Anwar Ibrahim, Menteri Kewangan Paling Teruk dalam Sejarah ?
Semasa saya sedang berbual dengan seorang penyokong tegar Pakatan Rakyat, kita sedang berbincang berkenaan politik, terdengar dia berkata bahawa Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan terbaik, walaupun saya cuba terangkan bahawa dia sebenarnya adalah Menteri Kewangan paling teruk dalam sejarah denga fakta-fakta tertentu, tetapi bahasa yang saya gunakan mungkin agak sukar untuk difahami. Jadi saya berasa adalah terbaik jika saya terangkan secara terperinci kenapa Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Paling Teruk dalam Sejarah, untuk anak muda yang masih kecil ketika kejadian 1997 atau belum lahir lagi.
Pertama sekali, Anwar adalah seorang graduan Bahasa Melayu dari Universiti Malaya ,dia juga memerlukan masa lebih lama untuk habiskan pelajaran disebabkan dia berada dalam penjara, dari segi politik dia pandai bercakap sehingga dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO(1993) apabila mengalahkan Tun Ghaffar Baba, semasa itu ekonomi Malaysia sedang berkembang akibat daripada dasar penswastaan dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin(1984-1991) dan Menteri Perdagangan dan Industri Tengku Razaleigh(1984-1987). Tetapi Tun Daim lebih berminat berniaga daripada politik maka beliau meletak jawatan pada tahun 1991, apabila Dr Mahathir memerlukan seorang menteri kewangan baru, Tun inginkan pemimpin yang mempunyai ilmu mendalam dalam ekonomi dan kewangan,antara nama disebut adalah Rafidah Aziz (Graduan Ekonomi dari Universiti Malaya) atau Sanusi Junid (Pengarah Bank Simpanan Nasional), tetapi disebabkan Anwar mungkin akan ganti Tun Mahathir sebagai PM (sepatutnya tahun 1998), maka Tun Daim memberi cadangan supaya Anwar menjadi Menteri Kewangan sebagai latihan .
Walaupun ekonomi terus berkembang pada tahun 1990-an disebabkan Tun Daim masih mengajar Anwar selok belok ekonomi,tetapi apabila sampai tahun tahun 1997 maka satu kejadian berlaku, beberapa pihak yang tidak bertanggungawab mula short selling matawang Thailand iaitu Baht, ini produk kewangan yang ramai rakyat Malaysia tidak faham, short selling bermaksud membeli matawang atau saham pada masa akan datang dengan harga sekarang, bermaksud jika seorang pelabur short sell RM1, jika masa akan datang nilai ringgit menurun kepada rm0.80 maka pelabur itu akan untung kerana mendapat RM1, dan sebaliknya jika nilai ringgit naik. Ini adalah sebuah produk kewangan yahudi dan diharamkan dalam Islam kerana dalam perniagaan Islam, kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual perlu untung dan bukan sebaliknya, ia adalah haram untuk menjual barang supaya pembeli rugi.Apabila negara Thailand mengalami masalah ekonomi, pihak-pihak tidak bertanggunggjawab bergerak ke negara Asia lain contohnya Malaysia, Singapura,Indonesia(paling teruk),Korea Selatan dan juga India.
Semasa negara-negara ini mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga ramai rakyat tertekan, pelabur-pelabur short selling untung besar. Anwar Ibrahim, tidak memahami masalah ini kerana kekurangan ilmu dalam ekonomi, IMF (International Monetary Fund) mengeluarkan pinjaman kewangan istimewa untuk negara yang mengalami kemerosotan ekonomi TETAPI dengan syarat negara tersebut perlu ikut polisi ekonomi IMF, pendek kata kerajaan WAJIB akur kepada kehendak IMF iaitu meningkatkan kadar faedah pinjaman dan kurangkan tempoh bayaran. Apabila krisis kewangan melanda, maka semua pinjaman bank akan tergendala kerana syarikat-syarikat tidak mempunyai wang untuk membiayai pinjaman mereka, lebih-lebih lagi pasaran saham menjunam maka tiada modal dan juga peningkatan faedah amat membebankan. Anwar Ibrahim yang percayai pandangan rakan-rakan Amerika, melobi supaya Malaysia mengambil pinjaman IMF, apabila ditolak oleh Dr Mahathir, Anwar meneruskan polisi IMF tanpa pinjaman tersebut. Polisinya adalah meningkatkan faedah pinjaman dan kurangkan tempoh bayaran, bayangkan anda mempunyai pembayaran ansuran daripada pinjaman rm100 yang perlu dibayar setiap bulan, tiba-tiba anda perlu membayar RM200 pada setiap 2 minggu, ini menyebabkan banyak syarikat muflis. Anwar juga menghentikan projek-projek kerajaan maka kontraktor yang dijanji projek berbillion semua tidak dibayar menyebabkan projek tergendala.
Dari carta kita boleh lihat bahawa pasaran saham menjunam bermula dari Jun 1997 sehingga September 1998. Penjunaman paling teruk dalam sejarah secara kebetulan adalah ketika Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan dan juga secara kebetulan Anwar dipecat pada September 1998 melihat peningkatan secara mendadak, dan bermula pemulihan daripada krisis tersebut.. KLCI index menjunam dari 1200 hingga kepada 200, dalam kata lain 77% nilai modal pasaran Bursa Malaysia hangus.
Alhamdullilah, ketika itu Dr Mahathir masih Perdana Menteri, walaupun pemimpin seperti Suharto di Indonesia terpaksa akur dengan IMF sehingga dia terpaksa mengakhirkan pemerintahan selama 30 tahun, Malaysia masih bebas daripada pengaruh luar terutamanya IMF,Dr Mahathir mendapati melalui pemerhatiannya bahawa ekonomi China tidak diserang kerana matawang China dipegged atau ditetapkan dalam nilai tertentu, maka jika pelabur short sell matawang China, nilainya tidak akan bergerak maka pelabur tidak akan untung atau rugi. Jadi Dr Mahathir terus laksanakan pegged ini hari yang sama Anwar dipecat, apabila ekonomi Malaysia tidak boleh dimanipulasi, serangan terhadap matawang Malaysia berhenti dan bermulanya pemulihan seperti di carta atas.
Kesan Anwar sebagai menteri kewangan adalah amat teruk, sebelum itu adalah zaman kegemilangan ekonomi bumiputera, ramai usahawan bumiputera berjaya memimpin syarikat berbillion contohnya Halim Saad (Renong-UEM),Tajuddin Ramli (MAS), Rashid Hussein (RHB Bank), selain itu syarikat berkenaan kerajaan (GLC) juga untung besar. Tetapi disebabkan kegagalan Anwar menyelematkan ekonomi dan keinginan dia untuk meneruskan polisi IMF yang menjahanamkan lagi keadaan , HAMPIR semua usahawan berjaya bumiputera muflis, Syed Mokhtar dalam biografi juga berkata beliau hampir muflis ketika itu, mungkin jika Anwar tidak dipecat kesemua usahawan melayu akan muflis.
Dengan FAKTA ini, saya berpegang teguh bahawa Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Paling Teruk dalam Sejarah. Ini bukan fakta rekaan tetapi realiti, penyokong PR majoritinya adalah pemuda mungkin tidak tahu atau sudah lupa,tetapi demi memastikan Anwar tidak akan pengaruh Putrajaya lagi demi keselamatan masa depan negara, artikel ini perlu ditulis, dan terus memberi ingatan kepada golongan muda. Sekian.
-AR-

0 comments:
Post a Comment