Showing posts with label Jenaka/Humor. Show all posts
Showing posts with label Jenaka/Humor. Show all posts

Pandai Sahaja Tidak Mencukupi

Wednesday, September 12, 2018

Pandai Sahaja Tidak Mencukupi

Seorang Ayah yang tidak berpendidikan tinggi bersama dengan seorang anaknya yg terpelajar pergi berkemah di suatu tempat...

Mereka mendirikan kemah, lalu pada waktu malam keduanya tertidur...

Beberapa jam kemudian si ayah membangunkan anaknya...

Ayah : cuba kau tenguk di langit, apa yg kau nampak?

Anak : sy melihat jutaan bintang pak...

Ayah : Jadi apakah maksud tu berjuta bintang?

Anak : secara astronomi, ia memberitahu kita bahawa terdapat jutaan galaksi, bintang dan planet di alam semesta...

Si ayah lalu menampar anaknya dengan kuat, lalu berkata :
"Bangang!!! maksudnya, kita punya kemah sudah kena curi.!!!"

Moral : terlalu pandai pun kadang² boleh kasi rosak akal waras kita...😝

Satira politik untuk semua... LISTEN!!! X 10 (hehehe)

Monday, April 8, 2013

Satira @ jenaka sinis untuk semua... ENJOY!!! Yo!!
 
(p/s: yg pasti, video ni tak de menghina nik aziz... hanya yang makan cili je terasa pedasnya)

ni mcm perli najib.. hehehe jgn mare PM... rilek brader



hehehe best punya perli...

hehehe best punya perli... Selamat datang ke selangor








Lawak - Kembar

Wednesday, March 13, 2013

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua.” “Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,” kata lelaki yang pertama dengan riangnya.


Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!” “Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.



Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, “Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat” kata jururawat itu dengan tenang.

“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di

Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya,

“Apakah yang merunsingkan awak?”

Dengan perasaan gelisah dia menjawab “Saya bekerja di Seven Eleven.

hehehe.... cerita ini tidak ada kena mengena dengan tempat atau nama syarikat yang disebut.. :)