Apa mungkin kita lahirkan generasi superb sedangkan...

Wednesday, January 15, 2014

Pernahkah anda melihat, mendengar atau melakukan:
  • Menekan butang naik atau turun lif padahal ingin lakukan sebaliknya dan sanggup naik atau turun lif sebelum menuju ke tingkat yang ingin ditujui kerana ingin mengelak menunggu lama?
  • Berhimpun keliling si penimbang di kaunter timbang sedangkan ada garisan beratur?
  • Berebut menaiki bas atau pengangkutan awam lain?
  • Memotong giliran atau 'Q' seperti ketika di plaza tol, di kaunter pembayaran dan sebagainya?
  • Membuang puntung rokok atau apa jua dari kenderaan ke luar?
  • Membuang sampah di dalam longkang kerana berfikiran bahawa ada pekerja majlis perbandaran yang akan kutip?
  • Memarahi guru yang mengajar atau mendenda sedangkan yang bersalah ialah pelajar seperti tidak melakukan kerja sekolah?
  • Membiarkan sahaja kanak-kanak bergaduh atau melakukan kesalahan seperti mencarut atau memaki-hamun, menolak dari kerusi dan sebagainya kerana beranggapan mereka masih kecil?
  • Menunggu anak betul-betul didepan pintu pagar sekolah didalam kereta hingga menghalang laluan orang lain?

  • Meletak kereta atau kenderaan dalam keadaan menyusahkan orang lain seperti parking senget, menggunakan laluan bertentangan, parking pada lokasi OKU dan sebagainya?

  • Menggunakan laluan kecemasan hanya kerana tidak mahu lewat sampai ke destinasi?

  • Berhenti atau memperlahan kenderaan hanya untuk melihat kemalangan atau kereta rosak?

  • Menghisap rokok di kawasan larangan seperti ditepi masjid, di parking kawasan hospital, sambil menanti anak di luar sekolah, di perhentian bas, di restoran dan tanpa segan silu menghembus rokok ke orang yang tidak merokok?

dan pelbagai aksi lain yang menggambarkan tahap kesedaran sivik dan moral masyarakat yang semakin teruk dan pentingkan diri sendiri. Malah, ini terpakai bukan sahaja pada yang tidak berpendidikan ISLAM, malah ada yang bertaraf guru dan 'geng surau' tanpa mengira apa jua lambang partinya.




Sedih dan menyedihkan akan hakikat sikap ini yang dipertontonkan sedangkan dalam masa yang sama, ramai melaungkan akan hudud, ramai juga membangkitkan kerisauan generasi akan datang dan ramai juga yang gusar memikirkan iklim yang tidak menentu. Hipokrit sungguh. Bagaimana ingin melahirkan generasi yang superb sedangkan dikelilingi oleh mentaliti yang tidak sempurna.



Fikir-fikirkanlah.

Sempena Maulidur Rasul ini... jom kita teladani akhlak para tabiin tabiin ... (nak ikut Rasul S.A.W memang tak boleh.. sahabat baginda pun sudah sukar kita contohi ... maka setidaknya, ikutlah akhlak para tabiin tabiin....)

0 comments:

Post a Comment