LISTEN! LISTEN! LISTEN! - Kalimah popular minggu ini dan dari perspektif aku

Wednesday, January 16, 2013


Selepas kalimah Allah di dendangkan lebih sebulan lebih, kini kalimah terbaru menjadi perbualan di alam maya... yakni kalimah 'LISTEN!' yang berulang kali di ucap oleh panelis didalam satu forum di UUM yang berkaitan dengan Mahasiswa dan Politik... Ternyata, ia dijadikan senjata untuk menabur fitnah merata-rata di alam maya, hatta melalui tazkirah agama pun dimasukkan juga bagi menunjukkan @ memfitnah betapa yang berada di dalam BARISAN ialah orang yang 'bodoh' dan sebagainya.

Namun, adilkah kita jika hanya melihat dari satu perspektif sahaja? Saya ingin kupas cerita ini dengan cara berbeda dan dari perspektif seseorang yang tidak berada disana... tetapi berdasarkan pada laporan rakan-rakan di alam maya...

Di Satu Kampung

Sebuah kisah di sebuah perhimpunan di satu kampung...
Juru acara: kita berhimpun hari ini adalah untuk berbincang mengenai hala tuju penduduk kampung dan kaitan dengan politik negara. Wajar atau tidak kita sebagai warga kampung terlibat secara lansung dengan politik... kita mulakan dengan panel kita ketua kampung.. silakan
Ketua kampung: Pada pendapat saya... bla bla bla bla.....
Wakil JKKK: Saya kurang setuju ... pada pendapat saya... bla bla bla bla...
Wakil Penduduk: Saya suka melihat secara keseluruhannya... pada pandangan saya... bla bla bla bla...
Setelah hampir sejam berbahas berkenaan hal tersebut, juru acara buka pada hadirin untuk soal jawab...
Penduduk 1: Yang dihormati para panelis... saya ingin mengemukakan persoalan dan hujah berkaitan politik dan penduduk kampung ... sebagai warga, wajar kita terlibat dalam politik tetapi jangan sampai berpecah belah kerana berlainan ideologi... bla bla bla bla...
Juru acara: terima kasih.. apa pendapat panelis.. kita mulakan dengan Wakil JKKK lak..
dan sesi berterusan... Tetiba ada seorang penduduk bangun pada masa nak tutup dan di satu sudut, telah disiapkan sahabat untuk merakam...
Penduduk mana ntah: Saya nak tanya mengenai kelas tadika di kampung ni.. kenapa perlu bayar? kenapa tak boleh bagi percuma... kat negara Cuba pun percuma, tapi kenapa hantar sekolah ke tadika kena bayar... ini fakta yang saya dapat...
Ketua Kampung: aaaa.... ni tak de kaitan dengan perbincangan hari ni.. aa tapi biar saya..
Penduduk mana ntah: (terus bertanya lagi ...tanpa sempat panelis jawab)....
Ketua Kampung: (naik marah) dan melakukan rap 'listen' berulang...
Penduduk mana ntah: (dek kerana nak tunjuk terer dan bangang terus menekan dengan soalan diluar topik dan tak de kena mengena dengan tajuk
Ketua Kampung: (dek kerana marah dan tidak bijak dalam kawal emosi ... terus buat rap).
Juru acara: (dek kerana tak de pengalaman.. tergamam dan diam serta membenarkan kedua-dua orang terus memperbodohkan diri masing-masing.. satu tak faham tajuk.. satu lagi tak reti kawal emosi... 2 X 5 je bangangnya)...


Akhirnya.. jadi fitnah kat alam maya kerana video dirakam tak dimuat turun dari mula majlis .. sebaliknya dari waktu tertentu je... hmmmm....

Moral of the story:

1. See from different angle, wider perspective, and from ACTUAL begin and ACTUAL end... not at certain angle, perspective, and time frame
2. KNOW where you are and ASK the RIGHT QUESTION at the RIGHT TIME at the RIGHT PLACE
3. KNOW whom you are and your limit and your audience plus LEARN how TO MANAGE audience because not all audience came to listen to your talk/speech... there are audience came for the purpose of humiliating you or the organizer (I had face few times few audience that came just to show off their intelligence and trying to humiliate the presenter... the BEST you can do when facing them is to put the question on hold for separate discussion or on other forum)
4. CHOOSE the right PANELIST and right MODERATOR.

Sekadar ngomongan kosong di kedai kopi ....

Himpunan Kebangkitan Rakyat (.... rakyat yang sokong PR je ye...) - respon rakyat lain lak

Tuesday, January 15, 2013



Tuntutan dan respon:

1. Menuntut pilihanraya adil dan bersih
respon rakyat: aaaa pada pemilihan PKR pada 2010 pun tak adil dan bersih (rujuk http://jalanpulang1978.blogspot.com/2010/11/pemilihan-pkr-2010-keadilan-untuk.html, http://misaimerah.blogspot.com/2010/11/zaid-ibrahim-mengaku-kalah.html, dan buat google search untuk lebih banyak) dan juga pemilihan DAP yang baru-baru ini boleh tersilap kira 2000 undi hingga ada perbezaan 500 undi... sendiri pun tarak betul... ibarat ketam mengajar anak

2. Bebaskan tahanan ISA
respon rakyat: aaaa.. ada lagi ke? sebab apa kena tahan? cuba check dan tanya dulu sebab apa... jgn main terjah je

3. Martabatkan bahasa ibunda
respon rakyat: selama ini SRJK (C) dan (T) menggunakan bahasa ibunda.. Malah SJK, SJKA, SRA menggunakan bahasa melayu... tak angkat lagi ke?... Rais yatim siap buat bulan bahasa la apa la.. hmmm.. cuba hang cakap sikip macam mana nak martabatkan bahasa ni...

4. Menuntut pendidikan percuma
respon rakyat: aaa... apa maksud percuma dan sampai tahap mana percuma? adakah sekadar yuran (seperti bil air yang hanya 20meter padu dan untuk kediaman pakai meter individu je tapi masa janji tak cakap untuk meter individu)... bagaimana pula dengan kos penginapan, pengangkutan, makan-minum, bahan bacaan, dan sebagainya? adakah kos penginapan orang tinggal di rumah banglo dan rumah kedai sama dan boleh 'cover' sekali? cuba cerita dengan jelas tahap percuma yang dikatakan tu...

5. Selamatkan kg warisan dan tradisi
respon rakyat: kampung buah pala dan kampung melayu serta banyak kampung kat penang habis kena jual dan penduduk kena perambat keluar oleh kerajaan DAP... boleh caya ke ni? keh keh keh

6. Selamatkan Alam Sekitar
respon rakyat: Beribu hektar kat kedah dan kelantan yang dah jadi padang jarak padang tekukur tu apa kes.....

7. Pulangkan royalti minyak
respon rakyat: kena belajar geografi juga... ada kawasan pertindihan, kerjasama, dan juga kawasan yang didalam lingkungan boleh mintak royalti... kena faham baru minta

8. Selamatkan Felda
respon rakyat: Felda masa ditubuhkan dulu, masa daif dulu tak dak sapa nak pandang.. la ni dah hebat, ramai lak berebut... hmmm.... teringat putrajaya masa nak buat, ramai juga yang maki hamun dan cakap membazir.. siap kata nak jual lagi... tapi la ni berebut nak duduk pulak... hmm... sejarah berulang lagi.. sejarah apa ye? sejarah cakap berputar belit... keh keh keh keh...


sekadar respon kosong aaaa...

Kartun politik



di ambil dari FB Anti-DAP Club

What will happen if 'Allah' is used in bible?

Monday, January 14, 2013

Each of us has their own opinion and argument. But I'm stick with mines... to reject the translation of 'God' or 'Lord' in bible to 'Allah' and PAS too agree with that with their new memorandum signed by their Mursyidul Am - Tuan Guru Nik Aziz and PAS president - Tuan Guru Hj Hadi Awang after long discussion within Majlis Syura of PAS (check out the memorandum here). Well at least, they have agreed with Hassan Ali, and all Mufti in Malaysia plus well known Muslim scholar despite we saw and read various news including support from Mat Sabu and Anwar Ibrahim on the translation request.

Now, as the support my argument, I have download a bible produced in 1611 which known as King James Version to read and shows to all MUSLIM of why I don't agree with those people whom support the translation of God and Lord to Allah.
At this chapter, shows statement that Jesus is son of god...

Now.. what happen if God is translated to Allah

So, my dear brother and sisters in ISLAM (all MUSLIM), don't you think this is totally wrong and incorrect? In Al-Quran, Surah Al-Ikhlas clearly stated that Allah is Maha Esa.

Al-Ikhlas: 1- 4

For more discussion on Surah Al-Ikhlas, you may want to check these sites:
http://bahrulkalam.blogspot.com/2012/03/tafsir-surah-al-ikhlas.html
http://www.eramuslim.com.my/tafsir-surah-al-ikhlas/
http://alambuku.tripod.com/pdf/Tafsir+Surah+Al-ikhlas.pdf
http://wirajiwa.bumicyber.com/index.php?option=com_content&view=article&id=13:tafsir-surah-al-ikhlas&catid=1:al-quran&Itemid=17

Or from various tafseer or from many Ulama' @ Ustaz.

Anyway, my point is that, I'm strongly stick to my decision, that is NO to any translation of any non-muslim kitab on god or lord word to Allah or to use Allah in their kitab or speech of which it does not reflecting the ONE and ONLY, Allah S.W.T.


From my 2 cents....

Mengenali golongan dan parti berideologi Khawarij



BARANGKALI sudah tiba masanya masyarakat Islam di dalam negara ini mengenali golongan yang suka memusuhi sesama Islam. Sekiranya kita membedah atau menyelak kitab-kitab agama pasti kita akan bertemu dengan istilah-istilah yang jarang kita dengar tetapi ia sebenarnya amat penting untuk diketahui.
Terdapat banyak musuh Islam yang ingin mengambil kesempatan merosakkan Islam. Tidak hairanlah sekiranya yang memusuhi Islam dan kerajaan Islam itu adalah dalam kalangan orang bukan Islam, tetapi yang lebih bahaya daripada itu adalah musuh dalam selimut iaitu musuh yang terdiri daripada orang Islam sendiri.

Di antara istilah golongan pelampau dalam agama, Islam menamakan mereka ini dengan Khawarij. Siapakah golongan Khawarij ini? apakah kita sudah mengenali mereka? apakah ciri-ciri golongan Khawarij ini?
Apakah kita kurang didedahkan dengan golongan ini kerana kurangnya membaca kitab-kitab agama berhubung dengan Khawarij, atau kebanyakan daripada guru agama yang mengajarkan agama tidak menceritakan akan bahayanya fitnah Khawarij ini. Sebagai seorang Muslim, kita wajib mengetahui perihal Khawarij agar kita tidak terjerumus dalam fitnah Khawarij.

Sejarah awal kemunculan
Permulaan kesesatan golongan Khawarij adalah kesalahan mereka dalam penentuan keimanan seseorang. Mereka berkeyakinan bahawa iman yang sempurna adalah pelaksanaan seluruh ketaatan, jika melakukan dosa besar atau perkara yang diharamkan dianggap tidak memiliki iman sama sekali dan pelakunya akan kekal di dalam neraka.

Kesesatan golongan Khawarij ini dalam masalah iman dan akidah ia telah merebak dan memberi kesan terhadap perkara-perkara berkaitan hal agama lain, termasuklah juga pemahaman mereka terhadap kepimpinan dan pemerintahan. Kalau diteliti sejarah Islam, kemunculan pertama golongan berfahaman Khawarij ini dalam pemerintahan Islam bermula sejak masa pemerintahan Saidina Uthman R.A bahkan fahaman ini ketara menular semasa pemerintahan Saidina Ali R.A. Kesan kepada kesesatan pemahaman mereka tentang agama menyebabkan mereka mempunyai kegemaran mengkafirkan orang yang tidak sehaluan dengan akidah dan pemahaman mereka.

Insan yang mula-mula mengkhabarkan akan kemunculan golongan Khawariji adalah Nabi SAW sendiri. Sekiranya dihimpunkan perkataan Nabi SAW tentang Khawarij pasti akan berjumpa dengan banyak peringatan Nabi SAW terhadap golongan ini. Di antara sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Akan muncul diakhir zaman sekelompok orang yang ciri mereka masih berusia muda dan tidak berilmu. Mereka rajin membaca al-Quran, namun keimanan mereka hanya pada lisan sahaja . Mereka keluar dari agama sebagaimana anak panah keluar dari sasarannya (binatang buruan). Perangilah mereka di mana pun kalian menemuinya! Kerana orang yang memerangi mereka akan meraih pahala besar kelak di hari kiamat." (HR Bukhari dan Muslim)

Kuat beragama
Maka tidak hairanlah sekiranya ada yang melihat seseorang yang nampak kuat beragama dan semangat untuk melaksanakan Islam dalam masa sama turut bersemangat mengkafirkan orang Islam lain yang tidak bersama-sama dengan mereka. Hakikat ini dikhabarkan oleh Nabi SAW seperti hadis di atas.

Ciri-ciri keislaman golongan Khawarij ini hanya kelihatan pada zahirnya sahaja dengan menonjolkan kesolehan mereka melalui solat yang didirikan, puasa yang di lakukan dan bacaan al-Quran yang tidak dapat ditandingi oleh orang lain. Bahkan tidak kurang juga penampilan mereka dari sudut berpakaian kelihatannya seperti orang agama yang banyak ilmunya seperti tajam kopiahnya, besar serbannya, labuh jubahnya dan zuhud kehidupannya.

Sekali pandang amalan agama yang dibuat oleh golongan Khawarij ini nampak mengagumkan tetapi hakikatnya mereka melakukan ibadat itu tidak berpaksikan kebenaran Islam. Segala amal soleh yang dilakukan tidak bermanfaat kerana keyakinan iman dan akidah mereka yang batil. Sabda Nabi SAW dalam hadis lain yang bermaksud: "Di antara kalian pasti menganggap rendah solatnya dibanding solat mereka, serta puasanya dibanding puasa mereka dan mereka (khawarij) itu membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkongnya (yakni tidak faham maknanya dan tidak mengamalkan kandungannya)". (HR bukhari)
Mengapakah perkara ini boleh terjadi? Di manakah kesilapan mereka sehingga golongan Khawarij ini tiada tempatnya di dalam Islam. Banyak faktor menyebabkan golongan Khawarij menyimpang daripada dasar ajaran agama antaranya, tidak memahami intipati ajaran Islam yang sebenar. Mereka memahami Islam tidak berdiri di atas dasar ilmu dan dalil melainkan hanya mengikut hawa nafsu dengan mentakwilkan dan menafsirkan Islam mengikut acuan mereka sendiri bukan dengan kefahaman sahabat dan salafussoleh.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"…Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim".(al-Qosas: 50)

Maka tidak hairanlah bila mana mereka mengkafirkan orang lain yang tidak berhukum dengan hukum Islam atau melakukan dosa besar mereka datangkan dalil daripada ayat al-quran. Maka ayat al-Quran yang digunakan oleh mereka ini ditafsirkan mengikut selera dan kehendak mereka sahaja. Sedangkan para ulama ahli sunnah wal jamaah dari dahulu sehingga hari ini amat berhati-hati menjatuhkan tuduhan kafir kepada seseorang individu muslim kerana terdapat syarat-syarat ketat dan larangan keras oleh agama untuk berbuat demikian dikhuatiri sekiranya tersalah dalam tuduhan kafir, boleh jadi tuduhan kafir itu akan kembali kepada si penuduh.

Wabak Khawarij
Jika hendak diperhatikan, wabak golongan Khawarij pada zaman sekarang ini benar-benar menjalar ke dalam fikiran masyarakat terutamanya dalam bab kepimpinan dan pemerintahan, hasil daripada dakyah beberapa orang pemuka Khawarij yang sentiasa membawa berita berbentuk hasutan dan fitnah bagi meraih pengiku.
Kebanyakan daripada masyarakat awam yang cenderung kepada semangat Islam amat mudah untuk terpengaruh dengan golongan Khawarij ini disebabkan perkataan dalam tutur kata mereka. Golongan Khawarij ini memiliki kelebihan pandai berbicara dan enak didengar. Tetapi segala perkataan mereka itu adalah omong kosong yang tidak memberi manfaat kepada pembentukan peribadi muslim. Benarlah kata Nabi SAW terhadap perkataan golongan Khawarij ini, di mana baginda mengatakan:"Mereka (Khawarij) berbicara dengan sebaik-baik ucapan mereka". (HR Bukhari)

Ucapan-ucapan mereka ini tidak lain hanyalah ingin meraih simpati dan inginkan publisiti murahan disebabkan cita-cita mereka yang inginkan kekuasaan dalam pemerintahan. Jika diteliti, lidah mereka sentiasa berdolak-dalik dalam mengatakan sesuatu perkara. Kadang-kala perkara yang diharamkan dahulu telah menjadi halal pada hari ini. Seolah-olah 'Matlamat menghalalkan cara'. Mereka juga menyangkakan segala perbuatan dan perkataan mereka kepada orang lain yang tidak bersama mereka adalah satu ibadah kepada Allah SWT dan mendapat pahala besar. Malangnya sangkaan mereka itu meleset, apa yang pasti perbuatan dan perkataan mereka itu satu maksiat dan mendapat dosa kering sahaja.

Oleh itu, mengenali sifat golongan Khawarij dengan lebih mendalam amat dituntut agar kita tidak terheret dan terperosok ke lembah fitnah mereka. Tiada cara untuk mengenali golongan Khawarij ini melainkan menimba ilmu dengan ulama ahli sunnah yang berautorirti melalui kaedah 'manhaj al-talaqqi' dan membaca kitab-kitab ulama muktabar. Semoga sedikit pengenalan tentang golongan Khawarij ini dapat membuka minda kita untuk terus istiqamah di atas jalan Islam yang benar dan tidak terpengaruh dengan dakyah golongan Khawarij atau golongan yang terkena syubhat pemikiran Khawarij ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121105/re_06/Mengenali-golongan-dan-parti-berideologi-Khawarij#ixzz2HuNBTfdR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Logo Halal yang diiktiraf

Wednesday, January 9, 2013

(klik untuk paparan lebih jelas)

Kartun menarik di akhbar

Tuesday, January 8, 2013

Kartun menarik di akhbar KOSMO, 08 Januari 2013




hak milik KOSMO.

Pertaruh keamanan untuk demokrasi

Rencana dari Dato' Mukhriz Mahathir di Utusan Malaysia semalam.

Pertaruh keamanan untuk demokrasi

"DIA gila!", jawab spontan seorang wartawan akhbar Mesir kepada saya apabila saya memberitahunya bahawa Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bercadang mengimport "Arab Spring" ke Malaysia.

"Kami yang hendak import keamanan Malaysia ke sini!", katanya dengan nada tegas.

Isu ini timbul pada 11 Disember lepas apabila selesainya beliau menemuramah saya mengenai misi kemanusiaan yang saya ketuai ke Gaza.

Saya minta huraian beliau tentang politik semasa di Mesir memandangkan kedua-dua pihak, baik yang menentang mahupun yang menyokong pindaan hak mahkamah Mesir untuk menyemak keputusan Presiden, menganjurkan demonstrasi jalanan di Dataran Tahrir dan beberapa pusat kunjungan sekitar Kaherah.

Malah dataran di depan Rumah Malaysia di Kaherah juga kadangkala menjadi medan himpunan pendemontrasi kebelakangan ini.

Dari pengamatan saya, seluruh Kaherah menjadi haru-biru bila demonstrasi berlaku di mana sekalipun.

Wartawan tersebut menceritakan bagaimana demonstrasi kini menular menjadi budaya rakyat Mesir yang tidak puas hati atas sebarang perkara - lazimnya isu yang melibatkan kerajaan semasa. "Walaupun presiden sekarang menang dalam pilihan raya, satu-satunya proses demokrasi yang penting, tetapi umum faham bahawa ia bermula dengan demonstrasi yang menjatuhkan Hosni Mubarak dan rejimnya.

Maka walaupun Presiden Mohamed Morsi dipilih melalui proses demokrasi, beliau terpaksa menerima hakikat bahawa rejim yang beliau jatuhkan kini mempunyai hak untuk menggunakan kaedah yang sama, iaitu demonstrasi, untuk meluahkan perasaan tidak puas hati mengenai apa apa perkara semata mata untuk memberi tekanan keatas kerajaan baru ini. Ini sudah tentu menggugat kestabilan politik negara.

Yang mengeruhkan lagi keadaan ialah apabila pihak yang menyokong kerajaan juga berdemonstrasi untuk menunjukkan bahawa kerajaan juga menikmati sokongan ramai. Mujurlah setakat ini kedua-dua kumpulan yang menunjuk perasaan tidak bertembung dan berlaku pergaduhan. (Nota penulis: Pada 21 Disember memang berlaku pergaduhan antara kedua pihak ini mengakibatkan kematian)

Berlatarbelakangkan situasi semasa di Kaherah itu, wartawan Mesir yang sudah beberapa kali ke Malaysia itu menyatakan rasa kagum beliau di atas amalan demokrasi di Malaysia yang perlu dicontohi oleh Mesir. Walaupun rakyat Malaysia majmuk tetapi sistem demokrasi yang diamalkan sejak merdeka mampu memberi hak memilih yang saksama kepada setiap warga yang cukup umur.

Dan ini dilakukan dalam keadaan aman sentosa. "Alangkah nikmatnya jika demokrasi alaf baru yang diamalkan di Mesir dapat meneladani Malaysia", tambah beliau lagi.

Jadi tidak hairanlah reaksi terkejut dan bingung beliau apabila saya maklum bahawa Anwar yang mengaku rapat dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir ingin menggunakan demonstrasi jalanan ala Arab Spring untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Malaysia.

Ironisnya, Mesir menghormati, malah memandang tinggi sistem kerajaan yang digunakan di Malaysia. Beliau langsung tidak nampak sebarang cacat cela dalam sistem demokrasi yang diamalkan Malaysia.

Kalau pun ada, ia merupakan khilaf yang boleh diperbetulkan kerana yang baik itu jauh lebih banyak dari yang buruk. Oleh itu, lebih baik dan mudah jika diperbetulkan sahaja kekhilafan yang ada tanpa perlu terus menukar kerajaan.

Malah Hassan Malik, penasihat ekonomi kepada Presiden Morsi apabila berbincang dengan saya sewaktu beliau mengunjung MITI pada bulan lepas banyak bertanya mengenai bagaimana Malaysia (baca : Kerajaan BN Malaysia) mengurus pembangunan ekonominya sehingga begitu berjaya)

Jelas sekali walaupun Mesir juga dianggap sebagai negara yang mengamalkan sistem demokrasi, tetapi acuan yang mereka gunakan semasa zaman pemerintahan Mubarak tidak memberi hak yang saksama kepada rakyatnya.

Hanya sebilangan kerusi di Parlimennya yang ditandingi di setiap pilihan raya, dengan kebanyakan kerusi disandang oleh wakil-wakil lantikan presiden sendiri. Ikhwanul Muslimin yang punyai sokongan yang besar di Mesir diharamkan oleh Mubarak daripada bertanding dalam pilihan raya.

Faktor-faktor ini dengan sendirinya menjamin jumlah kerusi majoriti di Parlimen dikuasai oleh Mubarak, sekali gus melindungi kuasanya sebagai presiden. Tiada peluang untuk menjatuhkan Mubarak selagi keistimewaan ini dinikmatinya.

Mungkin atas sebab ini, demonstrasi Arab Spring memang diperlukan untuk mencetuskan transformasi paradigma yang menyebabkan kejatuhan Mubarak. Hanya dengan beliau tidak lagi berpengaruh barulah dapat memangkinkan demokrasi yang lebih adil dilaksanakan.

Ini berbeza sama sekali dengan keadaan politik di Malaysia. Sejak sebelum merdeka, Malaya dan kemudiannya Malaysia menyaksikan pilihan raya umum yang digunakan oleh rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka dan juga kerajaan yang akan mentadbir negara.

Setiap seorang berhak ke atas satu undi, dan pihak yang bersaing dengan parti pemerintah juga berpeluang untuk bertanding. Parti parti pembangkang tidak diharamkan dari menyertai pilihan raya. Calon bebas pun dibenarkan bertanding. Malah kadangkala calon Perikatan dan BNl berjaya dikalahkan.

Ayah saya sendiri pernah kalah dalam pilihan raya. Umum tahu bahawa enam negeri telah berjaya dikuasai parti pembangkang pada PRU ke 12 yang lepas. Terkini, dari 16 pilihan raya kecil yang diadakan sepanjang penggal ke 12 ini, BN menang setengah manakala PR setengah lagi.

Sesungguhnya "demokrasi" tidak adil seperti yang diamalkan di Mesir di zaman Hosni Mubarak tidak langsung boleh disamakan dengan demokrasi ala Malaysia sejak zaman Malaya lagi. Tidak berlaku keadaan di mana kerusi yang dibuka untuk ditandingi tidak cukup untuk menjatuhkan kerajaan yang berkuasa.

Di PRU ke-12, semua 222 kerusi Dewan Rakyat dibuka untuk direbut oleh mana mana pihak yang berminat. Tidak timbul situasi di mana hanya 110 kerusi yang dibuka untuk dipertandingkan - kalaupun pihak pembangkang menang kesemua kerusi itu masih tidak cukup untuk menjatuhkan parti yang memerintah dan mendirikan kerajaan.

Justeru tiada sebab untuk mencetuskan transformasi paradigma melalui demonstrasi untuk melahirkan sistem demokrasi yang lebih adil. Sesungguhnya demokrasi acuan Malaysia sudahpun adil walaupun boleh diperbaiki lagi. Seperti kata wartawan Mesir tadi, kalaupun ada sedikit khilaf, ia boleh diperbaiki dengan mudah tanpa perlu menidakkan kebaikan yang begitu banyak.

Wartawan tadi juga kagum dengan keamanan yang wujud di Malaysia. Orang Mesir memang bersifat suka mengelak konflik - dan ini antara sebabnya pemerintah seperti Mubarak boleh bertahan lama tanpa dicabar mana mana pihak. Meskipun keadaan ini boleh mewujudkan suasana aman, tetapi ia tidak diiringi keadilan untuk rakyat.

Di negara kita sistem pemilihan pemerintah yang adil membawa kepada keadaan yang aman. Agaknya ini yang dikagumi wartawan itu.

Saya rasa cukup terkilan kerana ada pihak yang sanggup menggugat keamanan kononnya kerana sistem demokrasi Malaysia tidak adil. Dengan alasan "pembersihan" sistem pilihan raya kita, mereka sanggup mewujudkan suasana yang setiap kali menjurus kepada ketegangan dan konflik. Maka demonstrasi yang sepatutnya aman sengaja dimanipulasi supaya mencetus porak peranda.

Memang keadaan ini pilihan Anwar dan rakan-rakan sekutunya di pihak pembangkang, mungkin kerana mereka tidak yakin dia akan dapat menjadi Perdana Menteri jika sistem sediada digunakan.

Bayangkan jika Anwar berjaya dalam memenuhi cita cita tinggi itu (nauzubillahu min zalik), tentu dia berasa selesa kerana memahami bahawa pihak BN tidak suka kepada demonstrasi jalanan dan akan menjauhi kaedah itu untuk menyaingi Pakatan Pembangkang.

Alasan yang Anwar gunakan untuk menghalalkan demonstrasi jalanan ialah bahawa ia boleh dilakukan secara aman seperti yang dilakukan di banyak negara Barat.

Memang benar ada demonstrasi aman yang berlaku di Barat, namun ada juga yang bertukar menjadi ganas. Tetapi bukan demonstrasi Barat yang aman yang Anwar hendak import ke Malaysia.

Terang-terang Anwar menyatakan bahawa tunjuk perasaan ala Arab Spring yang beliau mahu. Terang lagi bersuluh Anwar tidak ragu ragu untuk gunakan kekecohan untuk merampas kuasa. Tindakannya sewaktu Bersih 3.0 mengarah orang-orangnya untuk merusuh membuktikan kebenaran ini.

Soalnya, adakah kita perlu mempertaruhkan keamanan yang kita bina dengan begitu susah payah selama ini untuk menambah baik sebuah sistem demokrasi yang sudahpun dikagumi pihak luar? Tidakkah cukup sekadar kita melawati tempat tempat di mana berlaku pergolakan seperti Mesir dan medan keganasan seperti Gaza untuk kita ambil iktibar dan jadikannya pendorong untuk kita berjuang mempertahankan keamanan milik kita ini?

Tidakkah memadai untuk kita melihat keganasan yang berlaku di negara orang untuk kita "tepuk dada tanya selera" dan sedar bahawa sesungguhnya kita amat bertuah dilahirkan di negara yang aman sentosa, sejahtera dan makmur?

Kenapa perlu kita memperjudikan kedamaian kurniaan Tuhan semata mata untuk membawa masuk kekecohan Arab Spring ke Malaysia untuk membuat sedikit perubahan kepada kaedah pilihan raya kita? Tidakkah pendekatan itu bertentangan dengan matlamat yang hendak dicapai? Adakah hanya kerana matlamat maka cara yang jelas merugikan kita pun hendak dihalalkan?

Kalau orang lain kagum dengan cara kita, kenapa kita hendak buang faktor kekaguman itu untuk mengikut cara mereka?

Setiap negara punyai keadaan yang berbeza. Tidak ada dua negara yang sama keadaannya. Begitu juga tahap kematangan dalam pentadbiran dan kepimpinan negara juga turut berbeza.

Cara kita terbukti berjaya untuk melonjakkan kedudukan negara ke tahap yang begitu membanggakan kini. Peningkatan tangga dalam begitu banyak penilaian atau indeks yang dibuat oleh agensi antarabangsa terhadap Malaysia adalah bukti kejayaan cara pentadbiran kita - walaupun pihak pembangkang cenderung untuk menidakkan kebenaran ini dan hanya gembar gemburkan laporan negatif yang kadangkala muncul.

Saya juga percaya kalaupun negara lain meniru bulat-bulat apa yang kita lakukan, belum tentu mereka boleh mewujudkan kemakmuran seperti yang kita nikmati.

Ini kerana keadaan mereka tentunya berbeza dengan kita. Memahami hakikat ini, penting bagi kita tidak menganggap apa yang diamalkan negara lain sesuai untuk kita.

Perbezaan budaya, peninggalan sejarah, situasi semasa semuanya memainkan peranan. Dan sudah tentu kalaupun kita hendak belajar dari orang lain, mestilah hanya perkara baik baik belaka.

Tidak mungkin kita hendak mencontohi teladan yang tidak baik. Demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi rusuhan akan menjejas keamanan teras kejayaan Malaysia. Budaya ganas ini bukan budaya kita. Demokrasi berhemah yang kita amal perlu dikekalkan.

Jangan diundang perubahan hanya kerana mahukan perubahan. Kalau hendak ubah pun, mestilah ubah untuk kebaikan. Mana mungkin kita hendak ubah dari keadaan yang baik kepada keadaan yang buruk? Juga, kalau ada sesuatu yang tidak kena, perbetulkanlah sesuatu itu sambil memastikan tindakan kita itu tidak memburukkan keadaan yang sebelum ini baik.

Jangan kerana nyamuk seekor, kelambu dibakar. Nyamuk tidak mati, kelambu pun tiada lagi untuk melindungi kita dari gigitan nyamuk.

Setengah jam yang saya luangkan untuk bersembang dengan wartawan Mesir itu benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada saya.

Ia meningkatkan pemahaman saya mengenai apa yang sedang berlaku di Mesir, tetapi lebih dari itu ia memperkukuhkan lagi keazaman saya untuk mempertahankan nikmat keamanan yang Allah SWT kurniakan kepada Malaysia dan seluruh warganya.

Pernah saya bertanya seorang ketua pengarah syarikat Jepun yang telah membuat keputusan untuk melabur ratusan juta ringgit di Malaysia kenapa beliau memilih Malaysia. Jawapannya tanpa ragu-ragu ialah "kestabilan politik". Inilah punca keamanan kita. Seperti saya dan pelabur tadi, saya percaya majoriti besar rakyat Malaysia meletakan keamanan pada tahap paling tinggi dalam senarai perkara yang dihargai.

Saya doakan Malaysia kekal aman damai, rakyatnya hidup harmonis sepakat dalam agenda pembangunan yang membawa kemakmuran kepada semua, insya Allah.

Adalah kepercayaan saya secara tidak berbelah bahagi bahawa hanya sebuah kerajaan yang ditadbir dan dipimpin oleh BN di peringkat persekutuan mahupun negeri boleh menjamin keamanan bagi semua, di atas mana kesinambungan agenda pembangunan boleh diteruskan untuk membawa makmur kepada rakyat jelata.

Harapan saya rakyat juga yakin dan percaya akan kebenaran ini dan menterjemahkan keyakinan itu dalam bentuk undi kepada BN menjelang pilihan raya umum kelak. Semoga Allah SWT membuka hati rakyat untuk tujuan tersebut.

Dipetik terus dari FB Tun Mahathir

Mirzan Mahathir dan kaitan dengan Syarikat San Miguel - Fakta yang tidak didedahkan

Jawapan bagi pertanyaan dari penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang mengenai isu anak Tun Dr Mahathir, Mirzan Mahathir dengan sebuah syarikat arak bernama SAN MIGUEL dan syarikat minyak PETRON.

1.Mirzan Mahathir merupakan seorang anak lelaki sulung pasangan Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, negarawan yang kita sayangi.

2.Beliau seorang yang bijak dalam perniagaan dan pentadbiran (mungkin faktor keturunan daripada bapanya) sehingga dipilih untuk mengarah beberapa syarikat ternama dunia termasuk IBM Corporation, Solomon Brothers dan dipilih sebagai Presiden Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI), sebuah pertubuhan ternama bagi mengendalikan dan membuat kajian mengenai perniagaan .

3.Pada umurnya 37 tahun, beliau telah berjaya “menawan” dan “menyelamatkan” beberapa syarikat yang bermasalah dalam negara dan seterusnya memajukan syarikat berkenaan termasuk syarikat perkapalan dan sebagainya.

4.Pada tahun 2009, San Miguel, sebuah syarikat minuman keras yang berpengkalan di Filiphina mempunyai masalah di mana mereka TIDAK LAGI mampu untuk menggunakan MINUMAN KERAS sebagai perniagaan utama mereka atas saingan yang sangat kuat daripada beberapa syarikat minuman keras yang lain.

5.Atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah San Miguel Corp
(,http://www.sanmiguel.com.ph/corporate/bod/ )

Mirzan Mahathir yang sangat dikenali di dunia korporat berdasarkan sumbangannya dalam syarikat-syarikat sebelum ini dan dalam ASLI dipilih untuk menjadi Pengarah Eksekutif bagi membantu syarikat berkenaan.

6.Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.Pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina.

Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer)
KEPADA INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.

Dalam masa setahun sahaja, atas kepimpinan Mirzan Mahathir dalam syarikat berkenaan,, San Miguel telah mampu untuk mempunyai rangkaian perniagaan lain BUKAN berasaskan arak iaitu minyak dan gas, infrastruktur, tenaga dan kuasa elektrik, perlombongan, telemunikasi dan perbankan.

(sumber : http://www.sanmiguel.com.ph/businesses/) dan tugasnya tamat dengan jayanya pada 2010.

7.Melalui syarikat San Miguel juga, sebuah syarikat PETRON telah berjaya memiliki saham majority dalam Esso Malaysia Berhad tetapi beliau telah pun keluar dari syarikat San Miguel itu selepas berjaya menjalankan tugasnya.

8.“Jadi, adakah salah untuk menukar syarikat arak kepada syarikat bukan arak?”itu merupakan soalan yang pernah dinyatakan Mirzan Mahathir ke dalam sebuah portal pembangkang dan akhirnya penjelasan ini menyebabkan portal berkenaan menarik balik kenyataan sebelum ini.

9.Tetapi, pembangkang masih menggunakan modal ini untuk memperbodohkan masyarakat kampung mengenai “ANAK MAHATHIR TAUKE KILANG ARAK” yang terang-terangan tidak benar sama sekali.

10. Mungkin ada mengaitkan dengan kronisme, tapi macam kata Tun Mahathir “Kalau dia ada rekod yang baik dan mampu untuk memajukan sesuatu apa salahnya? Jika itu anda katakana sebagai kroni, saya tak boleh kata apa lah”

11. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir dulu, “Kadang-kadang anak-anak saya ni marah juga, ya lah, saya tak bagi mereka terlibat dalam politik walaupun mereka berminat sangat, tapi kalau dalam perniagaan taka pa lah, asalkan tak ada kena mengena dengan kerajaan”

12. Oh, kalau ada kata, orang Islam tak boleh makan dengan duit syarikat arak, semuanya bergantung kepada niat dan bukan kita untuk menghukum manusia yang lain.

Bagaimana dengan nasib pekerja di 7 Eleven, atau di hotel yang sumbernya juga daripada arak?

"Siapa kita untuk menghukum keislaman seseorang?

Wallahualam..
Mungkin ini sahaja yang saya tahu berdasarkan kajian dan pemahaman saya dari kata-kata Tun Dr Mahathir atas pertanyaan yang dinyatakan


dipetik terus dari FB Shaiful Hanizam yang memetik dari FB Isu Politik Semasa

Kerajaan Malaysia curi RM207 billion dari pekerja landasan keretapi

Bebaru ini di dalam beberapa siri ceramah dan di keluarkan artikel melalui lidah rasmi PAS iaitu harakah, Nizar kata kerajaan malaysia telah menyimpan dan tidak mengagihkan pemberian duit oleh kerajaan jepun pada mangsa yang terlibat sebagai pekerja untuk membina landasan atau lebih dikenali dengan 'Death Railway'.

Di bawah ini dipaparkan beberapa snapshot artikel terbabit (klik gambar untuk paparan lebih besar dan klik link untuk berita tersebut):
diterbitkan online di The Mole

diterbitkan online di HarakahDaily

diterbitkan online di MalaysianDigest
Lalu ramailah orang bising dan menuduh kerajaan pencuri dan sebagainya. Tetapi, bebaru ini dapat pula artikel yang mengatakan, jumlah sebenar ialah kurang dari itu dan perjanjian itu bukan membabitkan duit, sebaliknya hanya membabitkan kepakaran dan beberapa urusan yang dilaksanakan bagi memastikan ramai rakyat Malaysia mendapat kebaikan... hmmm.. cuba tengok snapshot kat bawah ni pula...
Perjanjian Jepun dan Malaysia berkaitan pampasan yang bukan sahaja berkaitan dengan mangsa death railway malah yang lain akibat dari penaklukan Jepun pada perang dunia kedua (diterbitkan di FB oleh Zamzuri)

hmmm.... yang mana satu betul ni? macam tu kita lepak kat kedai kopi sambil ngomong kosong sementara tunggu Nizar tunjuk dokumen yang dia kata dia ada pasal tu.. amacam?

Jom ngomong kosong aaa... :)