Hadith & Doa berkaitan Wabak Penyakit

Tuesday, January 28, 2020

Akhir zaman ini, kita dikejutkan dengan pelbagai jenis penyakit yang baru dan ganjil. Malahan, muktahir ini, virus-virus sudah semakin berkembang dan berevolusi sekaligus menyebabkan pelbagai anti-virus dan ubatan sudah tidak mampu membendung penularan penyakit era baru ini.
Image result for wabak menular
Gambar virus melalui mikroskop (sekadar hiasan)


Bermula dengan HIV, Ebola, H1N1, H5N1 dan yang terbaru pada tahun 2020, seisi dunia dikejutkan dengan penularan virus selsema baru yang dikenali dengan nama Novel Coronavirus. Bermula di daerah Wuhan, China, virus ini semakin berkembang dan menular seluruh pelusuk dunia.


Dari perspektif Islam pula, perkara ini bukan lah baru kerana sudah terdapat pelbagai peringatan dari Rasul S.A.W melalui hadith dan ayat Al-Quran. Antaranya:

عن ‏ ‏عبد الله بن عباس
‏ ‏أن ‏ ‏عمر بن الخطاب ‏ ‏خرج إلى ‏ ‏الشام ‏ ‏حتى إذا كان ‏ ‏بسرغ ‏ ‏لقيه أهل الأجناد ‏ ‏أبو عبيدة بن الجراح ‏ ‏وأصحابه فأخبروه أن الوباء قد وقع ‏ ‏بالشام

‏ ‏قال ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏فقال ‏ ‏عمر ‏ ‏ادع لي ‏ ‏المهاجرين ‏ ‏الأولين فدعوتهم فاستشارهم وأخبرهم أن الوباء قد وقع ‏ ‏بالشام ‏ ‏فاختلفوا فقال بعضهم قد خرجت لأمر ولا نرى أن ترجع عنه

وقال بعضهم معك بقية الناس ‏ ‏وأصحاب رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏ولا نرى أن تقدمهم على هذا الوباء فقال ‏ ‏ارتفعوا ‏ ‏عني

ثم قال ادع لي ‏ ‏الأنصار ‏ ‏فدعوتهم له فاستشارهم فسلكوا سبيل ‏ ‏المهاجرين ‏ ‏واختلفوا كاختلافهم فقال ‏ ‏ارتفعوا ‏ ‏عني ثم قال ادع لي من كان هاهنا من مشيخة ‏ ‏قريش ‏ ‏من مهاجرة الفتح فدعوتهم فلم يختلف عليه رجلان فقالوا نرى أن ترجع بالناس ولا تقدمهم على هذا الوباء فنادى ‏ ‏عمر ‏ ‏في الناس إني مصبح على ‏ ‏ظهر ‏ ‏فأصبحوا عليه

فقال ‏ ‏أبو عبيدة بن الجراح ‏ ‏أفرارا من قدر الله فقال ‏ ‏عمر ‏ ‏لو غيرك قالها يا ‏ ‏أبا عبيدة ‏ ‏وكان ‏ ‏عمر ‏ ‏يكره خلافه نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله أرأيت لو كانت لك إبل فهبطت واديا له ‏ ‏عدوتان ‏ ‏إحداهما خصبة والأخرى ‏ ‏جدبة ‏ ‏أليس إن رعيت الخصبة رعيتها بقدر الله وإن رعيت ‏ ‏الجدبة ‏ ‏رعيتها بقدر الله ‏

‏قال فجاء ‏ ‏عبد الرحمن بن عوف ‏ ‏وكان متغيبا في بعض حاجته فقال إن عندي من هذا علما سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول:

” ‏ ‏إذا سمعتم به بأرض فلا تقدموا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه”

قال ‏ ‏عمر بن الخطاب فحمد الله ‏ ‏ثم انصرف ‏

Hadis Abdullah bin Abbas r.a:

Sesungguhnya Umar bin Al-Khattab pergi ke Syam. Apabila sampai ke sebuah dusun yang bernama Sarghi, beliau telah dikunjungi oleh penduduk di sekitarnya, iaitu Abu Ubaidah bin Al-Jarrah dan para pengikutnya.

Mereka mengkhabarkan bahawa wabak (penyakit taun) telah berjangkit di Syam. Ibnu Abbas berkata setelah mendengar berita itu, Umar berkata: Cuba panggilkan para sahabat Muhajirin yang pertama. Aku melaksanakan perintah Umar. Umar mengajak mereka berbincang dan memberitahu kepada mereka bahawa wabak telah berjangkit di Syam.

Mereka telah berbeza-beza pendapat mengenai berita tersebut. Sebahagian di antara mereka berkata: Engkau pergi untuk suatu urusan yang besar, jadi kami tidak sependapat sekiranya engkau pulang. Sebahagian yang lain pula berkata: Engkau diikuti oleh orang ramai dan para sahabat Rasulullah s.a.w, jadi kami tidak bersetuju apabila engkau membawa mereka menuju ke wabak ini.

Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Kemudian beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para sahabat Ansar. Aku pun memanggil mereka. Ketika mereka diminta berbincang, mereka telah berbeza-beza pendapat sebagaimana para sahabat Muhajirin.

Umar berkata: Tinggalkanlah aku! Lalu beliau berkata lagi: Tolong panggilkan para pembesar Quraisy yang berhijrah sewaktu penaklukan dan sekarang mereka berada di sana. Aku memanggil mereka dan ternyata mereka telah sepakat kemudian berkata: Menurut kami, sebaik-baiknya engkau bawa sahaja mereka pulang dan tidak mengajak mereka memasuki kawasan wabak ini.

Lalu Umar menyeru di tengah-tengah orang ramai: Aku akan memandu tungganganku untuk pulang, pulanglah bersamaku. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah bertanya: Apakah itu bererti lari dari takdir Allah?

Umar menjawab: Harapnya bukan engkau yang bertanya wahai Abu Ubaidah! Memang Umar tidak suka berselisih pendapat dengan Abu Ubaidah. Ya, kita lari dari ketentuan (takdir) Allah untuk menuju kepada takdir Allah yang lain.

Apakah pendapatmu seandainya engkau mempunyai seekor unta yang turun di suatu lembah yang mempunyai dua keadaan, satunya subur dan satu lagi tandus. Adakah jika engkau mengembalanya pada tempat yang subur itu bukan bererti engkau mengembalanya kerana takdir Allah? Begitu pula sebaliknya, bukankah engkau mengembalanya kerana takdir Allah juga?

Lalu datanglah Abdul Rahman bin Auf yang baru saja tiba dari suatu keperluan. Beliau berkata: Sesungguhnya aku mempunyai pengetahuan mengenai masalah ini.

Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya."

Mendengar kata-kata itu Umar bin Al-Khattab memuji Allah, kemudian beredar meninggalkan tempat itu.


Apa yang dilakukan oleh Umar AL-Khattab itu selari dengan perintah Allah.

Firman Allah (bermaksud):
وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Firman-Nya juga (bermaksud):
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Image result for wabak menular
Memastikan persekitaran selamat (gambar sekadar hiasan)


Secara amnya, sebagai seorang Islam, kita disarankan kembali kepada NYA dan amalkan apa yang telah Rasul S.A.W ajarkan, dan berpeganglah kepada AL-Quran dan Sunnah Baginda Rasul S.A.W dan yakinlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.

Firman Allah dalam Surah AI-Isra' ayat 82:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
'Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepada-Nya.'

Hadis Rasulullah s.a.w. 
Dari Jabir R.A.:
'Katanya sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 'Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah'.
Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad.

Dari Usamah bin Syarik:
'Seorang Arab Badawi bertanya Rasuluilah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit),
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ; Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya'
Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)


Langkah berjaga-jaga bagi mencegah sebarang jangkitan virus yang merangkumi:
  1. Cuci tangan, terutamanya selepas sentuhan langsung dengan orang sakit dan persekitarannya,
  2. Menutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin,
  3. Memasak daging dan telur dengan teliti dan bersih, dan
  4. Menghindari hubungan rapat dengan sesiapa yang menunjukkan gejala penyakit pernafasan seperti batuk dan bersin.

Selain dari kebersihan diri, pemakanan yang halal dan bersih, serta menghindari dari tempat jangkitan, masyarakat yang beragama Islam juga disarankan berdoa. Antara doa yang dikongsi oleh para alim-ulama bersandarkan kepada hadith ialah:

1. Daripada Uthman bin Affan berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” [Riwayat Abu Daud (5088)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh hadith ini adalah hasan]

2. Daripada Abu Hurairah RA berkata:

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْرَبٍ لَدَغَتْنِي الْبَارِحَةَ، قَالَ: أَمَا لَوْ قُلْتَ، حِينَ أَمْسَيْتَ: أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ تَضُرَّكَ

Maksudnya: “Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu berkata: Wahai Rasulullah, ketika aku sedang tidur, ada seekor kala jengking datang menyengatku. Maka Nabi SAW bersabda: Jika kamu membaca ketika waktu petang (malam) itu:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

(Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta)” nescaya tidak akan berlaku perkara yang memudharatkan kamu.” [Riwayat Muslim (2709)]

3. Daripada Ibn Umar RA, bahawa aku mendengar Nabi SAW bersabda:

لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَعُ هَؤُلَاءِ الدَّعَوَاتِ، حِينَ يُمْسِي، وَحِينَ يُصْبِحُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Maksudnya: “Nabi SAW tidak pernah meninggalkan doa tersebut ketika petang dan pagi iaitu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

(Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat”. [Riwayat Abu Daud (5074)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]
Menurut Syeikh Abu al-Hasan al-Mubarakfuri maksud keselamatan (العافية) di dalam tersebut adalah keselamatan daripada perkara-perkara merosakkan agama serta kesusahan dunia. Dikatakan juga, keselamatan daripada penyakit-penyakit dan bala-bala. [Lihat: Mir’ah al-Mafatih, 139/8]

4. Daripada Anas bin Malik RA berkata:

كَانَ يَقُولُ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksudnya: Adapun Rasulullah berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

(Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak[1], gila, kusta[2] dan penyakit-penyakit yang buruk)”.” [Riwayat Abu Daud (1554)] [Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’outh sanad hadith ini adalah sahih]

Selain dari berdoa, ada beberapa selawat juga dianjurkan. Antaranya:
Selawat Syifa


Selawat Tafrijiyyah




** Nota: Ada sebilangan ulama menafsirkan dua selawat di atas sebagai bidaah kerana berpaksikan pada manusia. Namun, saya berpegang pada bahawa ia usaha dan selawat ke atas baginda Rasul S.A.W memang dianjurkan. Bergantung kepada niat dan percayalah bahaya kuasa itu ditangan Allah sahaja dan tiada pada makhluk yang lain.

Woe to the unjust!

Wednesday, December 18, 2019

After a while the web was left out by us, I'm back to write. This time is about the unjust and discriminatory act of many of us. Beware, as Allah S.W.T expressly stated in the Quran,

Allah swt said,
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَٰفِلًا عَمَّا يَعۡمَلُ ٱلظَّٰلِمُونَۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمۡ لِيَوۡمٖ تَشۡخَصُ فِيهِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ
“And do not think that Allah is ignorant of what the unrighteous do. Verily, Allah will delay them until the day when their eyes are opened.” (QS.Ibrahim:42)

ٱلۡيَوۡمَ تُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا كَسَبَتۡۚ لَا ظُلۡمَ ٱلۡيَوۡمَۚ إِنَّ ٱللَّهَ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ
“Today every soul is rewarded according to what it has done. No one was harmed today. Indeed, Allah is very quick in His calculations.” (QS.Ghafir:17) 

But, there are still people, especially muslim whom choose to do unjust and telling lies. And Allah S.W.T has clearly said that these people will definitely be punished.

From Abu Hurairah RA, the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: "Whoever commits (committing) cruelty to his brother, let him free himself from that (forgiveness) because indeed (on the Day of Judgment) the dinar and dirham will not avail anything, before his kindness was taken for his brother (to compensate for the injustice done). If he has no good, then his brother's evil will be taken away and thrown upon him. ”(Hadith of al-Bukhari, Hadith No. 6534)
Matan hadith :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَانَتْ عِنْدَهُ مَظْلِمَةٌ لِأَخِيهِ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهَا فَإِنَّهُ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُؤْخَذَ لِأَخِيهِ مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ أَخِيهِ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ.
]صحيح البخاري , كتاب المظالم , باب من كانت له مظلمة عند الرجل فحللها له هل يبين مظلمته , حديث رقم 6534

Allah has warned to those being unjust, liar, and slandering (being hypocritical)
From Abu Sa'id radhiyallahu 'anhu he said, Allah's Messenger (may peace be upon him) said
إِنَّ أَحَبَّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَأَدْنَاهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ عَادِلٌ وَأَبْغَضَ النَّاسِ
إِلَى اللَّهِ وَأَبْعَدَهُمْ مِنْهُ مَجْلِسًا إِمَامٌ جَائِرٌ
“Sesungguhnya manusia yang paling dicintai oleh Allah pada hari kiamat dan paling dekat kedudukannya di sisi Allah adalah seorang pemimpin yang adil. Sedangkan orang yang paling dibenci oleh Allah dan paling jauh kedudukannya dari Allah adalah seorang pemimpin yang zalim.” (HR. Tirmidzi)
(from: https://www.kiblat.net/2016/04/13/ancaman-nabi-saw-terhadap-pemimpin-zalim-dan-para-pendukungnya/)

Rasulullah SAW said:

وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

“Waspadailah doa orang yang terzalimi, karena tidak ada suatu penghalang pun antara ia dan Allah.” (HR Bukhari).
(from https://www.kiblat.net/2016/08/31/kedzaliman-yang-langsung-mendapatkan-balasan-di-dunia/)

"... And whosoever among you doeth wrong, We will find in him a great punishment" (Al-Furqan: 19).





Other Resources:

Pandai Sahaja Tidak Mencukupi

Wednesday, September 12, 2018

Pandai Sahaja Tidak Mencukupi

Seorang Ayah yang tidak berpendidikan tinggi bersama dengan seorang anaknya yg terpelajar pergi berkemah di suatu tempat...

Mereka mendirikan kemah, lalu pada waktu malam keduanya tertidur...

Beberapa jam kemudian si ayah membangunkan anaknya...

Ayah : cuba kau tenguk di langit, apa yg kau nampak?

Anak : sy melihat jutaan bintang pak...

Ayah : Jadi apakah maksud tu berjuta bintang?

Anak : secara astronomi, ia memberitahu kita bahawa terdapat jutaan galaksi, bintang dan planet di alam semesta...

Si ayah lalu menampar anaknya dengan kuat, lalu berkata :
"Bangang!!! maksudnya, kita punya kemah sudah kena curi.!!!"

Moral : terlalu pandai pun kadang² boleh kasi rosak akal waras kita...😝

Ulasan Ringkas Berkenaan Syiah - Satu Pandangan

Sunday, February 12, 2017

SYIAH..ulasan ringkas dari beberapa orang ustaz. Semoga bermanfaat kepada kita semua.

1. Dr Rozaimi Ramle
https://youtu.be/9uHyfczXqMk

2. Maulana Nasaie Hanaffie
https://youtu.be/tc6GUcYeyYs

3. Dr Fathul Bari
https://youtu.be/KCAalIJEj6c

4. Dr MAZA
https://youtu.be/lzvMd65EBDo

5. Ustaz Shamsuddin
https://youtu.be/p-d7qZeg-Rg

6. Maulana Asri
https://youtu.be/6vXyJ-i0iVU
YouTube
Syiah-Salah Satu Mazhab Islam Atau Agama Baru|Dr Ust Rozaimi Ramle
Jangan LOYAR BURUK dalam BAB BIDA'AH oleh Dr Rozaimi Ramle.

"Bila masuk bab dunia, kamu lebih tahu..." jawapan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apabila sahabat-sahabat bertanya mengapa buah tamar tidak sebaik sebelum ini. Maka jangan kita bermudah-mudah untuk membida'ahkan sesuatu jika ia bersifat keduniaan.

Janganlah kita mencampur-adukkan urusan agama dengan urusan dunia.

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

https://youtu.be/4VEAqWwIjy0
YouTube
“Jangan Loyar Buruk Dalam Bab Bid’ah” // Dr Rozaimi Ramle

--- Sunday, February 12, 2017
 ---

SOALAN POPULAR - SIMPANAN SYARIAH KWSP : ULASAN TAHAP ORANG AWAM oleh Dr Zaharuddin

Monday, August 22, 2016

Dr. Zaharuddin Abd Rahman
SOALAN POPULAR - SIMPANAN SYARIAH KWSP : ULASAN TAHAP ORANG AWAM
1. Mengapa Sekarang baru Simpanan Syariah dilaksanakan?
Tidak salah saya, kesedaran berkaitan hal ini mula bercambah sejak 2007 apabila tersebarnya surat jawapan pihak KWSP kepada satu NGO yang menyebut jumlah caruman terlalu besar lalu berlaku percampuran pelaburan di tempat yang patuh Syariah dan tidak patuh. Maka mungkin ia menjadi salah satu faktor dorongan untuk wujudnya pengasingan bagi pelaburan patuh Syariah yang terasing dari konvesional. Bersyukur, pada tahun 2010, ditubuhkan Jawatankuasa Penasihat Syariah KWSP untuk mula berperanan ke arah Skim Simpanan Patuh Syariah KWSP. Ia memakan masa 6 tahun disebabkan terlalu banyak polisi & prosedur baru perlu disediakan, pengkelasan & penentuan aset, penyediaan sistem, pindaan akta KWSP di Parlimen dan lain-lain. Justeru, akhirnya dibuka kepada ahli untuk pendaftaran pada 8 Ogos 2016. Setahu saya, tiada agenda politik tersembunyi kecuali ia adalah hasil kerja yang panjang dan tersusun, demi menyahut permintaan ahli. Saya adalah di antara mereka yang sangat bersyukur dengan wujudnya pilihan Syariah ini setelah mengharapnya sekian lama. Sebarang langkah menidakkannya adalah TERCELA dan buruk kerana ITU AKAN mengekalkan pencarum Muslim dalam aktiviti pelaburan dan urusan kewangan terlibat riba.
2. Keadah Kira Dividen sama atau tidak? Sudahkan ia patuh Syariah?
Benar, kaedah pengiraan dividen tidak banyak berbeza kerana formula kiraan adalah neutral sifatnya dan agak straight forward. Cuma beza asasnya adalah, semua keuntungan sebenar pada hujung tahun kewangan setelah ditolak kos-kos sebenar dan operasi, maka dari keuntungan sebenar akan dikira jumlah peratusan dividen simpanan Syariah. Ia adalah patuh Syariah semuanya tanpa percampuran pelaburan tidak patuh Syariah dan meragukan. Itu sudah cukup menjadikannya cara kiraan yang adil dan patuh Syariah.
3. Mengapa tiada jaminan dividen 2.5 % sebagaimana Simpanan Konvensional
Dari segi syariah, keuntungan sesuatu pelaburan itu adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan dan risiko pelaburan yang diambil iaitu konsep al-ghunm bil ghurm.
Justeru, tiada boleh dijamin keuntungan kerana salah satu syarat untuk tergolong dalam urus labur patuh Syariah bagi sesebuah kontrak pelaburan adalah TIADA SEBARANG JAMINAN UNTUNG MINIMA. Kontrak hubungan di antara KWSP & pencarum (ahli) adalah Wakalah, ia juga merupakan kontrak amanah yang tidak mengizinkan jaminan diberikan oleh pengurus (wakil kepada prinsipal (pencarum). Namun jika wujud kelalaian dan pecah amanah, barulah wakil boleh pertanggungjawabkan. Dicatat di dalam klausa nombor 768, Majalah al-Ahkam al-‘Adliyah dari hasil kesimpulan ijtihad ulama dari empat mazhab:-
الأمانة غير مضمونة، فإذا هلكت أو ضاعت بلا صنع الأمين ولا تقصير منه لا يلزمه الضمان.
Ertinya: “(Kontrak) amanah tidak boleh dijamin, justeru apabila musnah atau hilang bukan disebabkan perbuatan yang pemegang amanah dan buka asbab kecuaian darinya, tidak boleh dimestikan baginya jaminan (gantian)” (Syarh Al-Majallah, Salim Rustam Baz, hlm 426)
Juga keputusan Majlis Syariah ulama Sedunia dari AAOIFI yang memutuskan sebagai berikut:-
لا يجوز اشتراط الكفالة أو الرهن في عقود الأمانة ..لمنافاتهما لمقتضاها ما لم يكن اشتراطهما مقتصرا على حالة التعدي أو التقصير أو المخالفة....ولا يجوز تسويق عملياتها على أنها استثمار مضمون.
Ertinya: “Tidak harus disyaratkan kafālah atau rahn dalam kontrak-kontrak berstatus amanah (IAITU TERMASUK WAKALAH SEBAGAIMANA DIAMALKAN OLEH KWSP – penterjemah)…disebabkan bercanggah keduanya dengan kandungan kontrak amanah, kecuali jika syarat itu hanya terhad kepada ketika wujdunya kecuaian dan pencerobohan atau percanggahan, …dan tidak harus juga dipromosi seolah produk pelaburan ini adalah sebuah pelaburan yang dijamin”
Selain itu, jaminan keuntungan mengandungi unsur kezaliman terhadap satu pihak iaitu wakil , dimana dia dipertanggungjawabkan atas kerugian sebenar (jika berlaku), padahal wakil tidak lalai dan tidak pula melanggar perjanjiannya. Jika lalai, itu juga tidak boleh menjamin keuntungan, hanya sekadar modal sahaja yang boleh dituntut.
Pun begitu, Simpanan Syariah KWSP pastinya TIDAK akan bermudah-mudah ketika menguruskan dana AMANAH AWAM ini, ia akan PASTINYA diuruskan dengan segala kepakaran dan profesionlisme sebagaimana berpuluh tahun yang lalu, dimana tidak pernah menyaksikan kerugian atau dividen yang kurang dari 4 % sejak tahun 1960.
4. Simpanan Syariah akan memudahkan penyelewengan atas dana ahli dan pencarum kerana sifat tiada jaminan.
Ini merupakan satu telahan berbentuk provokasi berbau politik kepartian yang agak ekstrem, namun hakikatnya, berbanding simpanan konvensional, wang yang diurus di dalam Simpanan Syariah akan terdapat SATU LAGI LAPISAN dan tapisan, iaitu pelaburan dan gunapakai wang ahli dibuat yang dilakukan oleh pihak wakil (Pengurusan KWSP), jika sebelum ini hanya berpandu keputusan dari Panel Pelaburan dan Lembaga, namun bagi simpanan ini, Jawatankuasa Syariah KWSP PERLU dirujuk. Itu bagi memastikan produk dan penggunaannya mematuhi hukum Syariah. Pematuhan Syariah pula bukanlah hanya dari aspek kontrak dan syaratnya sahaja malah mesti mematuhi garis panduan/parameter pelaburan syariah yang ditentukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah, termasuklah tahap risiko, reputasi dan sebagainya. Kuasa ini diberikan oleh Akta KWSP dan Kaedah-kaedah KWSP yang meletakkan Jawatankuasa Syariah dengan kuasa tersendiri. Maka jika dijawab secara 'nakal', simpanan konvensional mungkin lebih besar risikonya.
5. Simpanan Syariah terdedah kepada hilang duit caruman sekaligus juga.
Dalam Seksyen 28 tajuk Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan
“Jika Kumpulan Wang pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa-apa jumlah wang yang Kumpulan Wang dikehendaki membayar di bawah Akta ini, jumlah wang yang dikehendaki dibayar sedemikian hendaklah dipertanggungkan ke atas dan didahulukan kepada Kumpulan Wang daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan (Federal Consolidated Fund) dan Kumpulan Wang hendaklah dengan seberapa segera yang praktik membayar balik kepada Kerajaan Malaysia jumlah wang yang telah didahulukan sedemikian.”
Kesimpulannya, sebagaimana wang simpanan konvensional KWSP, Simpanan Syariah turut termasuk dalam peruntukan seksyen ini, maka kedua-dua tabung simpanan Konvensional dan Syariah terpelihara melalui seksyen ini.
Cuma Simpanan Syariah hanya tiada jaminan dividen 2.5 % sahaja bagi memastikan ia memenuhi syarat kontrak yang patuh Syariah, itu bukanlah muslihat tersembunyi atau ingin disengajakan tiada dividen, tetapi ia adalah KEPERLUAN UNTUK menjadi PATUH Syariah dan hal ini telah dibincang sejak tahun 2010 lagi. Simpanan Konvensional pula, sekalipun terdapat jaminan minima dividen, hasil itu terdedah kepada hasil keuntungan pelaburan tidak patuh Syariah yang akhirnya mesti juga dibersihkan khususnya setelah wujudnya Simpanan Syariah ini.
6. Mengapa tidak ditukar ke akaun Simpanan Patuh Syariah secara automatik untuk semua Muslim?
Ibadah zakat pun tidak boleh diwajibkan secara undang-undang untuk terpotong secara automatik dari pendapatan pekerja Muslim. Kecuali mesti dengan pilihan dan persetujuan pekerja maka barulah selepas itu berlaku secara automatik. Selain itu adalah kerana :-
a. Ciri kewangan dan punya risiko berbeza maka tidak boleh sewenang ditukar tanpa izin dan persetujuan muktamad dari ahli pencarum. Justeru, jika diubah secara automatis, dibimbangi apabila berlakunya perbezaan dividen di antara Syariah dan Konvensional, mereka yang ditukar secara automatik akan membantah dan mempertikai apabila dividen halal lebih rendah (jika lebih tinggi pastinya tiada masalah). Perlu diingat, dividen kedua-duanya kini boleh berbeza, lebih rendah atau lebih tinggi.
b. KWSP tiada menyimpan data lengkap berkaitan status agama ahli/pencarum kerana dahulunya pendaftaran kwsp mengunakan kad pengenalan dan dahulunya tiada status agama disebut di atasnya. Malah DAHULUNYA juga tidak kelihatan keperluan yang jelas bagi KWSP untuk mengambil tahu status agama ahli/pencarumnya, disebabkan sifatnya hanya selaku penyimpan dan pengurus wang saraan pekerja di Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
c. Memerlukan akad dan ijab qabul yang jelas dan memerlukan ahli yang sebenar datang sendiri dan menutup ruang kesilapan dan kesalahan dalam pemberian akad wakalah kepada KWSP. Justeru cap jari adalah kaedah paling selamat memastikan aqad benar-benar mencapai taradhi (full consent).
7. Adakah dividen terdahulu haram?
Dividen dahulu terhasil daripada pelaburan TIDAK patuh Syariah dan ada juga patuh Syariah serta ada juga yang tidak ditentukan statusnya, kerana sebelum ini ia tidak terikat. Adapun, kaedah pengurusan dividen tidak patuh Syariah, terhadap perbezaan pandangan, Majlis Fatwa Kebangsaan putuskan ia tidak perlu dibersihkan bagi sesiapa yang ingin mengubah kepada Simpanan Syariah, atas pelbagai hujjah yang panjang untuk dinyatakan di sini. Namun sesiapa yang TETAP ingin membersihkan, maka dalam masa terdekat pihak KWSP akan mengeluarkan cadangan kaedah dan kiraan. Perlu tunggu sedikit masa lagi akan dikeluarkan oleh pihak KWSP di web mereka.
8. Adakah ahli berdosa sebelum ini kerana pelaburan KWSP bercampur ?
Sebelum wujudnya pilihan Simpanan Shariah, ahli beragama Islam tiada pilihan untuk memastikan simpanannya diuruskan mengikut prinsip syariah, maka pada ketika itu ianya dianggap sebagai bukan pilihannya dan tidak dipertanggungjawabkan sebarang hukum taklifi ke atas ahli disebabkan ia di luar bidang kuasanya. Ia disebabkan simpanan ini merupakan simpanan wajib oleh undang-undang dan kerajaan.
9. Kerajaan hutang KWSP beratus billion, siapa nak bayar dan apa penjelasan?
Jawapan bagi persoalan hutang boleh dibaca dari artikel berikut http://norman-g.blogspot.my/…/08/kwsp-simpanan-shariah.html…
PENUTUP
Begitulah sedikit penjelasan peribadi dengan bahasa ORANG AWAM dari pihak saya, BUKAN diatas kapasiti mana-mana pihak kecuali penjelasan selaku warga Malaysia (jika ada kesalahan fakta, saya akan edit semula), pejuang kewangan Halal dan ahli berdaftar Simpanan Syariah KWSP yang sentiasa inginkan semua umat Islam terselamat dari bahana riba yang boleh menghilangkan keberkatan dalam kehidupan dan keselamatan di akhirat.
Apabila peluang sudah berada di hadapan mata, janganlah beralasan lagi kelak nanti ‘terlewat’. Hal yang sudah diberi ‘kuasa' dan pilihan di tangan sendiri, maka JANGANLAH diabaikan DENGAN SANGKAAN-SANGKAAN yang mungkin merupakan BELITAN Iblis agar si muslim masih terus selesa dalam Riba dengan justifikasi-justifikasi tertentu yang kononnya kelihatan logik namun hakikatnya meminggirkan akhirat. Nauzubillah min zalik.
Saya sedikit dukacita apabila membaca hanya baru sekitar RM 25 billion telah dipohon untuk beralih ke Simpanan Syariah sejak dilancarkan 8 Ogos 2016 yang lalu, kita mengharapkan ia mencecah RM 100 billion di akhir tahun ini. Menurut Walaupun jumlah alokasi awal hanya RM 100 billion namun hingga kini o Pada hari ini, pelaburan KWSP dalam aset-aset patuh syariah telah mencapai 45% (RM295 bilion) daripada keseluruhan pelaburan KWSP. Justeru itu, pihak KWSP bakal menaikkan alokasi Simpanan Syariah sekitar 20-30 billion setiap tahun sekiranya mempunyai permintaan, dan mereka masih mempunyai kapasiti untuk menambahnya tanpa sukar.
TAHNIAH JIKA ANDA MAMPU MEMBACA SEHINGGA DI SINI DENGAN FAHAM DAN TELITI. ANDA MEMANG HEBAT & PUNYAI CIRI PENCINTA maklumat.dan bukannya peminat viral info tanpa nama .!
Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Tamim ad-Dari Bertemu Dajjal - Hadith Sahih

Wednesday, April 27, 2016

Dari Dr Rozaimi Ramle's Channel,
SAHIHKAH HADIS SAHABAT BERJUMPA DAJJAL.

Assalamualaikum.

Ustaz, sahihkah hadis Tamim ad-Dari berjumpa dengan dajjal.

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Ia hadis sahih. Hadisnya sangat panjang.

حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ شَرَاحِيلَ الشَّعْبِيُّ شَعْبُ هَمْدَانَ ، أَنَّهُ سَأَلَ فَاطِمَةَ بِنْتَ قَيْسٍ أُخْتَ الضَّحَّاكِ بْنِ قَيْسٍ ، وَكَانَتْ مِنَ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ ، فَقَالَ : حَدِّثِينِي حَدِيثًا سَمِعْتِيهِ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُسْنِدِيهِ إِلَى أَحَدٍ غَيْرِهِ ، فَقَالَتْ : لَئِنْ شِئْتَ لَأَفْعَلَنَّ ؟ ، فَقَالَ لَهَا : أَجَلْ حَدِّثِينِي ، فَقَالَتْ : نَكَحْتُ ابْنَ الْمُغِيرَةِ وَهُوَ مِنْ خِيَارِ شَبَابِ قُرَيْشٍ يَوْمَئِذٍ ، فَأُصِيبَ فِي أَوَّلِ الْجِهَادِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَلَمَّا تَأَيَّمْتُ خَطَبَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَخَطَبَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَوْلَاهُ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ ، وَكُنْتُ قَدْ حُدِّثْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ أَحَبَّنِي فَلْيُحِبَّ أُسَامَةَ " ،
Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais, saudara perempuan ad-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata: Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. Fathimah berkata: Jika engkau mahu nescaya aku lakukan. Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku.Fathimah berkata: Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda pilihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terbunuh pada permulaan jihad bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah.

 فَلَمَّا كَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قُلْتُ : أَمْرِي بِيَدِكَ فَأَنْكِحْنِي مَنْ شِئْتَ ، فَقَالَ : " انْتَقِلِي إِلَى أُمِّ شَرِيكٍ ، وَأُمُّ شَرِيكٍ امْرَأَةٌ غَنِيَّةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ عَظِيمَةُ النَّفَقَةِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يَنْزِلُ عَلَيْهَا الضِّيفَانُ " ، فَقُلْتُ : سَأَفْعَلُ ، فَقَالَ : " لَا تَفْعَلِي إِنَّ أُمَّ شَرِيكٍ امْرَأَةٌ كَثِيرَةُ الضِّيفَانِ ، فَإِنِّي أَكْرَهُ أَنْ يَسْقُطَ عَنْكِ خِمَارُكِ أَوْ يَنْكَشِفَ الثَّوْبُ عَنْ سَاقَيْكِ ، فَيَرَى الْقَوْمُ مِنْكِ بَعْضَ مَا تَكْرَهِينَ ، وَلَكِنْ انْتَقِلِي إِلَى ابْنِ عَمِّكِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ وَهُوَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي فِهْرٍ فِهْرِ قُرَيْشٍ ، وَهُوَ مِنَ الْبَطْنِ الَّذِي هِيَ مِنْهُ " ، فَانْتَقَلْتُ إِلَيْهِ ،
Maka ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bercakap kepadaku, aku berkata: Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa sahaja yang anda suka. Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Pindahlah kamu ke rumah Ummu Syarik. Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi ramai tetamu. Aku berkata: Aku akan melakukannya. Maka baginda bersabda: Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang ramai tetamu. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap sehingga menampakkan kedua betismu sehingga kaum lelaki akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke rumah sepupu mu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dari Bani Fihr.

 فَلَمَّا انْقَضَتْ عِدَّتِي سَمِعْتُ نِدَاءَ الْمُنَادِي مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِي الصَّلَاةَ جَامِعَةً ، فَخَرَجْتُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَصَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَكُنْتُ فِي صَفِّ النِّسَاءِ الَّتِي تَلِي ظُهُورَ الْقَوْمِ ، فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ ع
َلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ جَلَسَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَضْحَكُ ، فَقَالَ : " لِيَلْزَمْ كُلُّ إِنْسَانٍ مُصَلَّاهُ " ، ثُمَّ قَالَ : " أَتَدْرُونَ لِمَ جَمَعْتُكُمْ ؟ " ، قَالُوا : اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ ، قَالَ : " إِنِّي وَاللَّهِ مَا جَمَعْتُكُمْ لِرَغْبَةٍ وَلَا لِرَهْبَةٍ ، وَلَكِنْ جَمَعْتُكُمْ لِأَنَّ تَمِيمًا الدَّارِيَّ كَانَ رَجُلًا نَصْرَانِيًّا ، فَجَاءَ فَبَايَعَ وَأَسْلَمَ ، وَحَدَّثَنِي حَدِيثًا وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْ مَسِيحِ الدَّجَّالِ ،

Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menyeru mendirikan solat berjamaah. Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam. Aku berada di barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum lelaki. Setelah selesai solat, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda: Hendaklah setiap orang kekal di tempat solatnya. Selanjutnya baginda bersabda: Adakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Akan tetapi aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk memeluk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal

حَدَّثَنِي أَنَّهُ رَكِبَ فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ مَعَ ثَلَاثِينَ رَجُلًا مِنْ لَخْمٍ وَجُذَامَ ، فَلَعِبَ بِهِمُ الْمَوْجُ شَهْرًا فِي الْبَحْرِ ، ثُمَّ أَرْفَئُوا إِلَى جَزِيرَةٍ فِي الْبَحْرِ حَتَّى مَغْرِبِ الشَّمْسِ ، فَجَلَسُوا فِي أَقْرُبْ السَّفِينَةِ ، فَدَخَلُوا الْجَزِيرَةَ ، فَلَقِيَتْهُمْ دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يَدْرُونَ مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ، فَقَالُوا : وَيْلَكِ مَا أَنْتِ ؟ ، فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ ، قَالُوا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ ، قَالَتْ : أَيُّهَا الْقَوْمُ انْطَلِقُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ ، فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ ، قَالَ : لَمَّا سَمَّتْ لَنَا رَجُلًا ، فَرِقْنَا مِنْهَا أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ،
Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju ke suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk duduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.  Mereka berkata: Celaka kau, apakah kamu ini ? Binatang itu menjawab. ‘Aku adalah Al-Jassasah(mata-mata/perisik). Mereka bertanya: Mata-mata apa Dia menjawab: Wahai kalian, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita kamu. Tamim ad-Dari berkata: Ketika binatang itu menyebutkan nama seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan betina.

قَالَ : فَانْطَلَقْنَا سِرَاعًا حَتَّى دَخَلْنَا الدَّيْرَ ، فَإِذَا فِيهِ أَعْظَمُ إِنْسَانٍ رَأَيْنَاهُ قَطُّ خَلْقًا ، وَأَشَدُّهُ وِثَاقًا مَجْمُوعَةٌ يَدَاهُ إِلَى عُنُقِهِ مَا بَيْنَ رُكْبَتَيْهِ إِلَى كَعْبَيْهِ بِالْحَدِيدِ ، قُلْنَا : وَيْلَكَ مَا أَنْتَ ؟ ، قَالَ : قَدْ قَدَرْتُمْ عَلَى خَبَرِي ، فَأَخْبِرُونِي مَا أَنْتُمْ ؟ ، قَالُوا : نَحْنُ أُنَاسٌ مِنَ الْعَرَبِ رَكِبْنَا فِي سَفِينَةٍ بَحْرِيَّةٍ ، فَصَادَفْنَا الْبَحْرَ حِينَ اغْتَلَمَ ، فَلَعِبَ بِنَا الْمَوْجُ شَهْرًا ، ثُمَّ أَرْفَأْنَا إِلَى جَزِيرَتِكَ هَذِهِ ، فَجَلَسْنَا فِي أَقْرُبِهَا فَدَخَلْنَا الْجَزِيرَةَ ، فَلَقِيَتْنَا دَابَّةٌ أَهْلَبُ كَثِيرُ الشَّعَرِ لَا يُدْرَى مَا قُبُلُهُ مِنْ دُبُرِهِ مِنْ كَثْرَةِ الشَّعَرِ ، فَقُلْنَا : وَيْلَكِ مَا أَنْتِ ؟ ، فَقَالَتْ : أَنَا الْجَسَّاسَةُ ، قُلْنَا : وَمَا الْجَسَّاسَةُ ؟ ، قَالَتْ : اعْمِدُوا إِلَى هَذَا الرَّجُلِ فِي الدَّيْرِ ، فَإِنَّهُ إِلَى خَبَرِكُمْ بِالْأَشْوَاقِ ، فَأَقْبَلْنَا إِلَيْكَ سِرَاعًا وَفَزِعْنَا مِنْهَا ، وَلَمْ نَأْمَنْ أَنْ تَكُونَ شَيْطَانَةً ،

Selanjutnya dia berkata: Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang yang pernah kami lihat. Dia diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan, lutut hingga kedua mata kakinya diikat dengan besi. Kami berkata: Celaka kamu, kamu ini siapa? Dia menjawab: Sesungguhnya kamu telah mengetahui tentang ku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu semua ini ?  Mereka menjawab: Kami adalah manusia daripada bangsa Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulau mu ini. Kami duduk di tepi pantainya dan kami masuk ke dalam pulau ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya: Celaka kamu, siapakah kamu ini? Dia menjawab: Saya adalah mata-mata. Kami bertanya: Mata-mata apa? Dia menjawab: Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat rindu kepada berita kamu. Maka kami pun segera datang kepada kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami takut ia adalah syaitan betina.

فَقَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ نَخْلِ بَيْسَانَ ؟ ، قُلْنَا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ ، قَالَ : أَسْأَلُكُمْ عَنْ نَخْلِهَا هَلْ يُثْمِرُ ؟ ، قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ ، قَالَ : أَمَا إِنَّهُ يُوشِكُ أَنْ لَا تُثْمِرَ ؟ ، قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ بُحَيْرَةِ الطَّبَرِيَّةِ ؟ ، قُلْنَا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ ، قَالَ : هَلْ فِيهَا مَاءٌ ؟ ، قَالُوا : هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ ، قَالَ : أَمَا إِنَّ مَاءَهَا يُوشِكُ أَنْ يَذْهَبَ ؟ ، قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ عَيْنِ زُغَرَ ؟ ، قَالُوا : عَنْ أَيِّ شَأْنِهَا تَسْتَخْبِرُ ؟ ، قَالَ : هَلْ فِي الْعَيْنِ مَاءٌ وَهَلْ يَزْرَعُ أَهْلُهَا بِمَاءِ الْعَيْنِ ؟ ، قُلْنَا لَهُ : نَعَمْ ، هِيَ كَثِيرَةُ الْمَاءِ وَأَهْلُهَا يَزْرَعُونَ مِنْ مَائِهَا ،

Orang itu berkata: Ceritakan kepadaku tentang kurma Baisan. Kami menjawab: Tentang apa yang engkau mahu tahu? Makhluk itu berkata: Aku ingin bertanya kepada kamu adakah kurmanya berbuah?. Kami menjawab kepadanya: Ya. Lalu dia berkata: Akan tetapi pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah. Lalu dia berkata lagi: Ceritakan kepadaku tentang Tasek Thabariyyah. Kami pun bertanya: Tentang apa yang ingin kau tahu? Makhluk itu bertanya: Adakah tasik itu masih berair. Mereka menjawab: Ya Tasik itu masih banyak airnya. Dia berkata: Sesungguhnya air tasik itu hampir habis. Dia berkata: Ceritakan kepadaku tentang mata air Zughar. Mereka bertanya: Mengenai apa yang engkau mahu tahu? Dia bertanya: Adakah mata air itu masih memancarkan air? Adakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?. Kami menjawab: Ya. Ia masih berair dan penduduknya masih bercucuk tanam menggunakan airnya.

قَالَ : أَخْبِرُونِي عَنْ نَبِيِّ الْأُمِّيِّينَ مَا فَعَلَ ؟ ، قَالُوا : قَدْ خَرَجَ مِنْ مَكَّةَ وَنَزَلَ يَثْرِبَ ، قَالَ : أَقَاتَلَهُ الْعَرَبُ ؟ ، قُلْنَا : نَعَمْ ، قَالَ : كَيْفَ صَنَعَ بِهِمْ ، فَأَخْبَرْنَاهُ أَنَّهُ قَدْ ظَهَرَ عَلَى مَنْ يَلِيهِ مِنَ الْعَرَبِ وَأَطَاعُوهُ ، قَالَ لَهُمْ : قَدْ كَانَ ذَلِكَ ؟ ، قُلْنَا : نَعَمْ ، قَالَ : أَمَا إِنَّ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ أَنْ يُطِيعُوهُ ، وَإِنِّي مُخْبِرُكُمْ عَنِّي إِنِّي أَنَا الْمَسِيحُ ، وَإِنِّي أُوشِكُ أَنْ يُؤْذَنَ لِي فِي الْخُرُوجِ ،

Dia bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?. Mereka menjawab: Dia telah keluar dari Mekah menuju ke Yathrib. Dia bertanya: Adakah orang-orang Arab memeranginya?. Kami menjawab: Ya. Dia bertanya: Bagaimana caranya dia melayan mereka? Lalu kami menceritakan kepadanya bahawa baginda telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya. Dia bertanya: Benarkah begitu? Kami menjawab: Ya. Dia pun berkata: Adapun, adalah lebih elok mereka mentaatinya. Sesungguhnya aku akan memberitahu kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar.

 فَأَخْرُجَ فَأَسِيرَ فِي الْأَرْضِ ، فَلَا أَدَعَ قَرْيَةً إِلَّا هَبَطْتُهَا فِي أَرْبَعِينَ لَيْلَةً غَيْرَ مَكَّةَ ، وَطَيْبَةَ فَهُمَا مُحَرَّمَتَانِ عَلَيَّ كِلْتَاهُمَا ، كُلَّمَا أَرَدْتُ أَنْ أَدْخُلَ وَاحِدَةً أَوْ وَاحِدًا مِنْهُمَا اسْتَقْب
َلَنِي مَلَكٌ بِيَدِهِ السَّيْفُ صَلْتًا يَصُدُّنِي عَنْهَا ، وَإِنَّ عَلَى كُلِّ نَقْبٍ مِنْهَا مَلَائِكَةً يَحْرُسُونَهَا ، قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَطَعَنَ بِمِخْصَرَتِهِ فِي الْمِنْبَرِ ، هَذِهِ طَيْبَةُ ، هَذِهِ طَيْبَةُ ، هَذِهِ طَيْبَةُ يَعْنِي الْمَدِينَةَ ، أَلَا هَلْ كُنْتُ حَدَّثْتُكُمْ ذَلِكَ ؟ ، فَقَالَ النَّاسُ : نَعَمْ ، فَإِنَّهُ أَعْجَبَنِي حَدِيثُ تَمِيمٍ أَنَّهُ وَافَقَ الَّذِي كُنْتُ أُحَدِّثُكُمْ عَنْهُ وَعَنْ الْمَدِينَةِ وَمَكَّةَ ، أَلَا إِنَّهُ فِي بَحْرِ الشَّأْمِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ ، لَا بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ، مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ، مَا هُوَ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ " ، قَالَتْ : فَحَفِظْتُ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan ke atasku. Setiap kali aku mahu memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap pintu masuk kedua kota itu dijaga oleh para malaikat. Fatimah berkata: Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: lni adalah Thaibah, ini adalah Thaibah, ini adalah Thaibah yakni kota Madinah. Adakah hal ini telah aku sampaikan kepada kamu? Orang ramai menjawab : Benar. Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Aku berasa takjub dengan cerita Tamim ad-Dari. Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di lautan Syam atau di lautan Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur. Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.Selanjutnya Fatimah berkata: Maka aku menghafaz hadis ini daripada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.
[Sahih Muslim, Kitab al-Fitan, hadis no: 2942]

-ADMIN-
Page Ustaz Dr Rozaimi

Lihat pada punca berita

Thursday, February 11, 2016

Setiap kali saya buka FB, pasti akan ada sahaja berita-berita 'sensasi' yang dipaparkan atau di'post' atau di'share' oleh sahabat saya. Hasil dari berita itu, ada yang 'respons' dengan bijak, dan ada yang memberi maklum balas dengan kata kesat.

Paling menyedihkan saya ialah apabila melihat sahabat saya yang ada diantara mereka merupakan orang hebat dalam kerja sukarela dan gemar memberi bantuan sehingga ke luar negara. Namun, menyedihkan apabila mereka ini memberi maklum balas yang tidak menggambarkan peribadi mereka. Ia seperti satu lagi sisi mereka; yakni sisi gelap mereka. Malah ada juga sahabat saya ini yang hebat dalam mendidik dan memberi kursus penambah-baikan diri, tetapi diri sendiri masih gagal dalam memperbetulkan persepsi diri dan juga dalam memperbetulkan langkah sebelum mengedarkan berita-berita 'sensasi'.

Oleh itu, saya rasa perlu untuk memberi sedikit pengalaman saya yang saya kutip sepanjang perjalanan melakukan penyelidikan ketika menyambung pelajaran dalam bidang ijazah sarjana. Ia merupakan sesuatu yang ulama sering ingatkan juga. Ia adalah 'Lihat pada punca' atau 'Kembali kepada punca'. Dalam ISLAM, ia merujuk kepada Al-Quran dan juga Hadith. Namun, dalam berita 'sensasi', ia merujuk kepada punca atau dari mana berita itu disebarkan.

Ketika belajar, apabila membaca sesuatu kertas kerja atau 'publications', ada beberapa perkara yang akan saya lihat;
1. Siapa yang bercakap. Selaras dengan perintah Allah juga untuk melihat siapa yang berkata.
2. Dengan organisasi mana dia dikaitkan. Jika dalam bidang saya, MIT, Microsoft, UC, CyberSecurity, etc mempunyai kredibiliti lebih baik berbanding universiti di China.
3. Siapa lagi yang bercakap atau yang dapat mengesahkan apa yang dicakap.
4. Jika tiada (no.3), ada yang mengkritik atau memperbetulkan hipotesis no. 1?

Selepas 4 langkah di atas, baru saya akan merujuk kepada penulisannya semula dan membaca dengan teliti. Setiap lakaran dan gambar dibaca, saya akan lihat dan cuba mencari sesuatu yang akan menjejaskan kredibiliti tulisannya (bukan kredibiliti pengarangnya). Contohnya, jika ada lakaran yang tidak jelas atau perkiraan yang kurang jitu, atau penjelasan yang tidak ampuh.

Dan akhirnya, selepas itu, saya akan membuat kesimpulan saya sendiri. Ini, InsyaAllah, akan memastikan saya hanya menerima dan mempercayai berita yang diyakini benar, dan bukan sekadar cakap kosong.

Tukar MB: Selangor vs Kedah vs Terengganu

Wednesday, February 3, 2016

Suasana politik Malaysia tidak pernah sunyi dari isu dan isu yang paling mendapat perhatian kini ialah pertukaran MB Kedah dan gembar-gembur kedudukan kerusi panas MB Selangor.

Dari kaca mata penulis, ada beberapa perbezaan yang dapat dilihat bagaimana UMNO dan PKR melalui isu ini.



Selangor Kedah Terengganu
Merosakkan reputasi MB dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan dengan rasuah dan kegagalan pentadbiran
Reputasi MB dijejaskan dengan alasan jarang bermesyuarat dengan ahli parti
Tiada
Membazir duit kerana memaksa seorang ADUN meletak jawatan dan PRK diadakan
Tiada PRK
Tiada PRK
ADUN Pembangkang tidak terlibat
ADUN Pembangkang menyuarakan kesepakatan menyokong MB
ADUN Pembangkang tidak terlibat
Mengambil masa lama untuk mendapat kelulusan MB baru
Tidak mengambil masa lama
Tidak mengambil masa lama
Menyebabkan konflik dalaman diantara gabungan parti
Menyebabkan konflik dalaman dalam parti itu sahaja
Konflik dalaman seketika di dalam parti itu sahaja
Peralihan kuasa yang haru-biru
Peralihan kuasa yang ok setakat ini
Peralihan kuasa yang lancar
Di lakukan oleh parti sendiri
Di lakukan oleh parti sendiri
Di lakukan oleh parti sendiri
MB yang diturunkan tiada masalah dengan rakyat.
MB disayangi rakyat
Tak pasti
Pengganti lebih muda
Pengganti dah tua
Pengganti lebih muda
Bekas MB keluar parti
Bekas MB belum umum apa-apa lagi ketika artikel ini ditulis.
Bekas MB masih dalam parti
Selangor negeri yang kaya
Kedah semakin maju dibawah pimpinan MB yang diturunkan dan berjaya menyelamatkan KUIN serta dalam usaha memodenkan Kedah dan membekukan balak.
Tak pasti

Itu sahaja perbedaan yang dapat difikirkan. Dan bila dilihat antara ketiga-tiga negeri yang bertukar MB ini, secara kesimpulannya, boleh dilihat bahawa pergerakan didalam UMNO dalam menukar MB lebih berhemah dari cara PKR menukar MB.

Dari kaca mata seorang rakyat kedah yang menetap di selangor.