Saya lihat banyak posting kengkawan melalui FB dan Whatsapp yang awal-awal lagi sudah menyerah kalah dan mengeluh. Mengeluh pasal barang mahal, barang sekolah mahal, dan pelbagai keluhan lagi.
Perkara kedua yang negatif dan dilakukan ialah menunding kesalahan pada pihak tertentu. Mulalah pelbagai ungkapan tidak sedap dilontarkan hatta yang berkopiah dan siang malam bercakap pasal kebaikan dan tidak tinggal solat berjemaah pun banyak yang bersikap pointing-finger.
Jika kita lihat, inilah sikap kebanyakkan kita. Lihat sahaja pada ahli sukan negara terutamanya dalam bidang badminton, bola-sepak, dan beberapa sukan utama orang malaysia. Kebanyakkan mereka, belum bermain sudah menunduk kepala menyerah. Kita boleh dengar ungkapan seperti 'Padang yang digunakan ialah padang tiruan dan kita tidak biasa dengannya', 'Pemain kepenatan kerana perjalanan yang jauh', 'mereka lebih handal dan berbadan besar', 'kita tidak biasa bermain di gelanggang ini', dan pelbagai alasan yang menampikan ke'takut'an kita sebelum mula melangkah ke medan 'perang' lagi.
Begitu juga sifat ibu-bapa kini. Lebih banyak mengeluh sedangkan setiap keluhan itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Yang perlu kita lakukan ialah membuat perancangan dan pengorbanan.
Inilah yang saya lakukan dalam memastikan saya mampu lalui 2016 ini.
Saya sendiri akan melakukan 'window-shopping' sekurang-kurangnya 3 kali untuk melihat dan membandingkan harga. Saya membeli barangan keperluan sekolah di pasaraya Mydin dan saya pilih barangan yang telah dibungkuskan beberapa unit dalam sebungkus. Ini lagi murah. Malah, untuk buku sekolah, apa yang saya lakukan ialah dengan mengambil senarai dahulu dan melihat jika ada yang saya boleh dapatkan lebih murah di kedai buku di luar atau di pasaraya seperti Mydin atau KR1M. Kemudian, senarai itu diperhalusi lagi dan melihat keperluan dan kewajipan membelinya.
Malah, kerana memastikan keperluan anak didahulukan, saya tidak bercuti sangat pada tahun ini. Saya juga memilih menginap disebuah hotel yang memerlukan saya membayar separuh dari kebiasaan saya apabila saya pulang ke kampung.
Selain itu, saya juga mengajar anak saya untuk makan hanya 2 kali sahaja sehari pada waktu cuti. Minum pagi apda pukul 9 atau 10 pagi dan makan tengahari pada pukul 3 atau 4 petang. Dengan cara ini, kami dapat berjimat banyak.
Untuk pakej telefon, saya menggunakan Family package, dan saya syaratkan pada anak-anak saya, hanya menghubungi saya atau isteri sahaja. Untuk internet, saya sudah sediakan TM Streamyx dan ia sudah cukup untuk mereka. Untuk Astro pula, saya hanya langgani basic sahaja. Itu pun sebab tidak boleh gunakan antena.
Saya juga lebih gemar menggunakan motosikal ke tempat kerja kerana lebih jimat dan lebih cepat berbanding menggunakan pengangkutan awam atau kereta. Saya dari mula kerja (tahun 1999 ketika ekonomi lebih gawat dari sekarang) hingga sekarang lebih selesa menunggang motosikal kerana apabila saya kira, ia lebih menjimatkan berbanding alternatif lain walaupun terpaksa berhadapan dengan panas dan hujan.
Tahun depan akan lebih mencabar kerana selain dari hasrat saya untuk menyambung pelajaran, saya juga akan menerima ahli keluarga ke-enam (anak ke-5) dan seperti biasa, isteri akan mengambil cuti tanpa gaji beberapa bulan untuk membesarkan ahli baru ini. Namun, 'as a survival', dan orang ISLAM yang percaya pada qada' dan qadar darinya, saya akan berusaha bersungguh untuk memastikan rezeki saya halal dan tidak disempitkan serta sentiasa melakukan apa yang Allah dan Rasul sarankan. Selebihnya, saya tawakal pada NYA.
PENJELASAN TERHADAP FITNAH AKMAL NASIR
Friday, November 20, 2015
PENJELASAN TERHADAP FITNAH AKMAL NASIR
Kenyataan Akhbar
Dato’ Abibullah Hj Samsudin
Dato’ Abibullah Hj Samsudin
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah sebuah institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1952 pada 13 Oktober 1976 sebagai instutusi yang berorentasikan ekonomi dan kebajikan.
Salah satu program pembangunan ekonomi Islam yang paling berjaya ialah Program Ar Rahnu YaPEIM yang kini telah dilaksanakan melalui 202 buah cawangan di seluruh negara.
Malah YaPEIM adalah pelopor dan peneraju dunia dalam memperkenalkan instrumen Ar Rahnu sejak 1993. Program Ar Rahnu terbukti telah menjana keuntungan yang amat memberangsangkan. Tahun ini sahaja, YaPEIM berjaya menjana pendapatan mencecah RM83 juta dari aktiviti Ar Rahnu. Pendapatan ini telah meningkat sebanyak RM11 juta berbanding RM72 juta tahun 2014.
Selain daripada Ar-Rahnu, YaPEIM kini mula terlibat secara aktif di dalam bidang perniagaan yang lain seperti pasaraya, perniagaan berasaskan emas, bidang keselamatan (termasuk perlindungan takaful dan CCMS) dan pelaburan hartanah. Ketika ini YaPEIM sedang menggerakkan Tabung Ibadah Qurban dan meneliti peluang untuk menceburi di bidang penternakan.
Melalui pelbagai pendekatan ekonomi yang dilaksanakan ini, Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138 juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160 juta sehingga Disember tahun 2015. Berdasarkan Laporan Kewangan 2014, jumlah aset keseluruhan YaPEIM berjumlah RM1.034 bilion.
YaPEIM berjaya menjana pendapatan sendiri tanpa perlu bergantung kepada bantuan (geran) kerajaan dalam pengurusan dan operasinya.
Hasil dari kejayaan dan keuntungan yang dijana melalui pelbagai aktiviti perniagaan pembangunan ekonomi YaPEIM memperkenalkan pelbagai program kebajikan seperti Skim Kecemerlangan Pelajar Nasional – SANTUN (melibatkan 5,200 orang pelajar yang cemerlang termasuk pelajar dari keluarga miskin), Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional (dengan kumpulan sasar 200 ribu keluarga yang berdaftar di bawah e-Kasih), Program Pembangunan Komuniti dan Program Pembangunan Keusahawanan (mencecah 120,000 orang pada penghujung tahun 2015). Untuk rekod, YaPEIM juga merupakan penyedia dana dan pelopor utama bersama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) bagi Skim Pembiayaan Ikhtiar Malaysia di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebelum ianya diambil alih oleh Kerajaan.
Seiring dengan pendekatan YaPEIM yang ingin berkongsi dengan masyarakat dalam melaksanakan pelbagai program kebajikan, YaPEIM turut membuka ruang kepada masyarakat untuk menyumbang melalui skim-skim yang diperkenalkan termasuk melalui Skim Potongan Gaji Bulanan.
YaPEIM sentiasa berpegang kepada prinsip Syariah dan nilai integriti yang tinggi dalam urusan pengoperasiannya
Amat malang bagi umat Islam, walaupun YaPEIM telah menempa pelbagai kejayaan dan telah menebar bakti sejak mula beroperasi, kini YaPEIM terpaksa berdepan dengan pelbagai pertuduhan jahat daripada Akmal bin Nasir, Ketua Cabang PKR Johor Bahru merangkap Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan [National Oversight and Whistleblowers (NOW)] yang bertujuan menjatuhkan reputasi YaPEIM.
Akmal bin Nasir pada 9 November 2015 membuat satu pertuduhan bahawa YaPEIM telah membelanjakan wang sejumlah RM223,000.00 untuk kempen pilihan raya kecil di Parlimen Rompin.
Kemudiannya pada 11 November 2015, Akmal bin Nasir membuat pertuduhan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden serta keluarganya menerima pendapatan keseluruhan sebanyak RM154,700 sebulan.
Pada 13 November 2015, Akmal bin Nasir mengeluarkan lagi kenyataan bahawa terdapat satu skandal melibatkan YaPEIM di mana wang sebanyak RM410,978.56 yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah telah disalahgunakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Y.B Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Akmal bin Nasir menambah bahawa walaupun perjalanan tersebut dikatakan untuk tujuan “Pemantapan dan Pemerkasaan Kelab Santun YaPEIM”, berdasarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang dicaj dan dibayar oleh YaPEIM adalah bersifat sukaria dan langsung tiada unsur amal jariah. Beliau turut menyatakan bahawa pembayaran dibuat menggunakan duit yang dikhususkan untuk kegunaan anak yatim dan miskin.
Namun keesokan harinya pada 14 November 2015 beliau tampil membuat pembetulan jumlah yang dibelanjakan iaitu sebanyak RM590,000.00 yang dibelanjakan di dalam program di Amerika Syarikat dan mendakwa hanya melibatkan 100 orang peserta sahaja.
Terbaru pada 16 November 2015 petang, Akmal Nasir membuat pertuduhan bahawa YaPEIM membelanjakan sebanyak RM290,000.00 bagi penganjuran kursus perkahwinan di Paris yang dirasmikan oleh Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Beliau membuat tuduhan bahawa program tersebut tidak mencerminkan matlamat kebajikan dan amal jariah.
YaPEIM memandang serius segala pertuduhan yang dilemparkan oleh Akmal Bin Nasir kerana ianya telah menyebabkan krisis keyakinan dikalangan penyumbang dan meletakkan YaPEIM di dalam pandangan umum yang sangat buruk. Ianya turut memberi kesan negatif dalam urusan perniagaan YaPEIM. Tuduhan penyalahgunaan dan penyelewangan dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) serta pembaziran adalah tuduhan berat yang berniat jahat dan bermotifkan politik. Lebih mendukacitakan ia telah diterima oleh sebahagian daripada masyarakat di dalam dan luar negara berdasarkan maklumat yang terkandung dalam dokumen dalaman YaPEIM yang dicuri dan kemudiannya diputarbelitkan oleh NOW.
YaPEIM dengan ini menyangkal sekeras-kerasnya segala pertuduhan dan ingin menjelaskan serta menyatakan dengan tegas bahawa:
1. YaPEIM bukanlah sebuah badan kerajaan. YaPEIM adalah sebuah perbadanan yang tertakluk kepada Surat Ikatan Amanah yang berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (selepas ini dirujuk sebagai “Surat Ikatan”).
2. Setakat tahun 2014, YaPEIM telah mengeluarkan sejumlah RM453,089,453.00 bagi tujuan program pembangunan sosio-ekonomi (amal jariah). Dalam tempoh yang sama jumlah kutipan sumbangan amal jariah YaPEIM melalui Skim Potongan Gaji (SPG) dan skim-skim lain hanyalah sebanyak RM334,931,764. Manakala sejumlah RM118,157,689.00 adalah jumlah penambahan dari Dana Perniagaan YaPEIM bagi pengeluaran amal jariah yang diambil daripada sumber dana perniagaan YaPEIM.
Kutipan SPG dan Skim-skim lain RM334,931,764.00
Dana Perniagaan YaPEIM RM118,157,689.00
Jumlah Pengeluaran Amal Jariah RM453,089,453.00
Dana Perniagaan YaPEIM RM118,157,689.00
Jumlah Pengeluaran Amal Jariah RM453,089,453.00
3. Maka tuduhan bahawa YaPEIM menyalahgunakan atau menyeleweng kutipan duit sumbangan amal jariah daripada para penyumbang di bawah Skim Potongan Gaji adalah tidak benar sama sekali dan jelas ianya merupakan satu fitnah jahat yang bertujuan untuk menghakis keyakinan penyumbang kepada institusi perniagaan Islam seperti YaPEIM.
4. Atas sebab itu, tidak timbul sebarang isu kononnya YaPEIM membayar elaun Presiden dan Timbalan Presiden menggunakan duit sumbangan amal jariah melalui Skim Potongan Gaji. Segala pembayaran gaji, elaun dan keseluruhan kos operasi ditanggung sepenuhnya melalui dana daripada aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang dilaksanakan YaPEIM. Lebih penting sejak awal penubuhan hingga kini YaPEIM diaudit oleh Jabatan Audit Negara.
5. Presiden dan Timbalan Presiden telah memberi sumbangan yang besar dan berkesan kepada kemajuan dan perkembangan YaPEIM. Melalui usaha dan komitmen penuh mereka dan disokong pengurusan dan semua kakitangan menjadikan Rezab Pendapatan YaPEIM terus bertambah dengan Aset Bersih sebanyak RM138 juta pada tahun 2014 dan dijangka bertambah menjadi RM160 juta sehingga Disember tahun 2015. Jumlah keseluruhan Aset YaPEIM berjumlah RM1.034 bilion.
6. YaPEIM menjalankan perniagaan seakan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti PNB, Tabung Haji dan Felda. Namun bagi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah tidak menikmati pembayaran bonus dan dividen sebagaimana syarikat berkaitan kerajaan atau institusi korporat yang lain.
7. Berkenaan perlantikan ahli keluarga Timbalan Presiden di dalam YaPEIM, ingin dijelaskan bahawa pelantikan mereka telah dibuat mengikut proses dan prosedur perlantikan yang sah dan tiada peraturan yang menghalang pelantikan ahli keluarga di dalam YaPEIM. Mereka mula dilantik di dalam anak syarikat YaPEIM berdasarkan kelayakan dan keperluan yang wujud. Wan Johan Wan Ismail memiliki ijazah sarjana muda Perancangan, Bangunan dan Perumahan dan Ijazah sarjana (masters) pengurusan Projek daripada Universiti Sains Malaysia manakala Tuan Haji Ismail bin Mohd Nasib pula merupakan pemegang Ijazah Sarjana Kaunseling University of Western Michigan, Amerika Syarikat, post graduate Diploma Universiti Kebangsaan Malaysia dan Sarjana Muda Sejarah, Universiti Malaya. Beliau juga merupakan pensyarah Bachelor of Education TESL Universiti Kebangsaan Malaysia dan jawatan terakhir adalah Pegawai Kebajikan Pelajar, Chicago, Amerika Syarikat. Mereka juga telah memberikan sumbangan kepada pembangunan perniagaan YaPEIM.
8. Setiap aktiviti atau keputusan yang dibuat di dalam YaPEIM adalah berdasarkan kepada polisi yang telah diluluskan oleh Lembaga Pemegang Amanah selaras dengan Surat Ikatan. Ahli Lembaga Pemegang Amanah pula terdiri daripada 12 ahli lembaga dari pelbagai latarbelakang antaranya akauntan, peguam, bekas mufti, rektor universiti, mantan Timbalan Naib Canselor, Pegawai Tinggi Kerajaan dan lain-lain. Selain itu YaPEIM turut dikawal-selia Jawatankuasa Pengawasan Syariah yang sentiasa memantau segala urusan operasi YaPEIM.
9. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh YaPEIM adalah bertujuan untuk memenuhi matlamat penubuhan iaitu pembangunan sosio-ekonomi umat Islam dan kebajikan. YaPEIM telah menjalankan pelbagai program samada di dalam negara mahupun di luar negara. Berkenaan program-program yang dijalankan oleh YaPEIM di luar negara ianya merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru bagi menerapkan nilai-nilai kepimpinan dan keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara selain memastikan kebajikan mereka diberi perhatian. Program-program yang telah dirangka juga adalah bertujuan memberikan peluang kepada pelajar-pelajar untuk berdialog secara terus dengan YB Menteri yang bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Islam. Sepanjang dialog dan interaksi yang dibuat mereka telah diberikan kefahaman dan penerangan berkaitan isu-isu kenegaraan, isu-isu semasa hal ehwal Islam, isu-isu keganasan, LGBT dan lain-lain.
10. YaPEIM ingin menyangkal tuduhan bahawa YB Menteri telah hadir ke program-program anjuran YaPEIM di luar negara adalah untuk bersukaria. YB Menteri telah dijemput oleh YaPEIM bukan sahaja untuk merasmikan dan terlibat di dalam program-program secara langsung dengan para pelajar tetapi juga mewakili YaPEIM dalam mengadakan perbincangan dengan pihak Kedutaan Malaysia dan Education Malaysia yang menjaga secara langsung kebajikan para pelajar Malaysia di luar negara.
11. Berdasarkan fakta-fakta di atas amat jelas sekali bahawa pertuduhan-pertuduhan yang dilemparkan oleh Akmal Bin Nasir dan NOW adalah tidak berasas sama sekali, berunsur fitnah dan berniat jahat. Ianya telahpun berjaya menghakis keyakinan para penyumbang dan dengan persepsi serta pandangan buruk masyarakat dan pelabur terhadap YaPEIM sudah pasti menjejaskan perniagaan dan pertumbuhan YaPEIM sebagai satu badan yang telah banyak menyumbang ke arah pembangunan sosio-ekonomi umat Islam.
12. Tambah memeritkan daripada fitnah ini, adalah kesan kepada penerima-penerima sumbangan amal jariah YaPEIM yang terdiri daripada 200,000 keluarga kumpulan sasar Program Sinar Kasih dan Skim Khairat Nasional, 120,000 usahawan kecil yang terlibat dalam program pembangunan komuniti dan program pembangunan usahawan serta 5,200 pelajar di bawah Skim Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN).
13. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih mempunyai kepercayaan dan terus menyokong YaPEIM dalam menjayakan misi membangun sosio-ekonomi umat Islam di negara ini.
14. YaPEIM dan individu-individu yang kredibilitinya terjejas teruk dengan fitnah NOW akan mengambil tindakan undang-undang dalam masa terdekat. YaPEIM juga memohon kerjasama agensi-agensi penguatkuasaan tertentu bagi menyekat kegiatan jahat NOW mencuri dokumen-dokumen dalaman YaPEIM dan seterusnya menyebarkan maklumat palsu dan memutarbelitkan fakta bertujuan memfitnah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato Seri Jamil Khir Baharom, YaPEIM dan peneraju-peneraju tertinggi YaPEIM.
Dato’ Abibullah Hj Samsudin
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM
nota: seperti dipaparkan di laman facebook YaPEIM.
Labels:
Bahasa Melayu,
ISLAM,
Politik/Politics,
Social
Baiah, sex-maniac dan mentaliti orang malaysia
Friday, September 4, 2015
Ada 3 perkara yang ingin saya nyatakan disini hari ini:
1. Baiah @ Perjanjian Taklik - ketika mengikuti kursus nikah 20 tahun dahulu di ITM dan selepas ini ceramah, forum dan tazkirah di masjid dan surau.. saya difahamkan bahawa hatta kita tulis SMS pun seperti "jika kau tak masak nasi, aku ceraikan kau" atau "jika kau melangkah ke depan, kau boleh balik terus rumah mak bapak kau".. itu pun boleh jatuh talak... inikan pula apabila ia diucap dikhalayak ramai dan diakui serta ditandatangani dalam perjanjian... Dari segi ilmu yang saya pelajari, pastinya sudah jatuh talak itu. Mungkin ulama dan tok guru yang berpengetahuan dalam ilmu ini boleh berbicara (setakat ni kata beberapa orang mufti dan tok guru lebih kurang begitu)
2. Mempopularkan orang 'maniac' seperti sex-maniac, politik-murahan maniac, popularity-maniac - Saya amat berharap sahabat semua tidak ambil kisah dan buat tak peduli je dengan mereka ini. Selagi anda berminat ambil kisah dan bantu mereka dengan tag posting mereka, selagi itu mereka akan meneruskan kerja 'gila' mereka. Adanya yang berminat untuk ambil tahu hal mereka, maka bermakna ada peminat (tidak kira minat kerja gilanya atau benci) kerana setiap kali ada marahkan mereka dan tag posting mereka, maka ramai akan singgah di post mereka untuk ambil tahu dan seterusnya meningkatkan popularity mereka. Ingat sahabat semua.. setiap kali orang singgah melihat posting mereka itu hanya untuk keji dia, maka setiap kali itu juga dia peroleh manfaatnya (macam google adsense, setiap klik akan memberikannya sen/duit)
3. Kelemahan mentaliti orang Malaysia - Sebelum berjuang sudah fikir alasan untuk tidak mampu berjuang jika gagal.. maknanya sudah terfikirkan potensi kegagalan. Sehari sebelum kekalahan Harimau Malaya yang kini menjadi rekod Malaysia Book of Records, jurulatih dan pemain mula mengeluh dengan cuaca dan fizikal yang keletihan.. maka esoknya pemain 'mencuba' untuk main sebaik mungkin yang menyebabkan kekalahan teruk. Mereka sepatutnya bermain sehabis baik bukan mencuba main sebaik mungkin. Begitu juga pemain badminton Malaysia yang kini ketandusan generasi pemenang. Penyakit ini juga telah lama merebak ke sepak-takraw, hoki dan beberapa sukan utama lain. Agak menyedihkan kerana remaja dan belia kita cukup hebat tetapi longlai apabila menjengah dewasa. Sesuatu yang sepatutnya dianalisa oleh persatuan dan diselesaikan secepat mungkin.
sekadar pendapat rakyat marhaen...

Dunia/World,
Malaysia,
Politik/Politics,
Social
Peniaga Kaut Untung
Monday, August 10, 2015
Pernah ke anda semua makan atau beli barang, jumlah harga barang tertera 5sen pada bahagian sen, contohnya, RM11.05, RM199.95 dan sebagainya. Di sebelah ini adalah contoh resit yang saya dapat ketika menjamu selera di sebuah kedai makan seperti tertera diatas (yang tak keluar resit, memang tidak ada .. kalau ada pun dibundarkan ke atas terus). Pengalaman saya berulang kali, apa bila ini berlaku, cashier yang bertugas akan menggenapkan ke atas (tanpa izin) dan memulangkan baki, seperti resit disebelah, RM 14.20. Ini bermakna, kedai itu telah mengambil 5 sen 'tanpa rela' dari pengguna. Alasan yang diberi ialah 'tiada 5 sen'. Pada saya, ini adalah satu rompakan terang-terangan oleh peniaga yang sudah pun mengaut keuntungan. Sudahlah jika harga barang yang ganjil seperti RM19.99, RM17.68, RM14.23 digenapkan ke angka lebih besar sekali gus memberi keuntungan percuma kepada peniaga, 5sen pula digenapkan ke 10sen sekali gus memberi keuntungan 5sen dalam satu resit. Bayangkan jika sebuah pasaraya atau kedai besar yang sehari penggunanya dalam 100 orang, pastinya dalam sehari telah mengaut RM5 dari pengguna yang tidak ambil kisah 5sen ini. Sebulan, peniaga ini sudah ada lebihan RM150 didalam akaunnya secara percuma. ini untuk 5sen. Bagaimana pula dengan sen yang dibundarkan keatas? Tidak dinafikan ada juga harga yang dibundarkan kebawah seperti dalam resit ini, tetapi ia tidak menjejaskan keuntungan peniaga ini kerana yang dibundarkan ialah servis charge dan bukan harga barangnya.
You can make a different bro. Minta balik 5sen anda... Kalau tak nak, boleh masukkan ke tabung surau.
p/s: Kalau 5sen aku berkira... bayangkan jika berbilion hilang begitu sahaja.. pasti aku lagi berkira.
Labels:
Bahasa Melayu,
Economy/Ekonomi,
Malaysia,
Social
Orang kita panik tak sudah
Wednesday, April 1, 2015
Cerita tepi jalan bebaru ni..
member++: Bro/hang/li .. hang tak pi shopping ke. 1/4 ni GST bro
aku: Nape?
member++: sure banyak naik harga nyer.. lepas ni semua kena GST bro..
aku: ooo... ye ke.. setahu aku bnyk juga barang keperluan aku tak kena GST
member++: tak kena pun, nanti ko gi beli barang, parking keta pun kena bro..
aku: Aku gi Tesco, Giant, Mydin, Kedai runcit yang parking free.. Yang ada kena bayar pun kat AEON tu je.. setakat 6% untuk tu, aku tak terjejas sangat la.. Bukan aku g selalu pun AEON tu.. sebulan sekali dan setiap kali pergi, parking aku sama ada free atau RM1.. kalau campur 6% .. paling tinggi pun 10 sen je tambahan aku kena bayar
member++: ye la, nanti megi dan sardin pun GST.. jgn cakap ko tak makan
aku: oooo... baguslah.. kurang sikit makan benda tak sihat :) .. lagipun megi dan sardin kat rumah aku cuma dlm 2 bungkus or 4 tin sardin paling kuat.. so, tak banyak impak :). Ko beli bebanyak buat stok tu berapa lama tahan? lepas tu barang2 tu semua ko tengok expiry date tak? kang beli tak leh guna/makan, buat rugi je. Stok bebanyak lepas tu kena makan pula dengan semut/lipas.. rugi je. :)
member++: arrrrr
moral: tak yah nak panik pasal GST ni, InsyaAllah, yakin pada Allah, pasti ada jalannya. Rezeki Allah itu melimpah-ruah. Yang penting, berdoa pada Allah minta dipermudahkan perjalanan hidup kita dan diperluaskan rezeki dan berusaha bersungguh-sungguh :)

Catatan Ringkas Peristiwa BUKIT KEPONG
Monday, February 23, 2015
Peristiwa Serangan Balai Polis Bukit Kepong (23/02/1950)
Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di
Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.
Dalam kejadian tersebut, balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950. Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan menurut kandungan buku "Memoir Abdullah C.D.", diketuai oleh Muhammad Indera, seorang Komunis Melayu yang memimpin 2 platun komunis Melayu. Hal ini juga disahkan oleh Chin Peng semasa wawancara oleh penulis buku Dialogues with Chin Peng: new light on the Malayan Communist Party By C. C. Chin, Karl Hack.
Menurut rancangan asal, Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu hanya sebagai amaran sahaja. Bagaimanapun serangan yang turut disertai Komisar Goh Peng Tun itu bertukar menjadi tragedi buruk.
Pihak komunis mengepung Balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya
mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 0415H. Apabila Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat berduri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.
Sungguhpun dengan kekuatan anggota yang sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.
Sekitar pukul 0500H pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan shotgun digerakkan dari Kampong Jawa di bawah pimpinan Penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk memberi bantuan. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Bren Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 0700H, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Mata-Mata Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam
merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Mata-Mata Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Mata-Mata Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar
Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.
Bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Mukim, Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 anggota AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/ Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari balai polis Bukit Kepong. Keupayaan senjata mereka amat terhad berbanding pengganas komunis yang menggunakan senjata automatik dan separa automatik berbanding raifal, shotgun dan revolver yang dibekalkan kepada penduduk kampung.
Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis. Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Penghulu Ali Mustafa mengarah anggotanya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai. Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam
kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada jam 1000H dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
Apabila pengawal kampung memasuki pekan Bukit Kepong, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Penghulu Ali Mustafa mengambil alih pentadbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar dan Lenga. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapun mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.
Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texas) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.
Mereka yang gugur dalam pertempuran
Anggota Polis
Keluarga Anggota
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
Moga semua mangsa kekejaman komunis mendapat keampunan Allah dan menempatkan mereka didalam syurga dengan redhaNYA kelak.
Kesimpulan:

- Sarjan 2493 Jamil bin Mohd Shah (Ketua Balai Bukit Kepong)
- Koperal 7068 Mohd Yassin bin Haji Wahab (Timbalan Ketua Balai Bukit Kepong)
- Lans Koperal 7186 Jidin bin Omar
- Mata-Mata 9136 Hassan bin Osman
- Mata-Mata 3933 Hamzah bin Ahmad
- Mata-Mata 8600 Jaafar bin Hassan
- Mata-Mata 7493 Muhamad bin Jaafar
- Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Mata-Mata 7862 Abu Kadir Jusoh
- Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
- Mata-Mata Marin 68 Awang bin Ali
- Mata-Mata Marin 181 Basiron bin Adam
- Mata-Mata Tambahan 3475 Mohd Top bin Lazim
- Mata-Mata Tambahan 3795 Jaafar bin Arshad
- Polis Bantuan / Auxiliary Police
- Ins. Kudarina Naknok
- AP 2130 Samad bin Yatim
- AP 1912 Mahmud bin Sa'at
- AP 1925 Ali bin Akob
- AP 2127 Othman Yahya
Keluarga Anggota
- Fatimah binti Yaaba - isteri Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
- Hassan bin Abu Bakar - anak Mata-Mata Marin 37 Abu Bakar bin Daud
- Saadiah - isteri Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Simah binti Abu - anak Mata-Mata 5674 Abu bin Mohd Ali
- Arafah binti Yusoff - isteri Mata-Mata Marin 60 Ibrahim bin Adam
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
- AP 2098 Redzuan bin Alias
- Embong bin Lazim
- Mendiang Koh Ah Cheng
Moga semua mangsa kekejaman komunis mendapat keampunan Allah dan menempatkan mereka didalam syurga dengan redhaNYA kelak.
Kesimpulan:
- Mat Indera BUKAN pejuang kemerdekaan sepertimana kata mat sabu kerana seorang pejuang kemerdekaan tidak membunuh musuh dengan kejam terutamanya kanak-kanak dan wanita.
- Mat Indera dan komunis ibarat ISIS sekarang berdasarkan kekejaman mereka - Maka tidaklah bijak orang yang menyamakannya dengan pejuang kemerdekaan.
- Jika Mat Indera sudah begitu - Maka ketuanya @ Chin Peng merupakan seorang yang kejam juga.
Labels:
Bahasa Melayu,
Malaysia,
Politik/Politics,
Sejarah/History,
Social
Kes Anwar Dari Kaca Mata Pendakwaraya
Sunday, February 15, 2015
Ada beberapa fakta penting yang diungkapkan oleh TSMS (Pendakwa-raya Liwat II):
1. Dalam penghakiman ketika Anwar dibebaskan sebelum ini - Hakim membebaskannya kerana satu masalah teknikal, tetapi mengakui bahawa bukti jelas menunjukkan Anwar seorang yang mengamalkan homoseksual.
2. Masalah teknikal hanyalah pada kotak/karung specimen DNA tetapi tidak pada specimen DNA
3. 14 peguam Anwar tidak pernah mempertikaikan DNA
4. 13 saksi Anwar termasuk isterinya tidak pernah dipanggil. Kenapa?
5. Anwar tidak berani disoal-balas pendakwa-raya. Hebat di jalanan, tetapi penakut nak menjawab soalan pendakwa-raya.
... aaa mana pergi jam famous tu ye... smp sekarang tak jumpa. Kata nak tunjuk kat orang. Malah pelanduk dua serupa dalam cerita satu lagi tu pun tak pernah ditunjuk pun... misteri tak terjawab lagi ni...
Kes Anwar bukan satu konspirasi
15 Februari 2015 12:09 AM
MUKADIMAH : KES Liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermula sejak 2008 telah menemui noktahnya pada 10 Februari lalu apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan Ketua Pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Namun, pelbagai teori konspirasi dan tuduhan yang mengatakan Anwar tidak bersalah, sebaliknya dianiaya oleh “orang jahat” masih dicanang oleh pembangkang bagi meraih simpati dan mengelirukan rakyat. Bagi menjawab tuduhan-tuduhan yang masih berlegar itu, wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR, AMIRUDDIN HARUN dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI telah mewancara TAN SRI DR. MUHAMMAD SHAFEE ABDULLAH yang dilantik mengetuai pendakwaan kes itu pada peringkat Mahkamah Rayuan sehingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan pada Jumaat lalu.
Menurut beliau, keterangan terhadap Anwar dalam kes ini terlalu kuat untuk membuktikan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bersalah sehingga tidak seorang pun daripada 14 orang peguam Anwar berani mempertikaikan fakta kes tersebut.
"Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah," katanya.
MINGGUAN: Selepas 10 Februari lalu, Tan Sri berkata secara profesional berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dan berpendapat bahawa keadilan akhirnya ditegakkan. Bagaimana pula secara peribadi?
MUHAMMAD SHAFEE: Dari segi peribadi, saya tidak ada isu langsung sebab itu satu tugas yang diberikan kepada saya oleh Peguam Negara. Jadi saya laksanakan. Kalau ada pun dari segi peribadi, hanya berkenaan sama ada saya sendiri percaya dengan kesalahan Anwar sebelum saya membuat tugas rasmi tersebut. Sebab, kalau saya sendiri tidak percaya dan saya rasa dia dianiayakan, saya tidak akan buat kes itu. Tetapi saya percaya apabila saya lihat rekod rayuan tersebut. Hari pertama saya dapat (rekod rayuan), saya sudah baca sampai pagi sebab saya hendak tahu dengan jelas. Tidak ada langsung keraguan bagi saya yang Anwar salah. Saya terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar dan sebab asas hanyalah berkenaan dengan beg plastik.
Jadi, Mahkamah Rayuan kata kalau itu sahaja sebabnya, sebab itu tidak bagus kerana kita ada banyak kes keadaan yang sama. Ada kotak yang hancur tetapi di dalam kotak itu ada bahan bukti yang termeterai dalam plastik-plastik berasingan tetapi mahkamah terima asalkan boleh buktikan benda itu tidak tercemar. Semasa ahli kimia terima, dia kata sampel-sampel itu tidak tercemar dan masih lagi sempurna. Satu lagi perkara yang ketara ialah apabila ahli kimia periksa, dia dapat profil asid deoksiribonukleik (DNA) "Lelaki Y". Empat-empat itu dapat "Lelaki Y". Kalau kita bandingkan standard dalam dunia, negara kita dikatakan mempunyai keperluan yang paling tinggi sekali. Kita minta 16 bacaan sepadan.
Dalam tubuh kita, DNA kita ini, berjuta-juta dan trilion lokus (tempat) yang kita ada. Cap jari kita pun berjuta-juta dan trilion lokus. Macam-macam punya berlainan tetapi kita perlukan 16 sahaja. Kalau 16 bacaan sepadan jari kita dengan cap jari, itulah orangnya. Kebarangkaliannya ialah satu bersamaan dengan beberapa quadrilion, bukan trilion. Ertinya mustahil orang lain yang ada sama cap jari termasuk dengan dia (Anwar) ini. Tidak ada jari orang lain yang sama bacaan dengan bacaan yang kita kata 16 tadi.
Sebab negara kita, ada undang-undang yang tidak wajibkan DNA diberi secara sukarela oleh orang yang kena tuduh seperti Anwar. Negara-negara lain diwajibkan. Kalau tidak beri, akan jadi kesalahan undang-undang. Oleh sebab itu, Anwar ambil kesempatan tidak mahu beri langsung DNA. Kalau dia tidak salah, apa yang dia takut tetapi itu hak dia. Apabila dia ditangkap, DNA Saiful sudah hantar kepada ahli kimia dan ahli kimia sudah tahu keputusan tetapi kita tidak tahu siapa "Lelaki Y". Apabila Anwar ditempatkan di dalam lokap, dia diberi tuala Good Morning, berus gigi dan ubat gigi. Dia sendiri bawa masuk satu botol minuman. Isterinya beri dia dua helai tuala yang bersaiz medium.
Apabila dia bangun pagi itu, dia sudah gunakan berus gigi dan ada pengawal yang dengar dia memberus gigi. Air itu juga habis dia minum tetapi botol dia tinggalkan. Dia tinggal ubat gigi, berus gigi dan tuala Good Morning. Yang ini dihantar kepada ahli kimia yang lain. Ahli kimia yang pertama itu namanya Dr. Seah Lay Hong. Ahli kimia kedua yang pakar DNA ini namanya Nor Aidora Saedon. Dia memeriksa DNA tanpa tahu menahu siapa punya DNA, tetapi dia diberitahu lokus yang sama untuk buat perbandingan. Apabila dia periksa, dia pun kata "Lelaki Y" tetapi tidak tahu profil DNA "Lelaki Y" yang itu dan yang ini, sama atau tidak. Apabila Nor Aidora bandingkan, 100 peratus sepadan. Habis cerita. Begitulah betapa kukuhnya kes ini.
Dalam kenyataan Tan Sri tentang ”Anwar Ibrahim Verdict”, kenapa Tan Sri mengharapkan rakyat Malaysia di dalam dan luar negara membaca fakta secara teliti dalam penghakiman sebelum membuat kesimpulan?
MUHAMMAD SHAFEE: Oleh sebab kes kita ini amat kuat. Keterangan terhadap Anwar ini terlalu kuat. Kita tidak boleh pertikai. Tak boleh hendak kata apa-apa pun berkenaan dengan fakta ini. Kalau saya jadi peguam bela dia pun, saya pening kepala sebab keterangan memang kuat. Jadi, oleh sebab keterangan itu kuat, kita berani kata sila masuk, kita tengok keterangan itu. Jangan cerita benda-benda lain. Konspirasilah, itulah dan inilah, semua itu cerita politik untuk propaganda. Kalau kita hendak tahu orang ini dianiayakan atau tidak, kita tengok fakta kes. Mereka tidak berani masuk fakta kes. Saya tidak pernah dengar sekalipun dalam mahkamah dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Persekutuan yang Anwar kata itu bukan DNA dia. Apa yang dia pertikaikan ialah cara DNA itu dikaji, cara analisis itu semua dia kata teknik salah.
Apabila dia beri keterangan dari kandang tertuduh (dock), bukan kandang saksi, jadi dia tidak boleh disoal balas. Jadi, dia penakutlah dan ada yang dia nak sembunyi. Selalunya keterangan dari dock ini, orang-orang yang lemah fikiran dan otaknya tidak pandai. Mungkin orang terlalu muda atau ada cacat sedikit cara pemikirannya. Anwar bukan sebegitu. Anwar cakap lancar, bijak fikiran dan orang yang petah. Pasal apa dia tidak masuk dalam kandang saksi. Walhal subjek, Saiful ini tujuh hari disoal balas dan Saiful sekali pun tidak tersilap dari segi beri keterangan. Jadi, mahkamah jelas. Anwar main sandiwara banyak sangat.
Anwar dan penyokong beliau masih anggap ini merupakan konspirasi politik dan bukan kisah aduan “serangan seksual” majikan ke atas pekerjanya. Apa komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Kalau konspirasi politik, ini bukan baru bermula. Ia bermula daripada kes liwat pertama. Kalau begitu konspirasi, orang yang harus masuk dalam konspirasi ini ialah Karpal Singh juga sebab dia timbulkan perkara ini dalam tahun 1997, setahun sebelum Anwar dibuang kerja. Kita hendak tanya Anwar, konspirasi itu apa maksudnya? Apakah konspirasi untuk kenakan dia atas perkara memang dia lakukan atau konspirasi kenakan dia atas perkara dia tak pernah lakukan. Kalau dia lakukan, kalau orang kata kita perlu siasat dan kenakan dia, itu bukan konspirasi yang salah di sisi undang-undang. Polis pun pakat kalau hendak siasat kes tetapi itu konspirasi yang tidak ada maksud membuat kesalahan undang-undang, sebab itu hak polis untuk siasat termasuk kes liwat kedua ini.
Orang tanya kenapa Saiful pergi jumpa Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum dia kena liwat pada 26 Jun 2008. Menurut Saiful, dia sudah hilang akal berkenaan kepada siapa dia hendak laporkan kerana ini Anwar, Ketua Pembangkang. Dahulu pun, Anwar menang kes itu. Apabila Saiful datang jumpa, Najib terus katakan tidak boleh dan nasihatkan Saiful jumpa Ketua Polis Negara (KPN) pada masa itu. Najib beritahu Saiful perkara ini amat sensitif dan tidak mahu orang buat tuduhan.Apabila Saiful hubungi KPN, beliau pula minta Saiful jangan telefon dia lagi kerana ingat Saiful main-main. Jadi, Saiful serba salah. Apabila perkara 26 Jun 2008 berlaku, Saiful letak jawatan kerana tidak sanggup diliwat lagi sebab sembilan kali dia kena. Saiful kata dia tidak rela tetapi terpaksa menyerah kerana dominasi Anwar terlampau kuat. Hari itu, Saiful kata tidak mahu tetapi Anwar marah dia dan minta dia masuk ke dalam bilik.
Kita hendak tanya di mana kita boleh dapat air mani Anwar? Bukan dia simpan dalam bank. Bukan hanya air mani tetapi air mani itu ada sperma. Dalam kes ini, oleh sebab antara 48 hingga 56 jam, ekor sperma sudah putus sebab proses pembusukan sudah berlaku tetapi tidak begitu ketara. Sebab itu ekor sperma itu tidak ada. Ahli kimia kata proses pembusukan itu tidak mencemarkan. Dia mendapat DNA daripada kepala sperma. Apabila dia pecahkan tiap-tiap kepala, dia ekstrak DNA. Itu yang 16 bacaan menunjukkan Anwar.
Walaupun dengan bukti-bukti kukuh ini, penyokong Anwar masih tidak percaya insiden liwat ini benar-benar berlaku tetapi masih menganggap satu konspirasi.
MUHAMMAD SHAFEE: Dalam mahkamah, peguam Anwar sendiri tidak kata itu bukan dia punya DNA. Jadi, apa yang penyokong-penyokong bising. Peguam dia 14 orang, tidak pernah seorang pun kata itu bukan dia. Hanya mereka mempertikaikan proses analisis. Itu sahaja. Kalau proses analisis itu, macam mana dapat 16 daripada 16 bacaan.
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengatakan hukuman penjara lima tahun itu ialah pengorbanan Anwar untuk rakyat Malaysia. Tidakkah ini mengelirukan rakyat?
MUHAMMAD SHAFEE: Mana ada pengorbanan. Kalau pengorbanan, dia mengaku salahlah. Yang itu baru kita kata korban. Ini dipaksa masuk dalam penjara sebab didapati bersalah sebab dia bohong daripada awal. Awal-awal lagi dia kata pembelaan dia ialah alibi. Sebanyak 13 nama dia beri masuk tetapi seorang pun dia tak panggil sebab daripada awal lagi dia hendak tipu. Dia hendak kata dia bukan di apartment itu tetapi di apartment sebelah. Akhirnya apabila kita tunjuk kamera litar tertutup (CCTV), dia sudah terpegun. Alibi dia semua habis terbang. Saya pun hendak tengok dia panggil Wan Azizah untuk apa. Dalam keterangan dari kandang pun dia tidak kata alibi. Jadi, alibi kira lesap terus.
Anak perempuan Nurul Izzah ada bertanya kepada Anwar, “Atuk, kenapa mereka cakap pasal penjara?” Anwar cakap kepada cucunya, “Orang jahat nak sumbat atuk dalam penjara.” Komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Saya rasa kalau dia kata orang jahat, bukan sahaja mahkamah, dia maksudkan ada konspirasi dengan kerajaan, menteri-menteri, Perdana Menteri, Pendakwa Raya dan polis pun termasuk. Kita tengok konspirasi ini. Ada satu kes di India melibatkan Sushil Sharma yang dipanggil sebagai kes pembunuhan Tandoor. Dia orang politik di Delhi, Ketua Pemuda Parti Kongres, seorang yang berpengaruh. Dia bergaduh dan menembak mati isterinya. Dia bawa mayat perempuan itu ke restorannya dan dimasukkan dalam tandoor untuk dibakar bagi hancur tetapi badan manusia bau kuat.
Polis pun tengok dan nampak ada kaki dan jari tetapi badan hampir hancur. Itu pun DNA ahli politik ini dipertikaikan. Dia kata konspirasi daripada polis, ahli kimia, kerajaan dan macam-macam lagi untuk jatuhkan karier politiknya, sama seperti Anwar tetapi semua bahan bukti ini sudah diperolehi. Dia pun buat alibi tetapi tidak pakai alibi tetapi dia lari dari tempat itu. Dia pun beri keterangan dari dock, macam Anwar 100 peratus.
Kalau konspirasi, mesti ada konspirasi daripada Saiful, kerajaan dan mungkin Kabinet, polis dan empat doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tetapi yang doktor ini menarik. Pada 28 Jun 2008, Saiful pergi ke Hospital Tawakal dahulu tetapi diberitahu hospital itu beroperasi sampai tengah hari dan tidak ada doktor.
Baru dia pergi ke Hospital Pusrawi dan jumpa dengan doktor dari Myanmar yang mahkamah kata tidak jujur. Memang dia mengaku dia buat itu semua silap. Benda yang dia tidak pernah tulis dalam rekod, selepas tiga minggu baru dia tulis untuk menyokong Anwar. Dia yang kata Saiful kena pergi HKL sebab di situ tidak ada forensik.
Apabila sampai HKL 3.30 petang, akhirnya Saiful diperiksa pukul 9.30 malam. Kamu fikirlah kalau ada konspirasi, takkan mereka tidak aturkan untuk permudahkan. Selain itu, ahli kimia pun kena masuk konspirasi. Dua ahli kimia; seorang Cina dan seorang Melayu. Doktor pun ada satu Cina dan tiga Melayu. Selepas itu pegawai penyiasat, timbalan pendakwa raya yang awal dan saya pun mesti ada dalam konspirasi dan hakim pun mesti konspirasi, tetapi hakim pertama buang kes. Mana ada konspirasi.
Kes jenayah ini, semua dikatakan konspirasi, sebaliknya apabila kes sivil yang banyak mereka menang tidak pula dikatakan konspirasi?
MUHAMMAD SHAFEE: Hakim yang dia maki hamun di Mahkamah Tinggi, hakim itu yang bebaskan dia. Apabila hakim itu bebaskan dia, dia kata keadilan ditegakkan. Cuba tengok dalam kes liwat satu, Anwar dilepaskan oleh Mahkamah Persekutuan. Mereka ada baca penghakiman tentang Anwar. Dalam itu, dia kata macam-macam pasal Anwar. Seorang peguam Anwar masa itu, Christopher Fernando muncul di televisyen dan menyatakan ini hari paling istimewa bagi badan kehakiman sebab buang kes ini. Selepas itu, mereka baca keputusan dengan terperinci. Hakim kata, walaupun Anwar dilepaskan atas dasar teknikal, ada bukti-bukti menunjukkan dia homoseksual. Ada aktiviti itu berlaku di Tivoli Villa.
Pada 2014, mereka cuba buat satu permohonan di Mahkamah Persekutuan untuk buangkan kenyataan-kenyataan berkenaan yang hakim Mahkamah Persekutuan dahulu kata, tetapi hakim Mahkamah Persekutuan yang baharu kata tidak boleh kerana ini dapatan fakta daripada mahkamah. Dia kata, kita kekalkan sebab ada dasar dan sebab kukuh kenapa dapatan fakta itu dibuat. Jadi, ia jadi lebih konkrit.
Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong menyatakan Ketua Pembangkang sepatutnya lebih wajar didakwa mengikut Seksyen 377C iaitu bagi kesalahan lebih berat yang akan mendedahkan Anwar kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun. Soalnya, kenapa pasukan Pendakwa Raya memilih untuk mendakwa Anwar di bawah Seksyen 337B yang tidak menetapkan tempoh penjara minimum?
MUHAMMAD SHAFEE: Dalam kes 377C, kita harus tunjukkan dengan begitu jelas yang tidak ada kerelaan dia dan dibuat dengan paksaan. Jadi, Peguam Negara mungkin kata kenapa hendak pergi melalui jalan itu kerana kesalahan itu memang kesalahan, sama ada dengan kerelaan Saiful atau tidak. Hukuman maksimum penjara 20 tahun juga.
Kalau Anwar kena 377C, hukuman penjara minimum lima tahun. Kalau minimum lima tahun, dia mesti terpaksa kena penjara tujuh atau lapan tahun. Lagi satu, dia kena rotan. Orang lebih 50 tahun tidak boleh dirotan kecuali kes 377C sebab kes itu serius. Mungkin sebab itu Peguam Negara tidak mahu kontroversi sangat sebab Anwar sudah berumur dekat 70 tahun. Dia patut berterima kasih kepada Peguam Negara.
Datuk S. Ambiga menyatakan dia kecewa kerana Tan Sri "menyerang" Anwar apabila mengeluarkan kenyataan menghina Anwar selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara selama lima tahun bagi pertuduhan liwat. Tan Sri juga didakwa melanggar hak asasi manusia apabila "menyerang" Anwar yang tidak boleh mempertahankan diri. Komen Tan Sri?
MUHAMMAD SHAFEE: Saya hanya keluarkan kenyataan sebab mula-mula Christopher Leong kata ini bukan pendakwaan tetapi penganiayaan. Sebagai Presiden Majlis Peguam, dia tidak boleh bercakap macam itu. Ertinya apa? Mahkamah buat aniaya, saya buat aniaya dan polis semua buat aniaya. Takkan saya tidak ada hak asasi saya sebagai Pendakwa Raya untuk menegakkan apa yang saya buat itu betul. Saya hanya menjawab. Dia yang buka pekung dulu.
Kemudian Ambiga masuk buat cerita Barisan Nasional (BN) salah langkah untuk mempenjara Anwar. Adakah mahkamah itu sebahagian BN? Sepatutnya Ambiga didakwa menghina mahkamah kerana dia menyabitkan mahkamah seolah-olah sebahagian BN. Saya cadangkan Peguam Negara ambil tindakan. Kalau perkara-perkara begini dikeluarkan, takkan kita tidak boleh jawab? Kalau kita tidak jawab, rakyat masih percaya.
Bagaimana dengan status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh? Adakah ia akan terbatal selepas tempoh 14 hari daripada tarikh sabitan dan hukuman? Tempoh itu mungkin lebih panjang sekiranya Anwar mengemukakan petisyen bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong?
MUHAMMAD SHAFEE: Anwar ada 14 hari untuk kemukakan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. Tetapi yang peliknya, kalau kita hendak minta ampun, kita mesti kata kita salah dan minta ampun. Boleh kita kata kita tak salah tetapi kita hendak minta ampun. Kedua, ini bermaksud dalam 14 hari itu dia masih lagi Ahli Parlimen. Selepas 14 hari itu pun dia masih lagi ahli Parlimen. Sebab badan Parlimen kena bersidang dan membuat keputusan berdasarkan kes ini, dia harus disingkirkan, barulah keahlian hilang. Ini berdasarkan kes Ahli Parlimen daripada DAP, Fan Yew Teng pada 1975.
Sistem kehakiman dan mahkamah kita pada mata dunia sudah teruk sebab diburuk-burukkan dan dihentam. Bagaimana hendak memulihkannya?
MUHAMMAD SHAFEE: Apabila mahkamah buat keputusan setiap kes, hakim mesti tulis alasan penghakiman. Alasan penghakiman itu akan menunjukkan cara perjalanan otak hakim tersebut. Kalau tersalah tulis atau tersalah penghakiman, ia akan tertera dalam tulisan tersebut. Orang boleh baca. Jadi, standard alasan penghakiman mesti dipertingkat. Jadi, bukan sahaja kita tahu bahawa kita buat penghakiman yang baik tetapi orang juga harus tahu dengan membaca alasan yang kita buat keputusan yang baik. Jadi, penghakiman berlaku dan penyaksi penghakiman dilakukan juga mesti ada. Itu dalam bahasa Inggeris kata “not only justice must be done but justice must be seen to be done”. Sebab baru ada keyakinan.
Cara kita kendali dalam mahkamah pun mesti baik termasuk etika dan cara kita dengar. Saya percaya orang Melayu paling bagus sebagai hakim. Kita sabar dan tidak mudah hilang sabar. Bukan kita hendak jadi rasis tetapi peguam bangsa lain pun kata Melayu lebih bagus sebab kita sabar. Kalaulah saya aniaya Anwar, tidak payah tunggu saya mati masuk neraka. Di sini, di dunia saya dah masuk neraka. Kalau tidak jadi kepada saya, mungkin jadi kepada anak atau keluarga saya. Saya berani bersumpah di masjid atau di Mekah bahawa apabila saya buat rayuan kes ini, saya dengan jujur percaya Anwar salah.
Labels:
Bahasa Melayu,
Politik/Politics
Subscribe to:
Posts (Atom)