang dia nak sembunyi. Selalunya keterangan dari dock ini, orang-orang yang lemah fikiran dan otaknya tidak pandai. Mungkin orang terlalu muda atau ada cacat sedikit cara pemikirannya. Anwar bukan sebegitu. Anwar cakap lancar, bijak fikiran dan orang yang petah. Pasal apa dia tidak masuk dalam kandang saksi. Walhal subjek, Saiful ini tujuh hari disoal balas dan Saiful sekali pun tidak tersilap dari segi beri keterangan. Jadi, mahkamah jelas. Anwar main sandiwara banyak sangat.
Anwar dan penyokong beliau masih anggap ini merupakan konspirasi politik dan bukan kisah aduan “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya. Apa komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Kalau konspirasi politik, ini bukan baru bermula. Ia bermula daripada kes liwat pertama. Kalau begitu konspirasi, orang yang harus masuk dalam konspirasi ini ialah Karpal Singh juga sebab dia timbulkan perkara ini dalam tahun 1997, setahun sebelum Anwar dibuang kerja. Kita hendak tanya Anwar, konspirasi itu apa maksudnya? Apakah konspirasi untuk kenakan dia atas perkara memang dia lakukan atau konspirasi kenakan dia atas perkara dia tak pernah lakukan. Kalau dia lakukan, kalau orang kata kita perlu siasat dan kenakan dia, itu bukan konspirasi yang salah di sisi undang-undang. Polis pun pakat kalau hendak siasat kes tetapi itu konspirasi yang tidak ada maksud membuat kesalahan undang-undang, sebab itu hak polis untuk siasat termasuk kes liwat kedua ini.
Orang tanya kenapa Saiful pergi jumpa Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum dia kena liwat pada 26 Jun 2008. Menurut Saiful, dia sudah hilang akal berkenaan kepada siapa dia hendak laporkan kerana ini Anwar, Ketua Pembangkang. Dahulu pun, Anwar menang kes itu. Apabila Saiful datang jumpa, Najib terus katakan tidak boleh dan nasihatkan Saiful jumpa Ketua Polis Negara (KPN) pada masa itu. Najib beritahu Saiful perkara ini amat sensitif dan tidak mahu orang buat tuduhan.Apabila Saiful hubungi KPN, beliau pula minta Saiful jangan telefon dia lagi kerana ingat Saiful main-main. Jadi, Saiful serba salah. Apabila perkara 26 Jun 2008 berlaku, Saiful letak jawatan kerana tidak sanggup diliwat lagi sebab sembilan kali dia kena. Saiful kata dia tidak rela tetapi terpaksa menyerah kerana dominasi Anwar terlampau kuat. Hari itu, Saiful kata tidak mahu tetapi Anwar marah dia dan minta dia masuk ke dalam bilik.
Kita hendak tanya di mana kita boleh dapat air mani Anwar? Bukan dia simpan dalam bank. Bukan hanya air mani tetapi air mani itu ada sperma. Dalam kes ini, oleh sebab antara 48 hingga 56 jam, ekor sperma sudah putus sebab proses pembusukan sudah berlaku tetapi tidak begitu ketara. Sebab itu ekor sperma itu tidak ada. Ahli kimia kata proses pembusukan itu tidak mencemarkan. Dia mendapat DNA daripada kepala sperma. Apabila dia pecahkan tiap-tiap kepala, dia ekstrak DNA. Itu yang 16 bacaan menunjukkan Anwar.
Walaupun dengan bukti-bukti kukuh ini, penyokong Anwar masih tidak percaya insiden liwat ini benar-benar berlaku tetapi masih menganggap satu konspirasi.
MUHAMMAD SHAFEE: Dalam mahkamah, peguam Anwar sendiri tidak kata itu bukan dia punya DNA. Jadi, apa yang penyokong-penyokong bising. Peguam dia 14 orang, tidak pernah seorang pun kata itu bukan dia. Hanya mereka mempertikaikan proses analisis. Itu sahaja. Kalau proses analisis itu, macam mana dapat 16 daripada 16 bacaan.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengatakan hukuman penjara lima tahun itu ialah pengorbanan Anwar untuk rakyat Malaysia. Tidakkah ini mengelirukan rakyat?
MUHAMMAD SHAFEE: Mana ada pengorbanan. Kalau pengorbanan, dia mengaku salahlah. Yang itu baru kita kata korban. Ini dipaksa masuk dalam penjara sebab didapati bersalah sebab dia bohong daripada awal. Awal-awal lagi dia kata pembelaan dia ialah alibi. Sebanyak 13 nama dia beri masuk tetapi seorang pun dia tak panggil sebab daripada awal lagi dia hendak tipu. Dia hendak kata dia bukan di apartment itu tetapi di apartment sebelah. Akhirnya apabila kita tunjuk kamera litar tertutup (CCTV), dia sudah terpegun. Alibi dia semua habis terbang. Saya pun hendak tengok dia panggil Wan Azizah untuk apa. Dalam keterangan dari kandang pun dia tidak kata alibi. Jadi, alibi kira lesap terus.
Anak perempuan Nurul Izzah ada bertanya kepada Anwar, “Atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara?” Anwar cakap kepada cucunya, “Orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara.” Komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Saya rasa kalau dia kata orang jahat, bukan sahaja mahkamah, dia maksudkan ada konspirasi dengan kerajaan, menteri-menteri, Perdana Menteri, Pendakwa Raya dan polis pun termasuk. Kita tengok konspirasi ini. Ada satu kes di India melibatkan Sushil Sharma yang dipanggil sebagai kes pembunuhan Tandoor. Dia orang politik di Delhi, Ketua Pemuda Parti Kongres, seorang yang berpengaruh. Dia bergaduh dan menembak mati isterinya. Dia bawa mayat perempuan itu ke restorannya dan dimasukkan dalam tandoor untuk dibakar bagi hancur tetapi badan manusia bau kuat.
Polis pun tengok dan nampak ada kaki dan jari tetapi badan hampir hancur. Itu pun DNA ahli politik ini dipertikaikan. Dia kata konspirasi daripada polis, ahli kimia, kerajaan dan macam-macam lagi untuk jatuhkan karier politiknya, sama seperti Anwar tetapi semua bahan bukti ini sudah diperolehi. Dia pun buat alibi tetapi tidak pakai alibi tetapi dia lari dari tempat itu. Dia pun beri keterangan dari dock, macam Anwar 100 peratus.
Kalau konspirasi, mesti ada konspirasi daripada Saiful, kerajaan dan mungkin Kabinet, polis dan empat doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tetapi yang doktor ini menarik. Pada 28 Jun 2008, Saiful pergi ke Hospital Tawakal dahulu tetapi diberitahu hospital itu beroperasi sampai tengah hari dan tidak ada doktor.
Baru dia pergi ke Hospital Pusrawi dan jumpa dengan doktor dari Myanmar yang mahkamah kata tidak jujur. Memang dia mengaku dia buat itu semua silap. Benda yang dia tidak pernah tulis dalam rekod, selepas tiga minggu baru dia tulis untuk menyokong Anwar. Dia yang kata Saiful kena pergi HKL sebab di situ tidak ada forensik.
Apabila sampai HKL 3.30 petang, akhirnya Saiful diperiksa pukul 9.30 malam. Kamu fikirlah kalau ada konspirasi, takkan mereka tidak aturkan untuk permudahkan. Selain itu, ahli kimia pun kena masuk konspirasi. Dua ahli kimia; seorang Cina dan seorang Melayu. Doktor pun ada satu Cina dan tiga Melayu. Selepas itu pegawai penyiasat, timbalan pendakwa raya yang awal dan saya pun mesti ada dalam konspirasi dan hakim pun mesti konspirasi, tetapi hakim pertama buang kes. Mana ada konspirasi.
Kes jenayah ini, semua dikatakan konspirasi, sebaliknya apabila kes sivil yang banyak mereka menang tidak pula dikatakan konspirasi?
MUHAMMAD SHAFEE: Hakim yang dia maki hamun di Mahkamah Tinggi, hakim itu yang bebaskan dia. Apabila hakim itu bebaskan dia, dia kata keadilan ditegakkan. Cuba tengok dalam kes liwat satu, Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan. Mereka ada baca penghakiman tentang Anwar. Dalam itu, dia kata macam-macam pasal Anwar. Seorang peguam Anwar masa itu, Christopher Fernando muncul di televisyen dan menyatakan ini hari paling istimewa bagi badan kehakiman sebab buang kes ini. Selepas itu, mereka baca keputusan dengan terperinci. Hakim kata, walaupun Anwar dilepaskan atas dasar teknikal, ada bukti-bukti menunjukkan dia homoseksual. Ada aktiviti itu berlaku di Tivoli Villa.
Pada 2014, mereka cuba buat satu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk buangkan kenyataan-kenyataan berkenaan yang hakim Mahkamah Persekutuan dahulu kata, tetapi hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu kata tidak boleh kerana ini dapatan fakta daripada mahkamah. Dia kata, kita kekalkan sebab ada dasar dan sebab kukuh kenapa dapatan fakta itu dibuat. Jadi, ia jadi lebih konkrit.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyatakan Ketua Pembangkang sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C iaitu bagi kesalahan lebih berat yang akan mendedahkan Anwar kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun. Soalnya, kenapa pasukan Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B yang tidak menetapkan tempoh penjara minimum?
MUHAMMAD SHAFEE: Dalam kes 377C, kita harus tunjukkan dengan begitu jelas yang tidak ada kerelaan dia dan dibuat dengan paksaan. Jadi, Peguam Negara mungkin kata kenapa hendak pergi melalui jalan itu kerana kesalahan itu memang kesalahan, sama ada dengan kerelaan Saiful atau tidak. Hukuman maksimum penjara 20 tahun juga.
Kalau Anwar kena 377C, hukuman penjara minimum lima tahun. Kalau minimum lima tahun, dia mesti terpaksa kena penjara tujuh atau lapan tahun. Lagi satu, dia kena rotan. Orang lebih 50 tahun tidak boleh dirotan kecuali kes 377C sebab kes itu serius. Mungkin sebab itu Peguam Negara tidak mahu kontroversi sangat sebab Anwar sudah berumur dekat 70 tahun. Dia patut berterima kasih kepada Peguam Negara.
Datuk S. Ambiga menyatakan dia kecewa kerana Tan Sri "menyerang" Anwar apabila mengeluarkan kenyataan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara selama lima tahun bagi pertuduhan liwat. Tan Sri juga didakwa melanggar hak asasi manusia apabila "menyerang" Anwar yang tidak boleh mempertahankan diri. Komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Saya hanya keluarkan kenyataan sebab mula-mula Christopher Leong kata ini bukan pendakwaan tetapi penganiayaan. Sebagai Presiden Majlis Peguam, dia tidak boleh bercakap macam itu. Ertinya apa? Mahkamah buat aniaya, saya buat aniaya dan polis semua buat aniaya. Takkan saya tidak ada hak asasi saya sebagai Pendakwa Raya untuk menegakkan apa yang saya buat itu betul. Saya hanya menjawab. Dia yang buka pekung dulu.
Kemudian Ambiga masuk buat cerita Barisan Nasional (BN) salah langkah untuk mempenjara Anwar. Adakah mahkamah itu sebahagian BN? Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya.
Bagaimana dengan status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh? Adakah ia akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman? Tempoh itu mungkin lebih panjang sekiranya Anwar mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong?
MUHAMMAD SHAFEE: Anwar ada 14 hari untuk kemukakan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Tetapi yang peliknya, kalau kita hendak minta ampun, kita mesti kata kita salah dan minta ampun. Boleh kita kata kita tak salah tetapi kita hendak minta ampun. Kedua, ini bermaksud dalam 14 hari itu dia masih lagi Ahli Parlimen. Selepas 14 hari itu pun dia masih lagi ahli Parlimen. Sebab badan Parlimen kena bersidang dan membuat keputusan berdasarkan kes ini, dia harus disingkirkan, barulah keahlian hilang. Ini berdasarkan kes Ahli Parlimen daripada DAP, Fan Yew Teng pada 1975.
Sistem kehakiman dan mahkamah kita pada mata dunia sudah teruk sebab diburuk-burukkan dan dihentam. Bagaimana hendak memulihkannya?
MUHAMMAD SHAFEE: Apabila mahkamah buat keputusan setiap kes, hakim mesti tulis alasan penghakiman. Alasan penghakiman itu akan menunjukkan cara perjalanan otak hakim tersebut. Kalau tersalah tulis atau tersalah penghakiman, ia akan tertera dalam tulisan tersebut. Orang boleh baca. Jadi, standard alasan penghakiman mesti dipertingkat. Jadi, bukan sahaja kita tahu bahawa kita buat penghakiman yang baik tetapi orang juga harus tahu dengan membaca alasan yang kita buat keputusan yang baik. Jadi, penghakiman berlaku dan penyaksi penghakiman dilakukan juga mesti ada. Itu dalam bahasa Inggeris kata “not only justice must be done but justice must be seen to be done”. Sebab baru ada keyakinan.
Cara kita kendali dalam mahkamah pun mesti baik termasuk etika dan cara kita dengar. Saya percaya orang Melayu paling bagus sebagai hakim. Kita sabar dan tidak mudah hilang sabar. Bukan kita hendak jadi rasis tetapi peguam bangsa lain pun kata Melayu lebih bagus sebab kita sabar. Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya dah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya. Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.
Labels:
Bahasa Melayu,
Politik/Politics
Tiada Subsidi Petrol Untuk Golongan Kaya - Apa Mekanisme Penguatkuasaan?
Sunday, October 26, 2014
2 hari lepas saya telah menimbulkan persoalan akan definisi kaya yang sebenar (rujuk sini) berkenaan isu ini yang dijangkakan akan menimbulkan beberapa permasalahan seandainya tidak diteliti dan diselesaikan dengan bijaksana (persoalan berikutnya, adakah ramai bijaksana di kalangan mereka?).
Setelah itu, terdapat beberapa keratan akhbar yang memperihalkan cadangan pemantauan pembelian subsidi petrol ini. Ada yang mencadangkan akan penggunaan MyKad dan ada yang mencadangkan kad rebat seperti didalam paparan media berikut:
Persoalan yang ingin saya timbulkan disini pula ialah:
Apa yang jelas disini ialah:
Yang pastinya, Ahmad Maslan perlu turun padang dan berdiskusi dengan orang yang bijaksana yang berada diluar lapangan politik dan bukan hanya berbicara dengan kaki ampu dan kaki kipas yang sememangnya hidup tiada kepayahan.
p/s: moga dia mendengar.

- http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/10/21/subsidi-baru-petrol/
- http://www.arenakereta.com/2014/10/23/sistem-rasionalisasi-subsidi-petrol-menggunakan-mykad-sedang-dikaji/
- http://paultan.org/2014/10/23/petrol-subsidy-distributed-via-mykad-low-income-group-enjoy-current-price-ahmad-maslan/
- http://www.mykmu.net/2014/06/03/mekanisme-baru-subsidi-petrol-cadangan-hilang-akal/
- http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beli-petrol-guna-mykad-tidak-selesai-isu-subsidi-bersasar-kata-pakatan
- http://www.malaysiakini.com/news/278254
Persoalan yang ingin saya timbulkan disini pula ialah:
- Apakah mekanisme yang akan digunakan sama ada keatas MyKad atau Kad Rebat?
- Apakah mekanisme yang akan diguanakan untuk rakyat mendaftar? Jika ia melibatkan MyKad, adakah perlu 28 juta orang mendaftar dan menukar kandungan MyKadnya? Jika berlaku perubahan pada tangga gajinya, adakah perlu dia mendaftar lagi sekali?
- Jika ia melibatkan penggunat Kad Rebat, bagaimana pula pendaftaran dan pengemaskinian akan dilakukan? Siapa akan memantau dan mengesahkan kad rebat tersebut? Apakah mekanisme pembelian yang akan digunapakai menggunakan kad rebat itu? Siapa pula akan memantau penggunaan di stesyen minyak? Sekarang ini pun ada penyeludupan minyak, tambah lagi bila kad rebat digunapakai nanti.
- Apakah mekanisme yang digunakan untuk menentukan keboleh-upayaan seseorang itu membeli dan bagaimana ia dikaitkan dengan MyKad atau Kad Rebat? Adakah cukup dengan cukai pendapatan? Jika seseorang itu bekerja sendiri, bagaimana kerajaan akan memastikan hanya yang layak akan didaftarkan sebagai penerima subsidi?
- Jika pemandu peribadi CEO, MD atau ex-patriate ini mengisi minyak, bagaimana hendak tentukan bahawa pembelian itu disubsidikan atau tidak? Siapa yang akan memeriksa dan memastikan kepatuhan di seluruh negara?
Apa yang jelas disini ialah:
- Terlalu banyak masalah dengan peraturan dan mekanisme yang dicadangkan.
- Malaysia terkenal dengan kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan berkala. Adakah cadangan ini mampu mengurangkan ketirisan dan penyeludupan apabila penguatkuasaan dan pemantauan berkala masih ditakuk lama. Lihat sahaja LRT dan Komuter untuk golongan wanita yang sentiasa dinaiki lelaki tak reti malu. Juga lihat pada perokok tegar yang tanpa segan silu 'menghisap racun dan membakar duit' dimana sahaja mereka suka walaupun sudah digazetkan sebagai kawasan larangan merokok. Lihat juga pada kaki potong 'Q' yang sanggup gunakan lorong kecemasan demi nafsu serakah diri. Lihat pada kegiatan penyeludupan di sempadan yang berjaya menyusup rokok, mercun, dan pelbagai hingga ke sebesar lembu pun terlepas pandang. Dengan begitu banyak contoh kelemahan penguatkuasaan dan pemantauan berkala, adakah cadangan ini mampu selesaikan masalah?
- Apakah mekanisme yang akan ditentukan untuk menentukan harga pasaran? Ketika ini harga minyak merudum, tetapi harga petrol tetap sama. Sepertimana harga barang yang naik ketika harga minyak naik, harga barang tetap stabil pada harga itu walaupun harga minyak telah dikurangkan. Apakah jaminan kerajaan (yang setakat ini banyak menjamin tanpa berjaya) bahawa harga minyak akan mengikut harga pasaran? Siapa yang mengawalnya nanti?
Yang pastinya, Ahmad Maslan perlu turun padang dan berdiskusi dengan orang yang bijaksana yang berada diluar lapangan politik dan bukan hanya berbicara dengan kaki ampu dan kaki kipas yang sememangnya hidup tiada kepayahan.
p/s: moga dia mendengar.
Labels:
Bahasa Melayu,
Economy/Ekonomi,
Malaysia,
Politik/Politics,
Social
Nak tahu pasal ubat? Hubungi NPCC - Jangan pandai sebarangan
Saturday, October 25, 2014
Ada pertanyaan berkaitan ubat-ubatan? Sila hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722
Labels:
Bahasa Melayu,
Malaysia,
Medical/Perubatan,
Social
Tiada Subsidi Petrol Untuk Orang Kaya - Apa definisi kaya?
Friday, October 24, 2014
Sejak 2-3 hari ini, kecoh satu malaysia mengenai kenyataan Menteri KPDNKK, Ahmad Maslan berkenaan bahawa mulai Jun 2015, subsidi bahan api untuk golongan kaya akan ditarik. Ini bermakna, mulai Jun 2015, golongan kaya akan membeli bahan api; sama ada RON95 atau RON97, pada harga pasaran (lihat sini, sini dan di sini).
Persoalan utama disini ialah:
- Apa definisi kaya? Memandu BMW atau bergaji puluh ribu?
- Adakah terhad pada RON95 dan RON97 sahaja? Jika orang kaya itu memandu Hyundai Starex atau kenderaan exclusive yang menggunakan diesel. Apakah dia boleh membeli pada harga subsidi?
- Apakah konsep apungan pada harga pasaran dan bagaimana serta mekanisma penentuan harga pasaran dilakukan? Sedangkan ketika ini, harga minyak turun bawah paras USD100 pun harga minyak lebih mahal dari harga pasaran. Malahan, RON95 adalah kategori yang tidak ditentukan oleh harga pasaran (alasan diberi oleh menteri dari kementerian yang sama ketika merealisasikan RON97 dan RON95 suatu ketika dulu).
- Berbalik kepada definisi kaya, apakah mekanisme yang digunapakai untuk tentukan kekayaan seseorang? Adakah hanya bersandar pada gaji? Jika bergaji RM15000 tetapi jumlah cukai dibayar sama dengan yang bergaji RM4000 (kerana tanggungjawab), adakah yang bergaji RM15000 akan dilihat seperti bergaji RM4000 atau sebagai orang kaya?
- Masih lagi di definisi kaya. Jika cukai pendapatan digunapakai, bagaimana dengan yang bekerja sendiri, atau peniaga yang tidak berdaftar? Ada peniaga pasar malam yang tidak berdaftar dan punyai cukai pendapatan yang lagi kaya dari yang bergaji RM10000 ke atas. Cuba lihat beberapa orang ustaz yang terkenal. Ada yang pastinya tidak membayar cukai pendapatan, tapi mampu memandu kereta mahal, malah beristeri lebih dari satu. Adakah mereka ini golongan kaya atau sederhana?
Jadi, persoalan ketika ini ialah, apa definisi kaya pada Ahmad Maslan?
Labels:
Bahasa Melayu,
Malaysia,
Politik/Politics
Simposium Pemikiran Politik Islam
Saturday, October 11, 2014
Berkata Syiekh Dr Abdul Qadir Awdah:
“Syariat telah memberi penjelasan tentang tugasan utama seorang pemerintah dengan penjelasan yang jelas dan tanggungjawabnya yang perlu ditunaikan secara mendalam.
Maka tugasan utama seorang pemerintah disisi Islam adalah menjadi pengganti kepada rasul didalam “mendirikan agama dan memerintah dunia dengannya”
-----------------------------------
Politik Islam?
Apa perkara pertama yang kita terfikir apabila berbicara tentang politik Islam?
Dalam arus globalisasi ini, ramai pihak mengatakan bahawa sistem Politik Islam tidak relevan lagi dalam mendepani zaman hari ini. Ianya sudah kuno, kolot serta lapuk.
Serangan pemikiran yang begitu dahsyat oleh tamadun barat, telah menghasilkan pertembungan idea dalam kalangan umat Islam sendiri dalam memahami kesyumulan sistem Islam.
Maka kami, Majlis Ulama ISMA atau lebih dikenali sebagai MUIS, membawakan kepada anda sebuah Simposium Pemikiran Politik Islam yang julung-julung kali diadakan di tanah air kita, dengan membawakan tajuk
"Gagasan Pemikiran Politik Islam Berdasarkan Siyasah Syari’yyah dalam realiti Malaysia".
Kertas Kerja 1: Relevensi Konsep Negara Islam: Perlaksanannya dalam sistem Demokrasi Malaysia
Oleh:
SS Ustaz Dr Zulkifly Bin Muda (Mufti Negeri Terengganu)
Ust. Mohad Hazizi Bin Ab Rahman (JKP ISMA)
Kertas Kerja 2: Partisipasi Politik Semasa di Malaysia dalam Kerangka Maqasid Syariah
Oleh:
Prof Madya Dr Aznan Bin Hasan (Pengerusi MUIS)
Prof Madya Dr Khalif Muammar Bin. A. Harris (CASIS-UTM)
Kertas Kerja 3: Membentuk Gagasan Pemikiran Politik Islam dalam realiti Malaysia berdasarkan Siyasah Syari’iyyah
Oleh:
Ust. Abdullah Zaik Bin Abd Rahman (Presiden ISMA)
Dato’ Dr. Ist Khairuddin At Takiri (Setiausaha Dewan Ulama Pas)
Ucaptama Perasmian Penutup : Masa depan politik Islam di Malaysia: Apakah Halatuju Kita?
Oleh:
SS Dr Zulkifli Al-Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan)
Tarikh: 25 Oktober 2014
Masa: 8 Pagi - 6 Petang
Tempat: Auditorium Abu Zarim, Ilsas Uniten, Bangi
Yuran? Sangat berpatutan!
Dewasa: 50
Pelajar: 40
Berminat?
Mudah sahaja. Anda boleh daftar:
-online di : http://bit.ly/sppimuis
-atau hubungi 018-3240054 (Firdaus Zalani)
-atau layari http://muis.org.my/simposiumpolitikislam/
Selamat mendaftar dan terima kasih
"Memandu Masyarakat Mendaulatkan Syariat"
Labels:
Bahasa Melayu,
ISLAM,
Malaysia,
Social
Bila terjadi .. sekadar hangat tahi ayam
Tuesday, October 7, 2014
Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan satu kemalangan yang ngeri (dari beberapa kemalangan ngeri pada hari tersebut) yang melibatkan 2 buah treler dan beberapa buah kereta (lihat sini dan sini).
Pelbagai teori dikeluarkan termasuklah yang terkini iaitu pemandu kereta berselfie sekeluarga sebelum terlibat kemalangan. Dan serentak dengan itu, keluarlah kenyataan dari agensi terbabit seperti:
Ini bukan berlaku pertama kali. Malah setiap kali tidak kira musim perayaan mahupun tidak. Asalkan ada cuti panjang di hujung minggu sahaja, pasti ada kemalangan sebegini menjengah media massa dan elektronik. Dan serentak dengan itu, melodi sama dimainkan pihak terbabit. Namun, apa yang dapat kita perhatikan disini ialah tidak ada satu pun syor yang diberi ialah untuk selesaikan masalah sehingga ke akar nya. Yang ada hanyalah mencari kesalahan dan memberi cadangan yang sekadar 'melepaskan beduk di tangga'.
Sering kali kita lihat pemandu lori, treler dan bas memandu pada kelajuan yang lebih dari sepatutnya. Malah, adakalanya kita boleh lihat mereka seakan berlumba sesama jenis dan sering potong memotong tanpa mengira keadaan sesuatu kawasan dan cuaca setempat. Berulang kali juga saya memilih untuk masuk ke lorong kecemasan demi memberi laluan pada pemandu yang gila ini. Tidak dinafikan bahawa masih ada pemandu kenderaan terbabit yang masih sopan tetapi mereka ini amat jarang ditemui.
Saya juga tidak menyalahkan mereka sepenuhnya. Sikap pemandu kenderaan persendirian juga antara punca kemalangan sebegini masih wujud. Bukan sekali, malah setiap kali dan setiap masa kita boleh lihat pemandu yang memandu ibarat di litar lumba. Malah, kebanyakkan pemandu sebegini ialah yang memandu kenderaan yang kurang ciri keselamatannya seperti Kancil, Kelisa, Myvi, Saga, Wira, Viva dan beberapa kenderaan kecil lain. Malah, ada yang tidak segan silu mencelah antara lori dan lorong kecemasan. Begitu juga pemandu kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes serta Wish, Vellfire dan Alphard yang tanpa malu-malu dan kononnya dalam situasi cemas menggunakan lorong kecemasan untuk segera memotong dan memandu laju. Begitu juga yang berani gila babi memandu hingga bahagian depannya hanya beberapa inci dari kenderaan hadapan.
Apa solusi terbaik? Adakah cadangan agensi terbabit mampu selesaikan masalah ini? Adakah dengan menempatkan AES dan pegawai polis trafik dengan kamera rakaman had laju mampu selesaikan masalah ini?
Jawapannya tentulah tidak. Jadi, apakah caranya? hmmm.. untuk apa saya syorkan sedangkan ada pihak dibayar untuk memberi idea :). Biarkan mereka itu mengeluarkan idea dan bukan sekadar mencedok idea blogger seperti saya ini.
p/s: Kalau nak idea boleh bayar :)
Pelbagai teori dikeluarkan termasuklah yang terkini iaitu pemandu kereta berselfie sekeluarga sebelum terlibat kemalangan. Dan serentak dengan itu, keluarlah kenyataan dari agensi terbabit seperti:
- Menjadi satu kesalahan jika berselfie ketika memandu - PDRM
- Pemandu treler terbabit mempunyai rekod kesalahan lampau (24 saman) - PDRM
- Kita syorkan agar dimasukkan dalam penjadualan pergerakkan kenderaan berat ini untuk raya haji - JPJ
Ini bukan berlaku pertama kali. Malah setiap kali tidak kira musim perayaan mahupun tidak. Asalkan ada cuti panjang di hujung minggu sahaja, pasti ada kemalangan sebegini menjengah media massa dan elektronik. Dan serentak dengan itu, melodi sama dimainkan pihak terbabit. Namun, apa yang dapat kita perhatikan disini ialah tidak ada satu pun syor yang diberi ialah untuk selesaikan masalah sehingga ke akar nya. Yang ada hanyalah mencari kesalahan dan memberi cadangan yang sekadar 'melepaskan beduk di tangga'.
Sering kali kita lihat pemandu lori, treler dan bas memandu pada kelajuan yang lebih dari sepatutnya. Malah, adakalanya kita boleh lihat mereka seakan berlumba sesama jenis dan sering potong memotong tanpa mengira keadaan sesuatu kawasan dan cuaca setempat. Berulang kali juga saya memilih untuk masuk ke lorong kecemasan demi memberi laluan pada pemandu yang gila ini. Tidak dinafikan bahawa masih ada pemandu kenderaan terbabit yang masih sopan tetapi mereka ini amat jarang ditemui.
Saya juga tidak menyalahkan mereka sepenuhnya. Sikap pemandu kenderaan persendirian juga antara punca kemalangan sebegini masih wujud. Bukan sekali, malah setiap kali dan setiap masa kita boleh lihat pemandu yang memandu ibarat di litar lumba. Malah, kebanyakkan pemandu sebegini ialah yang memandu kenderaan yang kurang ciri keselamatannya seperti Kancil, Kelisa, Myvi, Saga, Wira, Viva dan beberapa kenderaan kecil lain. Malah, ada yang tidak segan silu mencelah antara lori dan lorong kecemasan. Begitu juga pemandu kenderaan mewah seperti BMW dan Mercedes serta Wish, Vellfire dan Alphard yang tanpa malu-malu dan kononnya dalam situasi cemas menggunakan lorong kecemasan untuk segera memotong dan memandu laju. Begitu juga yang berani gila babi memandu hingga bahagian depannya hanya beberapa inci dari kenderaan hadapan.
Apa solusi terbaik? Adakah cadangan agensi terbabit mampu selesaikan masalah ini? Adakah dengan menempatkan AES dan pegawai polis trafik dengan kamera rakaman had laju mampu selesaikan masalah ini?
Jawapannya tentulah tidak. Jadi, apakah caranya? hmmm.. untuk apa saya syorkan sedangkan ada pihak dibayar untuk memberi idea :). Biarkan mereka itu mengeluarkan idea dan bukan sekadar mencedok idea blogger seperti saya ini.
p/s: Kalau nak idea boleh bayar :)
Labels:
Bahasa Melayu,
Malaysia,
Social
Subscribe to:
Posts (Atom)