Perhatian Orang Boroi - Anda akan mudah lupa.. tambahlah kalau anda melayu

Saturday, October 12, 2013

Orang boroi (berperut buncit) seperti gambar sebelah ni 
atau lebih kurang dikatakan mempunyai risiko untuk hilang ingatan atau nyanyuk apabila tua nanti ialah sebanyak 3 kali ganda daripada orang yang kurus (kurus kering tidak ada dalam perbandingan).


Menurut kajian di Chicago, orang yang mempunyai perut buncit @ boroi mempunyai kadar protein yang rendah kerana kejituan dan kebanyakkan lemak pada perutnya. Ini juga menunjukkan keefisien hati dalam memproses lemak.

Unsur PPARalpha yang mengawal perkara berkaitan lemak dan prosesnya akan berkurangan apabila seseorang itu punya berat berlebihan. Dan unsur ini yang turut berada di otak (hippocampus @ pusat otak) dan mengawal deria ingatan dan keupayaan belajar juga turut terjejas kerana perut yang boroi.

Penemuan itu terhasil dari kajian bersama  Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika dan Universiti Medical Center dalam mencari penyelesaian kepada kelemahan keupayaan belajar dan daya ingatan yang susut.

Sumber: BH, Sabtu, Terbitan 12 Oktober 2013 - Bahagian Dunia, muka surat 46.

Pada pendapat Cikgu, terompah kayu tidak mampu membantu dari segi nyanyuk tetapi mampu dijadikan alat sebatan kepada yang suka tidur lepas makan dan pada yang suka membela perutnya sehingga boroi (kepada boroi original, ia tidak termaktub).

Apa pun... Melayu memang ramai yang boroi (tidak termasuk cikgu sendiri sebab cikgu boroi original.. keh keh keh).. dan kerana melayu juga mudah lupa kata Tun M... maka, pada pendapat cikgu, memang benarlah kajian ini. hmmm...

Bahasa Melayu - No 9 paling banyak diguna pakai...

Monday, October 7, 2013

1. Ni hao
Limau mandarin
 tidak ada kena mengena
dengan bahasa mandarin
(sekadar gambar hiasan)
Kalau ditanya bahasa apa paling banyak digunakan manusia di muka bumi, mungkin sebahagian akan menjawab bahasa Inggeris. Ternyata salah kerana bahasa yang paling banyak digunakan adalah bahasa Mandarin.

Oleh kerana popular, jangan pula beranggapan mudah untuk mempelajarinya kerana menghafal satu perkataan Mandarin mempunyai empat intonasi berbeza dengan empat makna berlainan. Bahasa Mandarin mengalahkan bahasa Inggeris dengan perbandingan 2:1 berdasarkan kajian ke atas lebih sejuta orang.

Untuk mengatakan ‘hello’ dalam bahasa Mandarin adalah ‘ni hao’.

2. Inggeris

Bahasa Inggeris menduduki tangga kedua tertinggi diucapkan manusia di dunia. Ia juga adalah bahasa rasmi yang banyak digunakan di negara dunia.

Antara negara yang mempraktikkan bahasa ini ialah New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, England, Zimbabwe, Afrika Selatan dan Kanada.

Jumlah pengguna bahasa ini adalah 508 juta orang.

3. Namaste

Bahasa ketiga terbanyak digunakan di dunia adalah bahasa Hindi. Bahasa yang digunakan di negara India ini tidak dapat mengungguli bahasa Inggeris kerana ada sebahagian kawasan di India juga menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa harian.

Bahasa ini digunakan 497 juta orang. Ucapan ‘hello’ dalam bahasa Hindi adalah ‘namaste’.

4. Hola


Bahasa keempat terbanyak digunakan adalah bahasa Sepanyol. Di samping digunakan di negara asal iaitu Sepanyol, ia juga boleh dikatakan digunakan seantero Amerika Tengah dan Amerika Selatan termasuk Cuba.

Sejumlah bahasa Sepanyol diserap masuk ke dalam bahasa Inggeris seperti tornado, bonanza, patio, enchilada, taco, grande, alligator, barbeque, bravo, cafetaria, cargo, coccaine, guerrilla, lasso dan lainnya.

Ia digunakan 392 juta manusia. Katakan ‘hola’ untuk mengungkapkan ‘hello’ dalam bahasa Sepanyol.

5. Zdravstvuite

Bahasa kelima terbanyak adalah bahasa Russia. Selain Russia, bahasa ini juga digunakan di Georgia, Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Moldova.

Ia tergolong antara enam bahasa rasmi yang digunakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Digunakan 277 juta manusia, ucapkan ‘zdravstvuite’ apabila ingin menyapa ‘hello’ dalam bahasa Russia.


6. Assalamualaikum

Assalamualaikum adalah perkataan bahasa Arab iaitu salah satu bahasa tertua di dunia. Digunakan di kawasan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Kuwait, Iraq, Syria, Jordan, Lubnann dan Mesir.

Di samping itu, kitab suci al-Quran tertulis dalam bahasa Arab, dengan berjuta-juta orang di negara lain juga menggunakan bahasa ini.

Pada 1974 bahasa Arab ditetapkan sebagai bahasa rasmi keenam di PBB. Digunakan oleh 246 juta manusia, ‘assalamualaikum’ bermaksud salam sejahtera diungkapkan sebagai ganti ‘hello’.


7. Acay

Bahasa ketujuh terbanyak adalah bahasa Benggali. Bahasa yang digunakan di Bangladesh dan wilayah tertentu di India, komuniti di Asia Selatan seperti Burma (suku Rohingya) sedang memperjuangkan bahasa ini untuk menjadi bahasa rasmi ketujuh PBB. Digunakan oleh kira-kira 230 juta orang, katakan ‘acay’ untuk ucapkan ‘hello’.
Roti Benggali.. sekadar hiasan

8. Bom dia

Bahasa kelapan paling banyak dituturkan adalah bahasa Portugis. Kegigihan penjelajah terkenal, Vasco da Gama yang menjelajah tujuh benua untuk mencari daerah jajahan sejak abad ke-12 menjadikan bahasa ini terkenal.

Selain Portugis, Brazil, Macau, Angola, Venezuela, Mozambia dan Timor Timur menggunakan bahasa ini. Pengguna bahasa ini seramai 191 juta orang.

Untuk menyapa ‘hello’ katakan ‘Bom dia’. Unik!


9. Apa khabar

Bahasa kesembilan terbanyak digunakan di dunia adalah bahasa Indonesia. Berasal daripada bahasa Melayu dan banyak digunakan di Indonesia, Malaysia dan Brunei.

Tidak hairan ia tercatat antara paling popular kerana bilangan penduduk Indonesia keempat teramai di dunia. Jumlah pengguna bahasa ini seramai 159 juta orang. 

‘Apa khabar’ semua?


10. Bonjour

Bahasa Perancis menduduki tempat ke-10. Dinobatkan sebagai bahasa romantis selain digunakan di negara asalnya, negara seperti Belgium, Kanada, negara Afrika seperti Rwanda, Cameron, Guinea, Pantai Gading, Congo, Niger juga Haiti.

Daripada penelitian, lebih 30 peratus bahasa Inggeris adalah serapan daripada bahasa Perancis. Antaranya lcarrot, lemon, apricot, saxophone, silhouette, aisle, cream, caramel, croissant dan banyak lagi.

Jumlah penutur bahasa ini seramai 129 juta. Sinari hari anda dengan ucapkan ‘bonjour’ untuk menyapa seseorang.
Roti Perancis... Sekadar Hiasan
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/04Artikel ini dipetik dari Harian Metro Online dan diubah sedikit (dengan memasukkan gambar dan nombor).Satu lagi bahasa yang tertinggal dan melangkaui serta melepasi semua bahasa diatas ialah bahasa SMS :)p/s: .. kena kuasai bahasa ni semua untuk boleh bercakap dimana-mana sahaja.. :)

Hati-hati lelaki yang gemar makan Nasi Arab Khabsa - boleh mati pucuk

Riyadh: Seorang doktor Saudi memberi amaran juadah nasi Kabsa jika dimakan secara berlebihan boleh mengakibatkan mati pucuk.
Dr Ahmed Al Saga, perunding di Hospital Al Nour di bandar raya Makkah, berkata terdapat kepercayaan memakan lemak dan makanan berkolesterol tinggi boleh meningkatkan kebolehan seksual lelaki.

“Kebanyakan orang percaya makan Kabsa bersama makanan berlemak dan berkolesterol tinggi membolehkan mereka menjalani kehidupan seksual lebih baik.
“Kepercayaan itu salah sama sekali...ia sebenarnya sebaliknya,” katanya kepada akhbar Saudi yang berpusat di London.

Menurutnya, pengambilan makanan berkenaan akan menyebabkan lebih banyak darah dalam tubuh mengalir ke perut. “Ini menyebabkan perasaan malas dan letih. Keadaan ini turut menghalang darah daripada sampai ke kemaluan dan memberi kesan teruk pada jangka panjang,” katanya.

Kabsa ialah nasi yang dicampur dengan lemak dan minyak, ayam atau daging dan rempah-ratus.
Foto
NASI Kabsa
Ia menjadi juadah istimewa di Arab Saudi dan negara Arab lain. - Agensi
Seperti dipaparkan di Harian Metro Online
p/s:... aiseh.. kegemaran aku ni... hmmmm

Surat Tun Dr Mahathir ke pada Nik Aziz (1994)

Tuesday, October 1, 2013

Berikut adalah surat TDM kepada Nik Aziz pada tahun 1994,

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (Al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kepada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana Yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

Malah isu ini pernah Nik Aziz bangkitkan kepada Najib agar menarik balik surat dari mantan PM Tun Mahathir. Maknanya memang benarlah surat ini pernah diutuskan kepada Nik Aziz sendiri. Kenapa Nik Aziz tak ceritakan pada penyokong PAS yang lain? Kenapa pula minta Najib tarik balik surat berkenaan? Ini persoalannya sekarang. Apa sebenarnya muslihat Nik Aziz. Hanya dia sahaja yang tahu. Bagaimana pula dengan penyokong PAS yang lain nak hujah? Tahu ke tidak pasal surat ni?


Prof cakap:

oooo... cuma tak de salinan gambar surat original je... hanya yang tahu kebenarannya ialah Nik Aziz. Dan jika benar Nik Aziz seorang yang jujur dan layak dipanggil ulama', maka mungkin dia tidak keberatan untuk pamerkan surat tersebut pada akhbar dan media arus perdana.... itupun kalau dia menyokong usaha mencari kebenaran la.. bukan main tangkap mulut bercakap je.. bukti melawan mau ada...

p/s: kalau tak berani... mau kasi penampaq dengan selipaq jepun je kat org yg cakap Tun M tentang hudud... huh

Dengan satu kalimah... ISLAM hidup atau mati

Monday, September 30, 2013

Semuanya bermula dengan kalimah 'ALLAH' ...



 Oleh itu sahabat ku semua.... jangan pandang remeh permintaan mereka...

PENJELASAN RINGKAS HABIBANA MUNZIR AL MUSAWA SEPUTAR HADITS

Friday, September 27, 2013


PENJELASAN RINGKAS HABIBANA MUNZIR AL MUSAWA SEPUTAR HADITS

Berkata Habibana :
Hukum hadits dan Ilmu hadits itu tak ada di zaman Rasulullah saw, ilmu hadits itu adalah Bid'ah hasanah, baru ada sejak Tabi'in, mereka membuat syarat perawi hadits, mereka membuat kategori periwayat yg hilang dan tak dikenal, namun mereka sangat berhati hati karena mereka mengerti hukum, bila mereka salah walau satu huruf saja, mereka bisa menjebak ummat hingga akhir zaman dalam kekufuran, maka tak sembarang orang menjadi muhaddits, lain dengan mereka ini yg dengan ringan saja melecehkan hadits Rasulullah saw.

Sebagaimana para pakar hadits bukanlah sebagaimana yg terjadi dimasa kini yg mengaku ngaku sebagai pakar hadits, seorang ahli hadits mestilah telah mencapai derajat Alhafidh, alhafidh dalam para ahli hadits adalah yg telah hafal 100 ribu hadits berikut hukum sanad dan matannya, sedangkan 1 hadits yg bila panjangnya hanya sebaris saja itu bisa menjadi dua halaman bila ditulis berikut hukum sanad dan hukum matannya, lalu bagaimana dg yg hafal 100 ribu hadits?.

Diatas tingkatan Al Hafidh ini masih adalagi yg disebut Alhujjah, yaitu yg hafal 300 ribu hadits dengan hukum matan dan hukum sanadnya, diatasnya adalagi yg disebut : Hakim, yaitu yg pakar hadits yg sudah melewati derajat Ahafidh dan Alhujjah, dan mereka memahami banyak lagi hadits hadits yg teriwayatkan.
(Hasyiah Luqathuddurar Bisyarh Nukhbatulfikar oleh Imam Al Hafidh Ibn Hajar Al Atsqalaniy).

Diatasnya lagi adalah derajat Imam, sebagaimana Imam Ahmad bin Hanbal yg hafal 1 juta hadits dengan sanad dan matannya, dan Ia adalah murid dari Imam Syafii rahimahullah, dan dizaman itu terdapat ratusan Imam imam pakar hadits.

Perlu diketahui bahwa Imam Syafii ini lahir jauh sebelum Imam Bukhari, Imam Syafii lahir pada th 150 Hijriyah dan wafat pd th 204 Hijriyah, sedangkan Imam Bukhari lahir pada th 194 Hijriyah dan wafat pada 256 Hijriyah, maka sebagaimana sebagian kelompok banyak yg meremehkan Imam syafii, dan menjatuhkan fatwa fatwa Imam syafii dg berdalilkan shahih Bukhari, maka hal ini salah besar, karena Imam Syafii sudah menjadi Imam sebelum usianya mencapai 40 tahun, maka ia telah menjadi Imam besar sebelum Imam Bukhari lahir ke dunia.

Lalu bagaimana dengan saudara saudara kita masa kini yg mengeluarkan fatwa dan pendapat kepada hadits hadits yg diriwayatkan oleh para Imam ini?, mereka menusuk fatwa Imam Syafii, menyalahkan hadits riwayat Imam Imam lainnya,

seorang periwayat mengatakan hadits ini dhoif, maka muncul mereka ini memberi fatwa bahwa hadits itu munkar, darimanakah ilmu mereka?, apa yg mereka fahami dari ilmu hadits?, hanya menukil nukil dari beberapa buku saja lalu mereka sudah berani berfatwa, apalagi bila mereka yg hanya menukil dari buku buku terjemah, memang boleh boleh saja dijadikan tambahan pengetahuan, namun buku terjemah ini sangat dhoif bila untuk dijadikan dalil.

Saudara saudaraku yg kumuliakan, kita tak bisa berfatwa dengan buku buku, karena buku tak bisa dijadikan rujukan untuk mengalahkan fatwa para Imam terdahulu, bukanlah berarti kita tak boleh membaca buku, namun maksud saya bahwa buku yg ada zaman sekarang ini adalah pedoman paling lemah dibandingkan dengan fatwa fatwa Imam Imam terdahulu, terlebih lagi apabila yg dijadikan rujukan untuk merubuhkan fatwa para imam adalah buku terjemahan.

Sungguh buku buku terjemahan itu telah terperangkap dengan pemahaman si penerjemah, maka bila kita bicara misalnya terjemahan Musnad Imam Ahmad bin Hanbal, sedangkan Imam Ahmad bin Hanbal ini hafal 1 juta hadits, lalu berapa luas pemahaman si penerjemah yg ingin menerjemahkan keluasan ilmu Imam Ahmad dalam terjemahannya?

Bagaimana tidak?, sungguh sudah sangat banyak hadits hadits yg sirna masa kini, bila kita melihat satu contoh kecil saja, bahwa Imam Ahmad bin Hanbal hafal 1 juta hadits, lalu kemana hadits hadits itu?, Imam Ahmad bin Hanbal dalam Musnad haditsnya hanya tertuliskan hingga hadits no.27.688, maka kira kira 970 ribu hadits yg dihafalnya itu tak sempat ditulis…!

Lalu bagaimana dengan ratusan Imam dan Huffadh lainnya?, lalu logika kita, berapa juta hadits yg sirna dan tak sempat tertuliskan?, mengapa?

Tentunya dimasa itu tak semudah sekarang, kitab mereka itu ditulis tangan, bayangkan saja seorang Imam besar yg menghadapi ribuan murid2nya, menghadapi ratusan pertanyaan setiap harinya, banyak beribadah dimalam hari, harus pula menyempatkan waktu menulis hadits dengan pena bulu ayam dengan tinta cair ditengah redupnya cahaya lilin atau lentera, atau hadits hadits itu ditulis oleh murid2nya dg mungkin 10 hadits yg ia dengar hanya hafal 1 atau 2 hadits saja karena setiap hadits menjadi sangat panjang bila dg riwayat sanad, hukum sanad, dan mustanadnya.

Bayangkan betapa sulitnya perluasan ilmu saat itu, mereka tak ada surat kabar, tak ada telepon, tak ada internet, bahkan barangkali pos jasa surat pun belum ada, tak ada pula percetakan buku, fotocopy atau buku yg diperjualbelikan.

Penyebaran ilmu dimasa itu adalah dengan ucapan dari guru kepada muridnya (talaqqiy), dan saat itu buku hanyalah 1% saja atau kurang dibanding ilmu yg ada pd mereka.

Lalu murid mereka mungkin tak mampu menghafal hadits seperti gurunya, namun paling tidak ia melihat tingkah laku gurunya, dan mereka itu adalah kaum shalihin, suci dari kejahatan syariah, karena di masa itu seorang yg menyeleweng dari syariah akan segera diketahui karena banyaknya ulama.

Oleh sebab itu sanad guru jauh lebih kuat daripada pedoman buku, karena guru itu berjumpa dengan gurunya, melihat gurunya, menyaksikan ibadahnya, sebagaimana ibadah yg tertulis di buku, mereka tak hanya membaca, tapi melihat langsung dari gurunya, maka selayaknya kita tidak berguru kepada sembarang guru, kita mesti selektif dalam mencari guru, karena bila gurumu salah maka ibadahmu salah pula.

Maka hendaknya kita memilih guru yg mempunyai sanad silsilah guru, yaitu ia mempunyai riwayat guru guru yg bersambung hingga Rasul saw.
Hingga kini kita ahlussunnah waljamaah lebih berpegang kepada silsilah guru daripada buku buku, walaupun kita masih merujuk pada buku dan kitab, namun kita tak berpedoman penuh pada buku semata, kita berpedoman kepada guru guru yg bersambung sanadnya kepada Nabi saw, ataupun kita berpegang pada buku yg penulisnya mempunyai sanad guru hingga nabi saw.

Maka bila misalnya kita menemukan ucapan Imam Syafii, dan Imam Syafii tak sebutkan dalilnya, apakah kita mendustakannya?, cukuplah sosok Imam Syafii yg demikian mulia dan tinggi pemahaman ilmu syariahnya, lalu ucapan fatwa fatwanya itu diteliti dan dilewati oleh ratusan murid2nya dan ratusan Imam sesudah beliau, maka itu sebagai dalil atas jawabannya bahwa ia mustahil mengada ada dan membuat buat hukum semaunya.

Maka muncullah dimasa kini pendapat pendapat dari beberapa saudara kita yg membaca satu dua buku, lalu berfatwa bahwa ucapan Imam Syafii Dhoif, ucapan Imam hakim dhoif, hadits ini munkar, hadits itu palsu, hadits ini batil, hadits itu mardud, atau berfatwa dengan semaunya dan fatwa fatwa mereka itu tak ada para Imam dan Muhaddits yg menelusurinya sebagaimana Imam imam terdahulu yg bila fatwanya salah maka sudah diluruskan oleh imam imam berikutnya, sebagaimana berkata Imam Syafii : “Orang yg belajar ilmu tanpa sanad guru bagaikan orang yg mengumpulkan kayu baker digelapnya malam, ia membawa pengikat kayu bakar yg terdapat padanya ular berbisa dan ia tak tahu” (Faidhul Qadir juz 1 hal 433), berkata pula Imam Atsauri : “Sanad adalah senjata orang mukmin, maka bila kau tak punya senjata maka dengan apa kau akan berperang?”, berkata pula Imam Ibnul Mubarak : “Pelajar ilmu yg tak punya sanad bagaikan penaik atap namun tak punya tangganya, sungguh telah Allah muliakan ummat ini dengan sanad” (Faidhul Qadir juz 1 hal 433)

Semakin dangkal ilmu seseorang, maka tentunya ia semakin mudah berfatwa dan menghukumi, semakin ahli dan tingginya ilmu seseorang, maka semakin ia berhati hati dalam berfatwa dan tidak ceroboh dalam menghukumi.

Maka fahamlah kita, bahwa mereka mereka yg segera menafikan / menghapus hadits dhoif maka mereka itulah yg dangkal pemahaman haditsnya, mereka tak tahu mana hadits dhoif yg palsu dan mana hadits dhoif yg masih tsiqah untuk diamalkan, contohnya hadits dhoif yg periwayatnya maqthu’ (terputus), maka dihukumi dhoif, tapi makna haditsnya misalnya keutamaan suatu amal, maka para Muhaddits akan melihat para perawinya, bila para perawinya orang orang yg shahih, tsiqah, apalagi ulama hadits, maka hadits itu diterima walau tetap dhoif, namun boleh diamalkan karena perawinya orang orang terpercaya, Cuma satu saja yg hilang, dan yg lainnya diakui kejujurannya, maka mustahil mereka dusta atas hadits Rasul saw, namun tetap dihukumi dhoif, dan masih banyak lagi contoh contoh lainnya.

walillahittaufiq
======================
Semoga Bermanfaat...