Setiap kali saya buka FB, pasti akan ada sahaja berita-berita 'sensasi' yang dipaparkan atau di'post' atau di'share' oleh sahabat saya. Hasil dari berita itu, ada yang 'respons' dengan bijak, dan ada yang memberi maklum balas dengan kata kesat.
Paling menyedihkan saya ialah apabila melihat sahabat saya yang ada diantara mereka merupakan orang hebat dalam kerja sukarela dan gemar memberi bantuan sehingga ke luar negara. Namun, menyedihkan apabila mereka ini memberi maklum balas yang tidak menggambarkan peribadi mereka. Ia seperti satu lagi sisi mereka; yakni sisi gelap mereka. Malah ada juga sahabat saya ini yang hebat dalam mendidik dan memberi kursus penambah-baikan diri, tetapi diri sendiri masih gagal dalam memperbetulkan persepsi diri dan juga dalam memperbetulkan langkah sebelum mengedarkan berita-berita 'sensasi'.
Oleh itu, saya rasa perlu untuk memberi sedikit pengalaman saya yang saya kutip sepanjang perjalanan melakukan penyelidikan ketika menyambung pelajaran dalam bidang ijazah sarjana. Ia merupakan sesuatu yang ulama sering ingatkan juga. Ia adalah 'Lihat pada punca' atau 'Kembali kepada punca'. Dalam ISLAM, ia merujuk kepada Al-Quran dan juga Hadith. Namun, dalam berita 'sensasi', ia merujuk kepada punca atau dari mana berita itu disebarkan.
Ketika belajar, apabila membaca sesuatu kertas kerja atau 'publications', ada beberapa perkara yang akan saya lihat;
1. Siapa yang bercakap. Selaras dengan perintah Allah juga untuk melihat siapa yang berkata.
2. Dengan organisasi mana dia dikaitkan. Jika dalam bidang saya, MIT, Microsoft, UC, CyberSecurity, etc mempunyai kredibiliti lebih baik berbanding universiti di China.
3. Siapa lagi yang bercakap atau yang dapat mengesahkan apa yang dicakap.
4. Jika tiada (no.3), ada yang mengkritik atau memperbetulkan hipotesis no. 1?
Selepas 4 langkah di atas, baru saya akan merujuk kepada penulisannya semula dan membaca dengan teliti. Setiap lakaran dan gambar dibaca, saya akan lihat dan cuba mencari sesuatu yang akan menjejaskan kredibiliti tulisannya (bukan kredibiliti pengarangnya). Contohnya, jika ada lakaran yang tidak jelas atau perkiraan yang kurang jitu, atau penjelasan yang tidak ampuh.
Dan akhirnya, selepas itu, saya akan membuat kesimpulan saya sendiri. Ini, InsyaAllah, akan memastikan saya hanya menerima dan mempercayai berita yang diyakini benar, dan bukan sekadar cakap kosong.
Lihat pada punca berita
Thursday, February 11, 2016
Labels:
Bahasa Melayu,
Malaysia,
Politik/Politics,
Social
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment