Asal Usul Bangsa Melayu

Thursday, November 14, 2013

Bijak ke Bodoh? Kalimah 'Allah' ada kaitan dengan Bahasa dan Bangsa Melayu ke?

Monday, November 4, 2013

Setelah berulang kali tertangguh, saya akhirnya dapa meneliti dari awal hingga akhir video yang di lakonkan oleh beberapa orang berfahaman liberalisme yang dianggotai oleh beberapa orang anak muda yang menggelarkan video mereka 'That's effing show".

Boleh lihat di sini http://www.youtube.com/watch?v=vT0O80tuPAA
atau di bawah ini sahaja



Mana kamu belajar bro?

Melihat video ini saya ingin sekali memberi beberapa komen:
1. Pada minit awal, si mamat berjanggut ini menyanyi lagu 'Alalala long....' dan 2 orang berbangsa cina seperti terdiam dan takut menyanyi. Apa yang ingin disampaikan oleh mereka itu pada saat itu pun saya tidak mengerti kecuali satu penghinaan pada kalimah 'Allah'. Ini kerana menyamakan kalimah suci dengan nyanyian tersebut adalah satu penghinaan yang cukup besar dan juga mengatakan bahawa lirik tersebut ibarat satu kalimah suci juga menggambarkan betapa ceteknya pemikiran pelakon dan pengarah video ini.


Perbandingan yang tidak adil

2. Kemudian, ada perdebatan antara 4 orang (dengan 2 dikatakan mewakili melayu dan 2 lagi mewakili bangsa lain dan dilakonkan oleh bangsa india kalau tidak silap saya). Apa yang mereka perdebatkan ialah bahawa kalimah Allah ialah hak eksklusif bangsa Melayu dan merupakan satu kalimah melayu yang hanya terpakai pada bangsa melayu. Juga menyamakan kalimah 'Allah' dengan perkataan dari bahasa lain yang diterima sebagai bahasa melayu dan kononnya penggunaan perkataan lain itu dikatakan akan mengelirukan orang melayu berdasarkan pada keputusan penghakiman berkenaan kalimah 'Allah' dan oleh itu mereka mengeluarkan pendapat bahawa bangsa lain patut menarik balik kebenaran penggunaan perkataan itu untuk tidak mengelirukan bangsa melayu. Dalam hal ini, terdapat begitu banyak sekali kekeliruan dari 4 orang pelakon ini yang pada pendapat saya, menggambarkan betapa tidak berakal mereka ini dalam berbicara dan sekadar melakukan lawak bodoh sahaja. Di sini, saya gariskan beberapa kekeliruan mereka iaitu:

  • Kalimah 'Allah' adalah hak milik mutlak orang melayu sedangkan hakikatnya ialah ia bukan hak milik bangsa melayu, tetapi hak milik agama ISLAM. Maka, sesiapa sahaja dari bangsa apa jua hatta india, cina, nyonya, kadazan, dan iban boleh menggunakan kalimah 'Allah' andai mereka ini beragama ISLAM.
  • Kalimah 'Allah' adalah perkataan bahasa melayu, oleh itu sama sahaja dengan perkataan lain dan bahasa sanskrit, portugis, dan sebagainya, maka hanya bangsa itu sahaja layak menggunakkannya. Dari segi bahasa sendiri mereka sudah keliru. Malahan, bahasa inggeris juga banyak mengguna-pakai perkataan bangsa lain dan bahasa perancis juga banyak diguna-pakai sebagai bahasa yang difahami orang seperti 'bon apetit'. Maka, dalam hal bahasa, tidak ada kesalahan menggunakan perkataan dari bahasa lain andai ia sudah diguna-pakai sejak sekian lama dan difahami oleh sesiapa sahaja. TETAPI, kalimah 'Allah' bukan dari bahasa melayu dan bukan terjemahan dari perkataan tuhan atau 'god' oleh dewan bahasa dan pustaka. Kalimah 'Allah' ialah satu nama khas yang digunakan didalam Al-Quran dan Hadith serta sinonim dengan agama ISLAM bagi merujuk kepada tuhan yang MAHA ESA. Seperti mana orang yahudi memberi nama pada tuhan mereka, dan agama hindu menamakan dewa murugan, begitu juga umat ISLAM yang menggunakan kalimah 'ALLAH' untuk tuhan yang satu dan wajib disembah. Malah, dalam kalimah syahadah juga di terjemahkan kepada 'Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah'. Dewan bahasa dan pustaka tidak menterjemahkan kepada 'Tiada Allah yang layak disembah melainkan Allah' atau 'Tiada tuhan yang layak disembah melainkan tuhan'. Oleh itu, mereka perlu faham akan maksud kata nama khas dan juga bahawa kalimah 'Allah' bukan perkataan dalam bahasa melayu.
  • Keputusan mahkamah mengatakan bahawa kalimah 'Allah' hak mutlak agama ISLAM. Tetapi, ia tidak bermakna bangsa lain atau agama lain tidak boleh menggunakannya didalam percakapan atau penulisan selagi mana ia digunakan untuk menggambarkan akan Tuhan Yang Maha ESA dan bukan mensyirikanNYA sepertimana tertulis didalam Al-Quran melalui surah Al-Ikhlas dan Al-Kafiruun. Mengapa ia tidak dibenarkan diterjemahkan kepada perkataan god dalam majalah mingguan The Herald keluaran gereja? Ini kerana terjemahan itu tidak merujuk kepada Allah tuhan yang Maha Esa dan juga bertujuan mensyirikan Allah dan dari segi perkara terselindung disebaliknya ialah betapa ia boleh digunakan untuk mengelirukan umat ISLAM terutamanya yang senang digoda, yakni golongan gelandangan, miskin tegar dan pemuda-pemudi yang asyik-masyuk dengan hal duniawi.


Kesimpulan

Dengan itu, pada pendapat saya, video ini bukan sahaja menghina dan mencemari institusi ISLAM, malah ia merupakan satu perbandingan bahasa yang dibuat dengan cara semberono @ hentam keromo dan tidak merujuk kepada maksud asal dan bersifat bodoh. Malah, lakunan awal nyanyian itu juga boleh dikategorikan sebagai kurang ajar dan menghina. Dan menyamakan kalimah 'Allah' dengan lain-lain perkataan yang ada dalam bahasa melayu adalah juga satu proses liberalisasi yang cukup jahat dan tidak berlandaskan pada fakta dan ilmu yang tepat.

p/s: Prof rasa nak bagi budak melayu dua orang ni penampar selipar jepun dan menyarankan mereka berdua bertaubat.