Lihat pada punca berita

Thursday, February 11, 2016

Setiap kali saya buka FB, pasti akan ada sahaja berita-berita 'sensasi' yang dipaparkan atau di'post' atau di'share' oleh sahabat saya. Hasil dari berita itu, ada yang 'respons' dengan bijak, dan ada yang memberi maklum balas dengan kata kesat.

Paling menyedihkan saya ialah apabila melihat sahabat saya yang ada diantara mereka merupakan orang hebat dalam kerja sukarela dan gemar memberi bantuan sehingga ke luar negara. Namun, menyedihkan apabila mereka ini memberi maklum balas yang tidak menggambarkan peribadi mereka. Ia seperti satu lagi sisi mereka; yakni sisi gelap mereka. Malah ada juga sahabat saya ini yang hebat dalam mendidik dan memberi kursus penambah-baikan diri, tetapi diri sendiri masih gagal dalam memperbetulkan persepsi diri dan juga dalam memperbetulkan langkah sebelum mengedarkan berita-berita 'sensasi'.

Oleh itu, saya rasa perlu untuk memberi sedikit pengalaman saya yang saya kutip sepanjang perjalanan melakukan penyelidikan ketika menyambung pelajaran dalam bidang ijazah sarjana. Ia merupakan sesuatu yang ulama sering ingatkan juga. Ia adalah 'Lihat pada punca' atau 'Kembali kepada punca'. Dalam ISLAM, ia merujuk kepada Al-Quran dan juga Hadith. Namun, dalam berita 'sensasi', ia merujuk kepada punca atau dari mana berita itu disebarkan.

Ketika belajar, apabila membaca sesuatu kertas kerja atau 'publications', ada beberapa perkara yang akan saya lihat;
1. Siapa yang bercakap. Selaras dengan perintah Allah juga untuk melihat siapa yang berkata.
2. Dengan organisasi mana dia dikaitkan. Jika dalam bidang saya, MIT, Microsoft, UC, CyberSecurity, etc mempunyai kredibiliti lebih baik berbanding universiti di China.
3. Siapa lagi yang bercakap atau yang dapat mengesahkan apa yang dicakap.
4. Jika tiada (no.3), ada yang mengkritik atau memperbetulkan hipotesis no. 1?

Selepas 4 langkah di atas, baru saya akan merujuk kepada penulisannya semula dan membaca dengan teliti. Setiap lakaran dan gambar dibaca, saya akan lihat dan cuba mencari sesuatu yang akan menjejaskan kredibiliti tulisannya (bukan kredibiliti pengarangnya). Contohnya, jika ada lakaran yang tidak jelas atau perkiraan yang kurang jitu, atau penjelasan yang tidak ampuh.

Dan akhirnya, selepas itu, saya akan membuat kesimpulan saya sendiri. Ini, InsyaAllah, akan memastikan saya hanya menerima dan mempercayai berita yang diyakini benar, dan bukan sekadar cakap kosong.

Tukar MB: Selangor vs Kedah vs Terengganu

Wednesday, February 3, 2016

Suasana politik Malaysia tidak pernah sunyi dari isu dan isu yang paling mendapat perhatian kini ialah pertukaran MB Kedah dan gembar-gembur kedudukan kerusi panas MB Selangor.

Dari kaca mata penulis, ada beberapa perbezaan yang dapat dilihat bagaimana UMNO dan PKR melalui isu ini.



Selangor Kedah Terengganu
Merosakkan reputasi MB dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan dengan rasuah dan kegagalan pentadbiran
Reputasi MB dijejaskan dengan alasan jarang bermesyuarat dengan ahli parti
Tiada
Membazir duit kerana memaksa seorang ADUN meletak jawatan dan PRK diadakan
Tiada PRK
Tiada PRK
ADUN Pembangkang tidak terlibat
ADUN Pembangkang menyuarakan kesepakatan menyokong MB
ADUN Pembangkang tidak terlibat
Mengambil masa lama untuk mendapat kelulusan MB baru
Tidak mengambil masa lama
Tidak mengambil masa lama
Menyebabkan konflik dalaman diantara gabungan parti
Menyebabkan konflik dalaman dalam parti itu sahaja
Konflik dalaman seketika di dalam parti itu sahaja
Peralihan kuasa yang haru-biru
Peralihan kuasa yang ok setakat ini
Peralihan kuasa yang lancar
Di lakukan oleh parti sendiri
Di lakukan oleh parti sendiri
Di lakukan oleh parti sendiri
MB yang diturunkan tiada masalah dengan rakyat.
MB disayangi rakyat
Tak pasti
Pengganti lebih muda
Pengganti dah tua
Pengganti lebih muda
Bekas MB keluar parti
Bekas MB belum umum apa-apa lagi ketika artikel ini ditulis.
Bekas MB masih dalam parti
Selangor negeri yang kaya
Kedah semakin maju dibawah pimpinan MB yang diturunkan dan berjaya menyelamatkan KUIN serta dalam usaha memodenkan Kedah dan membekukan balak.
Tak pasti

Itu sahaja perbedaan yang dapat difikirkan. Dan bila dilihat antara ketiga-tiga negeri yang bertukar MB ini, secara kesimpulannya, boleh dilihat bahawa pergerakan didalam UMNO dalam menukar MB lebih berhemah dari cara PKR menukar MB.

Dari kaca mata seorang rakyat kedah yang menetap di selangor.